Bayu Somerset baru-baru ini melancarkan sepuluh koleksi baharu sempena kedatangan Aidilfitri 2023. Antara koleksi yang ditampilkan termasuklah  Elora, Floral, Tie Dye, Niaasom, Bungadanbintang, Merdu, Pop dan Premium Bersulam. Pada majlis pelancaran tersebut, beberapa selebriti  tempatan turut hadir menggayakan koleksi terbaharu Bayu Somerset antaranya termasuklah  Elfira Loy, Niaasom, Nadiah Halim, Nina Khalil dan Ezlisa Loy. 

Masuk Tahun Ke 2 Jenama BAYU SOMERSET, Pasangan Suami Isteri  Ini Sasar Jualan 8 Angka Sempena Aidilfitri!

IKLAN

Bayu Somerset, jenama baju Malaysia yang menghasilkan baju kurung dan baju kebaya unik yang diperbuat dari fabrik kapas. Ia sememangnya terkenal untuk penggunaan di iklim panas khatulistiwa nusantara. Reka bentuk yang terhasil dari cetakan fabrik yang elegan dan selesa digunakan menjadi elemen utama Bayu Somerset terkenal di kalangan penggemar pakaian raya yang selesa.

Masuk Tahun Ke 2 Jenama BAYU SOMERSET, Pasangan Suami Isteri  Ini Sasar Jualan 8 Angka Sempena Aidilfitri!

 

Bersempena Hari Raya 2023, Pengasas dan Pengarah Kreatif iaitu Diana Kamalul mula merancang rekaan fabrik lebih awal. Beliau juga telah bekerjasama dengan illustrator tempatan yang terkenal Niaasom dan Kirin dari Bungadanbintang. 

Masuk Tahun Ke 2 Jenama BAYU SOMERSET, Pasangan Suami Isteri  Ini Sasar Jualan 8 Angka Sempena Aidilfitri!

Koleksi Raya 2023 ini sangat istimewa buat pemilik Diana Kamalul dan suami Emir Fauzi kerana ia datang selepas dua tahun memulakan syarikat mereka. Pada tahun pertama jumlah jualan mencecah 7 angka. Manakala tahun kedua pula  sasaran adalah untuk mencecah jualan 8 angka.

Masuk Tahun Ke 2 Jenama BAYU SOMERSET, Pasangan Suami Isteri  Ini Sasar Jualan 8 Angka Sempena Aidilfitri!

Pasangan suami isteri  ini meninggalkan pekerjaan dalam dunia korporat  sebagai jurubank dan mengambil peluang pada sesuatu yang tidak dirancang sama sekali. Mereka bagaimanapun  berjaya mencipta jenama pakaian yang mencetuskan kemampuan dan keselesaan.

Masuk Tahun Ke 2 Jenama BAYU SOMERSET, Pasangan Suami Isteri  Ini Sasar Jualan 8 Angka Sempena Aidilfitri!

IKLAN

Menurut Emir, untuk koleksi raya 2023, Bayu Somerset maju setapak  ke hadapan apabila memperkenalkan  pencetakan fabrik yang warna- warni  yang menampilkan garisan elegan.

“Kami teruja kerana ia juga merupakan koleksi ibu dan  anak perempuan pertama dalam rangkaian kami. Secara keseluruhan, kami mempunyai sejumlah 133 corak untuk dipilih.Pilihan yang luas ini diharapkan sesuai untuk pilihan semua orang dan harga yang amat berpatutan,”ujar Emir.

Masuk Tahun Ke 2 Jenama BAYU SOMERSET, Pasangan Suami Isteri  Ini Sasar Jualan 8 Angka Sempena Aidilfitri!

Bayu Somerset dan Nia dari jenama Niaasom berkerjasama untuk menghasilkan palet warna unik untuk koleksi Baju Kebaya Raya 2023.  Menurut Diana, Nia memang gemar melukis bunga, di mana ilustrasinya amat sesuai dengan gaya baju kebaya yang dihasilkan.

IKLAN

“Saya memang terharu dengan bakat melukisnya, saya seronok kolaborasi dengan Nia untuk mencipta koleksi Niaasom ini. Saya memang berharap berkerjasama dengan bakat tempatan yang lain pada masa depan, jangan risau pasti banyak lagi koleksi baru akan datang!”

Masuk Tahun Ke 2 Jenama BAYU SOMERSET, Pasangan Suami Isteri  Ini Sasar Jualan 8 Angka Sempena Aidilfitri!
Nia bersama Dayah Bakar

Bayu Somerset  boleh didapati di Setia City Mall selain pop-up raya yang terletak di AEON Shah Alam, Melawati Mall, SOGO KL, ISETAN KLCC, Sunway Putra Mall dan Lazada X Riuh. Untuk info, layari www.bayusomerset.com

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI