Reka Teemor sudah 16 tahun dalam industri perkahwinan dan kami percaya ini adalah dugaan terhebat untuk semua industri. Cabaran ini mengajar kami agar sentiasa bersedia dengan ‘short term and long term plan’ agar terus relevan dalam industri – Faiz & Mumtaz, Reka Teemor
Masuk hari PKP ke-18, pasangan merpati dua sejoli ini dilihat banyak memanfaatkan waktu untuk menambah pengetahuan. Jika sebelum ini masa mereka terikat dengan pekerjaan, tapi akhirnya dapat juga bersenang-lenang menimba ilmu, menajamkan skil, membuat product research, fine tune rekaan, mengemas kini serta membaik pulih prop di gudang.
“Betul. Inilah masanya untuk berjimat dan sentiasa berfikiran positif. Bagi saya, ramai perlu bekerja lebih keras dari rumah mereka untuk menghadapi saingan sengit selepas berakhirnya krisis COVID-19 ini.
Kami sendiri terkesan apabila 6 clients merombak tarikh dan tempat resepsi mereka. Ia secara langsung memberi ancaman hebat kepada cash flow syarikat dan ada yang berebut tarikh serta ballroom idaman mereka.
Ads
Kami jangkakan workload selepas wabak berakhir pasti akan bertimpa-timpa. Jadi persediaan rapi perlu dibuat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan Reka Teemor. Buat masa sekarang, dua acara perkahwinan besar telah ditunda kerana PKP,” akur Mumtaz.
JANGAN BERSEDIH
Pesanan terbaik Reka Teemor buat semua bakal pengantin, “Jangan bersedih kerana anda ada masa ekstra untuk fine tune dream wedding anda. Bukankah itu lebih baik? Keputusan untuk menukar tarikh itu dapat mengawal jangkitan dan mengurangkan beban petugas perubatan kita.”
Ads
Menyentuh soal sumbangan prihatin yang telah dilakukan, “Kami sentiasa bekerjasama dengan ketua kampung di kawasan tempat tinggal kami untuk mengedarkan mask percuma dan mendermakan barang dapur setiap minggu kepada mereka yang memerlukan. Khidmat masyarakat ini kami lakukan dari semasa ke semasa untuk menjaga keberkatan syarikat kecil kami, insyaAllah… Aamin,” ujar Faiz dan Mumtaz.
Ads
Ucapan atau kata-kata semangat buat seluruh rakyat Malaysia dan kepada wira-wira barisan depan kita… “Percayalah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita perlu melatih minda kita supaya sentiasa open minded dengan menyediakan perancangan yang fleksibel untuk kehidupan kita.
Buat semua frontliners, anda adalah hero kami dan kami sentiasa menyokong setiap bakti yang disumbangkan. Pengorbanan petugas perubatan ini mestilah kita hargai dengan mematuhi arahan pihak berkuasa. Masa inilah rakyat Malaysia perlu meluangkan masa dengan keluarga dan menjadi cikgu kepada anak-anak mereka.
Peringatan akhir, jika ada yang masih menaruh hati untuk berkahwin dalam waktu terdekat ini…. Tolonglah jangan keras kepala atau bersikap mementingkan diri sendiri. Ini adalah musibah negara. Jika kita tidak dibenarkan ke masjid untuk solat jumaat apatah lagi untuk berkahwin,” akhiri perancang perkahwinan hebat itu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah ke atas Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan, berkuat kuasa hari ini. Pengisytiharan tersebut secara langsung turut menamatkan penantian rakyat negeri Kelantan yang sudah lama tidak memiliki Sultanah sendiri.
Sultan Muhammad V adalah Sultan Kelantan ke-29 yang dimasyhurkan pada 13 September 2010. Berusia 53 tahun, baginda merupakan putera sulung Sultan Kelantan ke-28 dan kakanda kepada Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Tengku Bendahara Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A’ishah Putri.
Diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Istana Batu, Kota Bharu, baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail 1 Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur dan Oakham School Ruthland di England.
Amat dikenali sebagai seorang Sultan yang warak dan berjiwa rakyat, baginda juga meminati pelbagai sukan lasak seperti kenderaan pacuan empat roda, ekuestrian, sukan memanah, menembak serta gemar memelihara hidupan liar.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob membacakan pengisytiharan tersebut di Istana Balai Besar yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad.
Menurut Ahmad, pengisytiharan dilakukan menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) bagi pemakluman kepada negeri dan rakyat amnya.
Dalam pengisytiharan yang sama, baginda juga memperkenankan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra iaitu isteri Tengku Mahkota Kelantan sebagai Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan. Kurniaan pangkat itu berkuat kuasa hari ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagaimana yang kita tahu, bulan April merupakan Bulan Kesedaran Autisme. Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer Habib dan isterinya Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB, Datin Sri Zarida Noordin telah melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan menderma 300 keping wafer emas kepada Yayasan Pendidikan Insani.
Yayasan Pendidikan Insani merupakan akademi yang menawarkan
modul dan teknik berkaitan autisme dengan pegawai terlatih. Jualan setiap wafer emas tersebut akan disumbangkan kepada yayasan yang menyokong kanak-kanak Autism yang kurang berkemampuan.
Penyampaian Wafer Emas 999 (24K) HABIB kepada tabung Yayasan INSANI telah dilaksanakan sempena perasmian bilik pameran HABIB yang berkonsep bahari di KL East Mall. Perasmian pembukaan dimulakan dengan upacara pemotongan reben yang disempurnakan oleh Dato’ Sri Meer Habib, Datin Sri Zarida Noordin serta Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby, Dato’ Azmir Merican.
Selaras dengan pembukaan ini, HABIB mempamerkan koleksi raya terkini untuk kempen Rantaian Kasih yang akan berlangsung tidak lama lagi. Selain koleksi Oro Italia 916 terbaru, Grafetta dan juga Ananas, HABIB melancarkan koleksi rantai leher panjang dengan loket bertatahkan berlian yang merupakan kesukaan ramai.
Kempen raya yang bertemakan “Irama Aidilfitri” dipilih untuk membangkitkan emosi nostalgia raya yang suasana meriah, memandangkan ramai yang tidak berpeluang meraikan dengan keluarga tersayang tahun yang lalu. Tema retro muzikal berwarna – warni selaras dengan kolaborasi HABIB bersama Newsantara untuk melancarkan sebuah lagu raya yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Sejak turun temurun, budaya warga Malaysia adalah untuk menyimpan emas dalam bentuk jongkong emas ataupun barangan kemas. HABIB ingin memupuk budaya menyimpan dan melabur emas ke generasi seterusnya. Tahun ini HABIB telah mengeluarkan 4 reka bentuk wafer emas raya berunsurkan suasana hari raya seperti ketupat, rumah kampung, bunga api dan masjid. Setiap wafer emas datang dengan sampul yang berwarna warni.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita pemergian Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad sabtu lalu bukan sahaja dirasai oleh golongan selebriti di tanahair, malah turut mendapat perhatian dari beberapa selebriti di negara jiran, Indonesia. Mana tidaknya, Dnars Skincare baharu sahaja bertapak di Indonesia sejak beberapa bulan yang lalu dan mula mendapat tempat di hati wanita di Indonesia. Empat tahun jangkamasa yang diambil oleh Allahyarhamah Faziani dan pengrusan DNras Skincare untuk memenuhi segala peraturan pentadbiran Indonesia untuk membawa jenama Dnars Skincare ke Indonesia. Awal tahun lalu produk Dnars Indonesia telah mula berada di pasaran di negara jiran itu.
Malah, melalui posting yang dimuat naik oleh pelakon popular Indonesia, Shireen Sungkar yang juga merupakan duta produk Dnars di Indonesia melahirkan rasa terkejut menerima berita kematian Allahyarhamah Faziani Rohban sabtu lalu.
“Kenal ibu owner yang baik MasyaAllah, dia bercerita bagaimana jualan dari tiada apa-apa sampai boleh kaya sekarang.
“Baru berjumpa beberapa hari lalu, beliau menyokong program kita dan beri iftar untuk 2500 peserta dan sepanjang majlis dia beritahu suka program pengajian (agama) begini dan mahu diteruskan.
“Umur tak menjamin sihat kerana Allah yang menentukan ajal. MasyaAllah diambil pun ketika perjalanan menghantar dana untuk tahfiz,” tulisnya di Instagram.
Menurut Shireen lagi, pertemuan dengan Allahyarhamah Faziani ketika keduanya mengikuti sebuah program agama diberi nama Ngariung Yuk yang diadakan di Indonesia ketika Allahyarhamah berkunjung ke sana ditemani suaminya.
Tambah Shireen lagi, Allahyarhamah juga turut menaja iftar untuk 2,500 peserta program keagamaan tersebut dan sempat berbisik padanya perasaan suka dan gembira dapat menghadiri majlis seperti itu. Malah, Allahyarhamah turut melahirkan sokongan terhadap Shireen meneruskan program keagamaan seperti itu.
Pada Sabtu lalu, pengasas Dnars itu meninggal dunia selepas dia terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Pattani, Thailand. Kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz bagi memberi sumbangan zakat bersama suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim. Al Fatihah,
Credit: Instagram @shireensungkar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!