Manusia hanya mampu merancang tapi Allah penentu segalanya. Syukur alhamdulillah, tumpang gembira dengar berita kehamilan isteri Datuk Jamal Abdillah yang disahkan
sedang hamil anak kedua. Bagi empunya diri, Datin Zai Izatti bagaimanapun tidak menyangka rezeki untuk timang cahaya mata sekali lagi datang secepat ini. Apatah lagi anak sulung, Nur Azura Yamani bakal memasuki usia 7 bulan pada 10 Mei ini.
Ketika dihubungi untuk mendapatkan kepastian, isteri Raja Pop tanah air ini dengan mesra mengesahkan berita gembira tersebut. Memandangkan kurniaan terindah dari ilahi ini diterima dalam bulan Ramadan, Datin Zai dan Datuk Jamal Abdillah menganggap ia merupakan satu rahmat buat rumah tangga mereka berdua. Yang pasti, ini reaksi kedua-duanya saat doktor memberi keputusan ujian kehamilan beberapa hari lepas.
Ketika majlis cukur jambul & akikah Nur Azura Yamani
“Masa disahkan hamil tu, kami terkejut sangat-sangat! Saya tahu yang saya hamil sebab rasa mual-mual teruk sampai nak makan pun tak selera. Tapi waktu tu tak fikir sangat pun sebab masih menyusu badan. Tambahan pula period saya tak teratur. Cuma bila rasa diri kerap sangat rasa mual-mual tu yang terasa hendak check. Tengok-tengok positive, alhamdullilah. Tapi dalam masa sama masih terkejut,” ujar Datin Zai yang kini meniti usia 12 minggu kehamilan.
Mengakui sedang melalui fasa ‘alahan’, Datin Zai turut berkongsi keadaan dirinya ketika ini. “Memang sekarang ni tengah alahan, hilang selera makan, muntah dan berat badan pun turun. Apa-apa pun alahan waktu mengandungkan Azura dulu lagi teruk berbanding sekarang. Sejujurnya saya dan suami tak jangka langsung akan hamil lagi. Iyalah, masa bersalin Azura kan czer. Memang kami merancang, tapi tak sangka rezeki Allah nak bagi secepat ini. Alhamdullilah.”
Ads
Tambahnya lagi, “Buat masa ini Datuk okay. Cuma dia suka makan asam pedas je.”
Ads
Bercerita tentang si comel Azura pula Datin Zai berkata anak perempuannya ini makin bijak dan mencuit hati. “Azura masuk 7 bulan, dah pandai merangkak dan duduk. Baru-baru ni dia dah mula berdiri. Juga paling pandai meragam. Sejak tahu hamil anak kedua, doktor pesan suruh saya rehat secukupnya, banyak minum air kosong dan jangan buat kerja berat-berat,” kata Datin Zai yang merancang mahu empat orang anak jika diizinkan Allah.
Nur Azura Yamani yang dilahirkan pada 10 Oktober lalu merupakan cahaya mata pertama Datin Zai Izzati sementara zuriat ketiga bagi Datuk Jamal Abdillah. Awal kehamilan, baik Datuk Jamal mahupun isteri memilih untuk tidak mengumumkan berita gembira tersebut kepada peminat. Ini kerana ujar penyanyi yang berasal dari Perak itu, isterinya pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali dan mendapatkan rawatan pakar bagi menguatkan rahim.
Ads
Syukur kerana kehadiran Nur Azura Yamani menyerikan lagi rumah tangga Datin Zai Izzati dan Datuk Jamal Abdillah. Mereka sah bergelar suami isteri pada tanggal 1 April 2017 di Ipoh, Perak selepas berkenalan selama dua bulan dan berjumpa hanya sekali sebelum bernikah. Tiga tahun melayari bahtera perkahwinan dan kini diserikan dengan kehadiran Azura serta cahaya mata yang bakal dilahirkan kelak, pastinya pasangan selebriti ini sedang diulit bahagia!
Mengenali suri hati Datuk Jamal Abdillah, Datin Zai Izzati yang berusia 26 tahun sememangnya seorang wanita yang cukup sempurna. Rupa paras beliau yang sarat dengan kelembutan dan berkulit mulus mampu membuatkan sesiapa sahaja menoleh beberapa kali.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Empat hari bertarung nyawa melawan kesakitan, akhirnya bayi comel Naufal Amsyar kembali bertemu PenciptaNya hari ini, kira-kira pukul 9 pagi tadi. Berita itu disahkan sendiri bapa bayi 10 bulan berkenaan, Nabil Fikri Anwar melalui aplikasi Whatsapp.
“Assalamualaikum. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat anak saya Naufal Amsyar Bin Nabil Fikri yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 9 pagi tadi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah,” katanya.
Kisah Naufal Amsyar tular sejak Selasa lalu apabila dia yang dijaga pengasuh wanita dimasukkan ke hospital dipercayai diserang sawan. Pun begitu, selepas pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam di dahi kiri, pendarahan mata dan retak tempurung kepala.
Rentetan itu, pihak polis menahan pengasuh wanita terbabit berusia 35 tahun pada Khamis lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Apa sudah jadi dengan masyarakat kita hari ni. Satu persatu gejala penderaan bayi melibatkan pengasuh terbongkar dan semakin membimbangkan. Diharapkan agar pihak berwajib dan masyarakat sekeliling lebih peka dengan situasi ini agar tidak kembali berulang.
Buat ibu bapa Naufal Amsyar, Nabil Fikri Anwar dan Noraziqah Rohmat .. tenanglah menerima pemergian anakanda tersayang. Sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik perancang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Reen Rahim baru-baru ini sudahpun melangsungkan upacara akad nikah dan seterusnya bersanding pada 24 Disember lalu. Dan pada Ahad lepas, dia sekali lagi diraikan menerusi majlis menyambut menantu di sebelah keluarga suaminya.
Namun apa yang menarik perhatian warga maya, meskipun pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini merupakan seorang selebriti terkenal, Reen Rahim dilihat tidak kisah diraikan bersama adik iparnya dalam sebuah majlis kenduri ala kampung nyata mencuri tumpuan ramai. Manakan tidaknya, Reen dilihat langsung tidak kekok diraikan bersama-sama orang kampung belah suaminya.
Ramai warga maya memuji sikap rendah diri Reen atau nama penuhnya Noreen Ashikin Abdul Rahim yang tetap ceria diraikan dalam satu majlis berkonsepkan desa dalam suasana sederhana tetapi tetap meriah.
Berkongsi kemeriahan sambutan majlis tersebut di Instagramnya, Reen dan suami, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 29, dilihat menggayakan busana songket berwarna hijau zamrud, manakala adik iparnya dan isteri menyarung songket berwarna maroon. Kedua-dua mempelai nyata secocok dan perarakan pengantin masuk dilihat cukup gamat sekali.
Dalam video berkenaan turut menyaksikan pasangan pengantin sedang berarak ke khemah perkahwinan yang memperlihatkan Reen tersenyum berjalan sambil memaut lengan suami.
Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Reen Rahim yang cukup merendah diri dan tersenyum gembira bergambar dan sempat bermesra dengan peminat walaupun berkongsi majlis dengan adik iparnya. Malah Reen sempat menulis di Instagram nya dengan kepsyen “Sederhana Itu Indah”.
Apa-apa pun NONA memang puji lah sikap humble Reen nih! Selamat berbahagia Reen dan suami, semoga kekal ke Jannah hendaknya! ♥️
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, media sosial banjir dengan video-video kreatif yang dikenali Lathi Challenge. Video solekan ala-ala Melayu Nusantara menari tarian tradisional dan tiba-tiba bertukar mekap seperti hantu.
Trend terbaru ini dikatakan bermula di TikTok dan mula tular dari Indonesia sehingga ke Malaysia. Antara yang paling mendapat perhatian di Malaysia adalah dari Mawar Rashid yang bertukar solekan seperti hantu siam.
Cabaran utama sebenarnya adalah masa. Berfaedah atau tidak anda bersolek, tukar baju dan rakam video demi challenge ini?
Nak cuci dan pastikan kulit sihat semula selepas ditepek mekap tebal pun satu hal juga, mujurlah ada promo hebat ni kat Shopee. Pakai produk macam Hada Labo je cukup, tengah offer murah pulak tu, cuma klik gambar bawah ni kulit licin gebu.
Seperti kata Mawar atau yang mesra disapa Mekwa, dia menghabiskan masa sehari suntuk untuk menghasilkan video tersebut.
Beberapa pendakwah turut diminta mengulas tentang trend kontroversi ini apabila segelintir mendakwa ia seolah-olah menyeru kuntilanak atau melakukan pemujaan roh.
Mengambil inisiatif meredakan keadaan, selebriti Norman Hakim tampil dengan posting Barzakh Challenge. Terkejut netizen tengok tiba-tiba dia terbujur kaku, berkafan lengkap kapas di hidung.
Ini bukan Lathi Challenge. Ini Barzakh Challenge namanya. Suka tak suka, semua orang akan lalui terutama orang Islam dengan kaedah macam ni. Kalau saja nak try and feelBarzakh Challenge ni, in shaa Allah senang je.
Saya dah try, ma shaa Allah mmg menginsafkan terutama orang yang banyak dosa macam saya ni.
By the way barang-barang yang diperlukan untuk Barzakh Challenge ni agak ringkas sikit dari Lathi Challenge. Yang bestnya boleh simpan terus. Andai diperlukan bila betul-betul ‘sampai masa’ nanti, benda dah ada.
Memudahkan sikit urusan orang-orang yang hidup di sekeliling untuk uruskan kita. Cuma bagitau je isteri, anak-anak atau waris kat mana kita simpan.
Cari & potong kain putih,ukuran panjang ikut tinggi tubuh badan masing2 dan lebihkan 1 kaki 6 inci di kedua-dua hujung kepala dan kaki.
Kain putih yang wajib hanya selapis sahaja. Tetapi lebih utama jika 3 lapis bagi lelaki dan 5 lapis bagi perempuan.
Untuk lelaki di sunatkan membuat baju (tidak berjahit) dan serban.
Sementara bagi perempuan dipakaikan telekung (tidak berjahit).
Koyakkan di tepi kain selebar 14 inci untuk digunakan sebagai tali pengikat sebanyak 5 utas tali.
Kapas pun kena ada dan nak bagi lagi ‘feel’,sediakan kapur barus secukup rasa aroma & baunya.
Senang sikitkan dari #LathiChallenge? Lepas dah mintak tolong orang pakaikan, bukak apps Surah Yassin, pastu pejam je mata diam-diam dan feel the moment dari mula-mula kita lahir sampai la kita berbaring ni.
Simple je, tak payah nak menari-nari bagai pastu buat muka menakutkan. Yang atas ni pun, takyah buat muka. Saya tengok balik pun dah seram.
Saja nak share, pada 19 Disember 1111 Hijrah, periwayat hadis kita Imam Al-Ghazali, Allah tarik nyawa dengan cara mcm ni. Dia kafankan diri dia sendiri, posisikan diri dia pada arah kiblat dan Allah terus tarik nyawa dia sebab dia dah tahu saat ajal dah tiba.
Last but not least, salah satu tanda kasih sayang Allah SWT pada kita; kita masih mampu ucap kalimah ALLAH dan LA’ILAHA’ILLALLAH walau dalam keadaan mulut ternganga pada saat Sakaratul Maut. Tak percaya? Cer cuba.
Sekadar peringatan buat diri sendiri dan renungan kita bersama.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Comelnya Rizqaa! 2 September lepas anak perempuan sulung kepada pereka fesyen ternama Rizman Nordin dan isteri, Nurida Suraya ini menginjak usia lima tahun. Seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan ulang tahun kelahiran permata hati berkenaan ...