Masalah Gatal Kulit Kepala Sukar Dibendung, Jom Ambil Protein Untuk Atasinya

Masalah gatal kulit kepala mungkin kelihatan biasa terutama apabila kepala berpeluh atau tertutup terlalu lama. Apabila kulit kepala gatal jalan yang paling mudah adalah menggaru di bahagian yang gatal tersebut. Namun, bagaimana pula akibat menggaru tersebut menyebabkan kulit kepala tercabut sehingga merah-merah dan sedikit berdarah. Lantas apabila mandi dan bersyampu kulit kepala menjadi pedih.

Tabiat menggaru kulit kepala dengan kuku sebaik-baiknya dihentikan lebih-lebih lagi menggunakan kuku. Perbuatan ini boleh menyebabkan kuman merebak ke bahagian lain. Bagi bahagian yang sudah merah dan berdarah, anda boleh sapu sedikit gel seperti aloe vera atau topeng kulit kepala supaya ia sembuh dengan lebih cepat.

Sementara itu, anda perlu tukar syampu kepada jenis syampu yang kurang sensitif dan sesuai dengan jenis kulit kepala. Cuci rambut setiap hari dan gosok kulit kepala dengan jari tetapi bukan dengan kuku seperti menggaru. Apabila luka menjadi kering baru boleh pakai produk seperti krim atau gel pada rambut.

Masa itu anda boleh buat rawatan topeng yang khas untuk kulit kepala dan memakai pati herba di kulit kepala bagi membasmi kuman. Bagi mengelakkan masalah ini terjadi lagi, anda mesti mengambil lebih banyak makanan yang kaya dengan protein dan mineral seperti susu, telur, keju, daging, ikan, sayur hijau, kekacang dan buah-buahan.

Amalkan pemakanan anda mengikut piramid makanan dengan banyak mengambil sayur dan buah-buahan. Kurangkan pengambilan makanan goreng, makanan ringan, makanan segera dan minuman ringan kerana ini boleh menyebabkan kulit kepala menjadi lagi sensitif.

Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari. Jauhi gaya hidup buruk seperti tidur lewat, kurang bersenam dan merokok. Sebab semua tabiat ini boleh memburukkan keadaan anda sekarang. Apa yang penting, kunjungi pusat rawatan rambut untuk membuat analisa jika masalah bertambah serius.

Manakala rasa gatal boleh terjadi apabila kulit kepala menjadi kering. Kulit kepala kering menjadi salah satu punca kenapa terbitnya berkelemumur. Jadi anda perlu tukar syampu terlebih dahulu. Pilih syampu yang sesuai untuk kulit kepala kering. Cuci rambut setiap hari supaya boleh menghilangkan kelemumur.

Anda boleh membuat rawatan khas untuk melembapkan dan memperbaiki kulit kepala seperti memakai topeng pada kulit kepala. Pemakanan manis, produk tenusu, pedas dan goreng perlu dielakkan untuk mengelakkan kelemumur.

Makanan laut seperti kerang, udang, ketam, sotong dan banyak lagi sememangnya bukan sesuai untuk semua orang. Kadang kala ia akan menyebabkan alergi seperti gatal, merah, bengkak, bernanah dan mungkin juga berdarah. Walaupun makanan laut sedap dimakan, tetapi pengambilan berlebihan boleh menyebabkan alahan dan kandungan kolesterol juga tinggi.

Maka untuk menangani semua masalah ini, pengambilan makanan yang seimbang mengikut piramid makanan amat diperlukan. Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari. Jika anda seorang yang mudah stres, anda perlu menanganinya dengan baik. Kunjungi pusat rawatan rambut sekiranya masalah gatal dan berkelemumur menjadi serius.

 

IKLAN
Share