Perkara biasa kalau rumah tidak dibersihkan secara rutin, akan menyebabkan bersarangnya kotoran, debu serta punca alergi sekaligus membahayakan penghuni yang menghidap asma.

IKLAN

Berikut adalah cara bagaimana anda boleh mengekalkan kebersihan rumah agar selamat untuk penderita asma.

(a) Halau Lipas

Kajian dari Asthma and Allergy Foundation of America, lipas membawa suatu protein penyebab alergik dan mendorong terjadinya asma. Hindari lipas daripada masuk ke dalam rumah dengan cara menutup tempat sampah dan buang setiap hari.

Jangan biarkan makanan yang mudah basi diletakkan di luar. Jika tidak masukkan saja ke dalam peti sejuk. Pastikan juga lantai sentiasa bersih. Sapu dan mop setiap hari. Letakkan kapur barus di setiap sudut rumah bagi menghalau lipas.

(b) Sapu Rumah Setiap Hari

Kebanyakan penderita asma alergi terhadap debu kerana ia akan tersebar dengan mudah ke udara. Agar terhindar daripada debu, sapu rumah setiap hari. Anda boleh menggunakan penyapu biasa atau membersihkan menggunakan vakum.

(c) Hindari Karpet

IKLAN

Sekiranya ada antara ahli keluarga anda yang menghidap asma sebaiknya elak menggunakan karpet jika anda benar-benar tidak perlukannya. Karrpet hanya mengumpul debu dan kotoran yang membahayakan untuk penderita asma.

Gunakan karpet hanya ketika ada acara penting. Segera bersihkan dengan vakum agar debu tidak melekat di karpet.

IKLAN

(d) Perabot Mudah Dibersihkan

Jika anda mahupun ahli keluarga menghidap asma, sebaik mungkin hindari membeli perabot dan hiasan yang mempunyai bahan berbulu tebal. Sama seperti karpet, perabot juga mudah mengumpul debu dan sukar dibersihkan. Gunakan perabot yang mudah dibersihkan seperti dari bahan kulit sintetik atau bantal dengan kain yang tidak berbaldu.

(e) Haiwan Peliharaan

Jika anda pecinta kucing, jangan biarkan haiwan kesayangan anda itu naik ke atas katil. Ini kerana bulu-bulu haiwan kesayangan anda itu hanya akan menjadikan asma semakin parah. Amy Mohd

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI