
Terserlah wajah bahagia Datuk Sheila Majid di samping suami tercinta! Walau usia perkahwinan sudah pun mencecah 21 tahun namun pasangan selebriti popular ini tetap romantis seperti pasangan kekasih hangat bercinta.
Datuk Sheila Majid yang terkenal dengan julukan Ratu Jazz negara sah bergelar isteri kepada pemuzik, Dato’ Acis atau nama sebenarnya Hashridz Murshim Hassim pada 3 Jun 2003.
Sepanjang mendirikan rumah tangga, jarang dengar kisah ‘kurang manis’ mengenai perkahwinan mereka berdua. Sebaliknya, wajah bahagia Datuk Sheila Majid sering terpancar setiap kali ada kelibat suami di sisi.



Berkongsi momen 21 tahun hidup bersama, Datuk Sheila menerusi media sosial memuat naik video kenangan mereka berdua.
“Happy Anniversary to my husband of 21 years. Here’s to more adventures and to many more years together, inshaAllah. Love you!”
Sementara itu, Dato’ Acis turut tidak ketinggalan menitipkan ucapan romantis terhadap isteri tersayang sempena ulang tahun perkahwinan mereka baru-baru ini.
“Happy 21st anniversary Miss Majid. We’ve come a long way huh? May Allah continue to bless this union for all eternity with much abundance, good health, understanding and above all, love.”




Perkahwinan pasangan ini diserikan dengan kehadiran dua orang cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim.
Selain itu, Dato’ Acis juga bapa tiri kepada Wan Nur Khaleeda dan Megat Abdul Majid.
Semoga rumah tangga Datuk Sheila Majid dan Dato’ Acis kekal bahagia sampai syurga!
Jelita Usia 49 & Tuah Wajah ‘Baby Face’, Awet Mudanya Ibu Janna Nick!

Patutlah Janna Nick cantik, rupa-rupanya mewarisi gen jelita ibu dia! Tak sangka ibu Janna Nick ini sebenarnya sudah pun menghampiri usia 50 tahun. Tengok penampilan ibu berkenaan pasti ramai tak sangka umur sebenar sebab ‘maintain’ menawan dan awet muda!
Apatah lagi dia memiliki raut wajah baby face. Kalau orang tak tahu, mesti ada yang sangka ibu Janna ini kakaknya.
14 Januari lepas merupakan ulang tahun kelahiran ibu Janna Nick iaitu Shahzani yang ke-49. Mesra dikenali sebagai Mama Scha, dia ialah ibu kepada empat cahaya mata.
Sebelum Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner bergelar isteri kepada pelakon kacak, Muhamad Dini Azan Schatzmann, kelibat ibu penyayang ini sering dilihat menemani anak kedua tersebut ke mana saja.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/disolek-mua-popular-thailand-solekan-glass-skin-janna-nick-level-international-cantik/
Artikel lain https://www.nona.my/besarnya-rumah-baru-janna-nick-tengah-ubah-suai-umur-belum-30-tahun-dah-ada-aset-mewah/



Kasih Janna juga terhadap ibu tersayang cukup mendalam, Pelantun lagu Gatal berkenaan sebelum ini pernah menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada Mama Scha sempena hari lahir ratu hatinya.
Difahamkan ibu Janna berpisah dengan bapa mereka, Muner Abdullah ketika dia baru berusia sembilan tahun.
Dalam hantaran Janna di media sosialnya sebelum ini, aktres berbakat besar tersebut pernah meluahkan rasa penghargaan dan syukur dengan pengorbanan ibu.
“Thank you jadi mak dan ayah untuk kami. Thanks sebab dah susah-payah kerja, cari duit untuk besarkan angah.


Dah besar degil pulak anak mak ni. Sekarang walau pun mak tak pernah minta apa-apa. Walaupun mak yang paling jimat, tak suka barang branded, tak suka shopping.
Tapi angah tetap nak bagi, sebab angah nampak dan ingat segala pengorbanan dan kepayahan mak yang tak mungkin terbalas dengan wang ringgit dan harta dunia.
Kekasih boleh pergi, tapi seorang mak tak mungkin ada ganti. Love you!”




Janna Nick mula berkecimpung dalam industri seni seawal usia 16 tahun. Dalam temu bual bersama Janna sebelum ini, dia memberitahu, “Saya benar-benar menyayangi keluarga saya. Siapa saya tanpa mereka. Saya memang tidak pernah rasa terbeban bila melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak dalam keluarga.
Sebenarnya bila kita sebagai anak bertindak menyara keluarga ia merupakan keberkatan dalam hidup. Rezeki kita semakin berlipat kali ganda bila berkongsi rezeki dengan keluarga.”
Botoks Ibarat Susuk Moden, Kian Digemari Golongan Lelaki. Tapi Tahukah Anda BAHAYANYA Terhadap Kesihatan?

Benarkah wajah yang bersih, licin dan tegang, lebih memudahkan kerja-kerja close deal berbanding wajah yang kedut seribu?
Bukan wanita sahaja yang mahu kekal cantik, lelaki tidak terkecuali mengambil berat soal ketampanan dan penjagaan wajah. Dalam dunia serba material, kebanyakan lelaki berpendapat mereka perlu mempertahankan rupa paras agar sentiasa sedap dipandang mata.
Biarpun fenomena botoks agak lama menyepi, tetapi masih ada lelaki yang berkeinginan melakukannya kerana sindrom takut tua dan mengubah penampilan wajah agar lebih meyakinkan.
Alasan yang diberikan lelaki, mereka perlu kelihatan menarik di mata orang tatkala berurusan terutamanya atas motif perniagaan. Penampilan menarik penting agar kehadiran mereka sentiasa disenangi orang sekeliling.
Ada juga berpendapat, wajah yang bersih, licin dan tegang, lebih memudahkan kerja-kerja close deal berbanding jika wajah telah kedut seribu, atau ada kesan bertompok-tompok pada wajah akibat pigmentasi yang teruk.
Melakukan rawatan wajah seperti spa atau berurut atau menggunakan krim mahupun urutan elektronik mendatangkan kesan yang lambat dan ia selalunya tidak digemari. Akhirnya botoks dipilih berdasarkan kesan yang menakjubkan berbanding memikirkan kesan sampingannya.
Di Amerika Syarikat, tinjauan terbaru yang dibuat mendapati jumlah lelaki yang mendapat suntikan botoks pada bahagian dahi dan bawah mata meningkat tiga kali ganda berbanding 2001, apabila hanya 100,000 lelaki di AS mengambil suntikan anti kedut ketika mula-mula botoks dikomersialkan hingga mencetus fenomena baru dalam dunia kecantikan.
Kebanyakan suntikan ini dilakukan oleh lelaki perpendapatan atau berjawatan tinggi dan berusia 40 ke atas kerana mulai mengalami masalah wajah dan kedutan.
Selain itu, prosedur suntikan botoks yang amat mudah – kurang daripada 15 minit mendorong lelaki menempah sesi bersama pakar kosmetik. Selain tempoh suntikan singkat di mana anda boleh pulang dan menyambung tugas di pejabat selepas disuntik, prosedur suntikan botoks yang tidak menyakitkan juga mendorong lelaki mengamalkan suntikan ini.
Walaupun muka akan membengkak dengan sesetengahnya memberikan kesan calar, namun kesakitan ini tidak berlarutan sebaliknya akan hilang dalam tempoh beberapa hari saja.
Selaras dengan itu, Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan suntikan botoks untuk tujuan kosmetik adalah haram kerana didapati mengandungi bahan yang meragukan. Fenomena ini nyata semakin berleluasa di negara Asia dan tidak terkecuali di Malaysia.
Nyata, masih ramai yang tidak begitu mengendahkan larangan ini, sebaliknya masih lagi cenderung untuk melakukan terus penyuntikan pada wajah.
Jika anda memikirkan risiko yang akan dihadapi, berfikirlah seribu sekali sebelum mengambil keputusan melakukannya kerana masih ada banyak cara lain untuk kelihatan menarik seperti menjalani gaya hidup sihat berbanding melakukan sesuatu pada hari ini yang bakal dikesali kemudian hari.
Bahaya Botoks Kepada Tubuh Manusia
- Pentadbiran Ubatan dan Makanan (FDA) memberi amaran dua rawatan botoks iaitu versi khas dipanggil botoks kosmetik dan pesaingnya, Myobloc iaitu ubat yang semuanya menggunakan racun toksin (botulinum) untuk menghalang reaksi saraf, boleh menyebabkan saraf berehat.
- Menurut FDA, dalam kes jarang berlaku, toksin boleh tersebar di luar kawasan suntikan ke bahagian lain badan, melumpuh atau melemahkan otot yang digunakan untuk bernafas dan menelan; kesan sampingan yang berpotensi membawa maut.
- Botoks terkenal kerana meminimumkan kedutan dengan melumpuhkan otot muka, namun botulinum juga digunakan secara meluas untuk keadaan pengecutan otot berlainan, seperti servikal distonia (gangguan postur leher) atau kekejangan leher teruk.
- FDA menekankan kematian yang masih disiasat setakat ini semuanya membabitkan kanak-kanak, kebanyakannya pesakit cerebral palsy (otak tidak normal) yang dirawat akibat keadaan spastik (rintangan gerakan pasif anggota) pada kaki mereka.
- FDA tidak pernah secara rasmi meluluskan penggunaan ubatan itu namun sesetengah negara membenarkannya.
- Menurut laporan majalah mingguan Focus di Jerman, Agensi Perubatan Eropah (EMA) yang mempunyai ibu pejabat di London merekodkan lebih 600 kes kesan negatif suntikan yang dikaitkan dengan rawatan kosmetik popular sehingga Ogos 2010. Dalam 28 kes, pengguna suntikan itu meninggal dunia.
- Di Jerman, Institut Persekutuan bagi Perubatan dan Produk Perubatan menerima 210 laporan disyaki berkaitan dengan Botoks, yang digunakan oleh berjuta orang di seluruh dunia untuk menghilangkan kedutan. Lima daripada kes itu membabitkan kematian.
- Botulinum toxin ialah racun biasa yang ditemui dalam makanan basi yang 400 kali lebih kuat berbanding sianida.
- Apabila disuntik, dos yang sedikit melumpuhkan otot dan menghalangnya daripada bergerak selama empat hingga enam bulan – sesuai untuk menghapuskan garisan halus buat sementara tetapi berpotensi menyebabkan kematian jika ia memberi kesan kepada otot yang salah.
- Botoks dan kosmetik Botoks memberi amaran pada label mereka mengenai kemungkinan tindak balas kurang baik berhampiran bahagian suntikan bagi setiap produk yang diluluskan penggunaannya, menurut FDA.
- Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan ada menyatakan bahawa botoks diperbuat daripada Botulinum toxin A dan tidak berasaskan tumbuhan. Walaupun, dalam kepekatan rendah (seperti dalam botoks) ia masih sejenis neurotoksin yang amat berbahaya pada tubuh manusia.
- Botoks disenarai sebagai bahan racun berjadual. Ia bermakna ada amaran bahaya terhadap penggunaannya. Rosmah Idayu Abu Samah
Bijak Kawal Amarah…. Ciri Orang Yang Berjaya. Apa Perlu Anda Tahu

Perasaan amarah memang ada dalam diri setiap individu. Dengan pelbagai tekanan hidup yang dihadapi membuat perasaan marah mudah meluap dalam diri. Tambahan bagi mereka yang berkerjaya dan memikul tanggungjawab yang berat di pejabat, ditambah dengan masalah lain sudah cukup untuk menjadikan kita seorang yang mudah marah. Namun, perlu diingat bahawa sikap pemarah yang melampau bisa memusnahkan kerjaya anda. Oleh itu adalah penting bagi anda belajar mengawal kemarahan untuk menjadi orang yang berjaya.
Apakah kesan amarah terhadap kerjaya anda?
Sikap marah yang tidak dikawal akan menjejaskan hubungan sesama rakan pejabat. Tugasan kumpulan sukar berjalan lancar akibat masalah komunikasi yang timbul daripada sifat pemarah yang kurang menyenangkan rakan sekerja yang lain. Akibatnya, tugas yang dipertanggungjawabkan tidak mendapat hasil yang sempurna.
Untuk menjadi ketua yang berjaya, anda memerlukan sokongan dan kerjasama daripada pekerja bawahan. Namum sekiranya lagak anda bak “singa lapar”, anda hanya mencipta rasa takut staf terhadap anda, bukan rasa hormat kepada seorang ketua. Kerja yang dilakukan oleh pekerja anda mungkin bukan dengan perasaan ikhlas. Malah yang lebih teruk, mereka hanya bekerja seperti “melepas batuk ditangga”.
Urusan dengan pihak ketiga, misalannya pelabur ataupun pelanggan boleh terjejas dengan sikap panas baran anda. Anda mungkin akan hilang peluang perniagaan.
Sebagus manapun kerja anda, ketua anda mungkin berfikir berkali-kali sebelum menaikkan pangkat anda. Pasti mereka kuathir dengan sikap pemarah anda yang akhirnya mengundang masalah dalam menguruskan tugas atau jabatan yang di ketuai.
Orang yang pemarah, mudah mengalami kemurungan. Jiwa yang tidak tenteram ini boleh membawa pelbagai masalah kesihatan dan akhirnya menjejaskan prestasi kerja anda.
Petua mengendali amarah anda
1 Pernafasan
Apabila berada dalam keadaan marah, tarik nafas dalam-dalam selama 10 saat dan helakan sekuat hati. Lakukan untuk beberapa kali sehingga rasa marah anda reda. Walaupun ianya kelihatan mudah namum tetap berkesan. Anda akan rasa lebih lega dan minda lebih rasional dalam membuat setiap keputusan.
2 Kira dari 1 hingga 10
Ketika marah anda sedang meluap-luap, cubalah mengira 1 hingga 10. Percayalah, kaedah ini pasti akan dapat meredakan tekanan dan mengurangkan kemarahan anda. Walaupun ia tidak dapat memadamkan keseluruhan perasaan marah, sekurang-kurangnya 10 saat ini sempat memberi peluang anda berfikiran dan bertenang. Oleh itu, setiap tindakan yang dibuat tidak dikuasai oleh perasaan.
3 Luahkan kemarahan anda
Sekiranya seseorang itu telah membuat anda marah, larikan diri anda daripada situasi tersebut untuk seketika. Bercakap dan luahkanlah apa yang terbuku dengan orang yang rapat dengan anda. Sekiranya tiada sesiapa yang boleh pendengar luahan hati anda, cari kawasan yang tiada orang di sekeliling, bercakaplah dengan diri sendiri. Katakan atau menjeritlah apa yang ingin anda luahkan. Ambil masa tenangkan diri sebelum kembali semula kepada situasi tadi.
4 Mulakan dengan “saya” dan bukannya “awak”.
Apabila berlaku pertengkaran, pastikan setiap pernyataan yang anda buat terhadap pihak kedua bermula dengan perkataan “saya” dan bukannya “awak”. Misalnya, “ Saya berasa amat kecewa dan hampa!”, bunyinya lebih baik berbanding “Awak mengecewakan saya!”. Pernyataan yang dibuat ini tidak bersifat menyalahkan dan pihak kedua juga tidak akan bersifat defensive. Sikap “finger point to each other” dapat dielakkan dan seterusnya api kemarahan dapat dikurangkan maupun dielakkan.
5 Salurkan tenaga kemarahan anda
Dalam keadaan marah, tenaga yang dikeluarkan adalah berlipat ganda tingginya.Daripada anda bertindak menumbuk dinding, meja, maupun orang yang anda marah, ada baiknya tenaga itu disalurkan ke tempat yang lebih berfaedah. Berlarilah sekuat hati, pumping, kick boxing, atau apa sahaja riadah sekiranya anda dalam keadaan marah. Lakukan sesungguh hati sehingga anda berasa puas dan letih. Percayalah, ia dapat membantu. Perasaan marah anda akan hilang. Oleh itu, simpanlah tali skipping atau kasut jogging di pejabat. Anda pasti memerlukannya nanti.
6 Menerawangkan fikiran
Ketika marah, pejamkan mata anda seketika. Bayangkan wajah orang yang tersayang, ataupun tempat yang indah. Sekiranya keadaan tidak mengizinkan untuk anda memejamkan mata, cukup dengan menerawangkan fikiran sebentar. Kaedah ini dapat melarikan fikiran anda daripada perkara yang menimbulkan kemarahan. Anda akan kembali tenang untuk menghadapi situasi tegang.