
Dunia hanya sementara, malah sebenarnya terlalu singkat jika dihitung dengan waktu hidup kita di akhirat kelak. Namun ramai yang terbuai dengan kesenangan dunia, mengejar material dan kasih sayang manusia yang tidak abadi.
Jika kita hidup berdasarkan perhitungan waktu akhirat, sebenarnya kita hidup kurang dua jam saja di dunia. Bayangkan betapa jauhnya perbezaan waktu di dunia dan akhirat!
Ayat Al-Quran menjelaskan jika sehari di akhirat bersamaan seribu tahun di dunia. Susah diterima akal, tapi tidak ada yang mustahil bagi Allah SWT.
“Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seribu tahun menurut perhitunganmu.” (QS: Al-Hajj, ayat 47)
“Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu.” (QS: As-Sajdah, ayat 5)
Betapa sebentarnya kita hidup di dunia ini. Namun banyak yang lalai dan mengabaikan urusan akhirat karena terlalu lalai dengan urusan dunia.
Bahkan banyak pula yang berlumba-lumba mengumpulkan harta seolah mereka akan hidup abadi di dunia padahal hakikatnya hidup ini hanya sebentar.
Maka dari itu, ayuh manfaatkan masa yang singkat ini untuk beramal soleh dan beribadah untuk mendapatkan reda Allah SWT.
Bahagia Jadi Ibu & Miliki Rumah Idaman, SHILA AMZAH Matang Tempuh Usia 31 Tahun!

Nama Shila Amzah bukan lagi asing dalam persada seni tanah air. Bakat nyanyian pemilik nama Nurshahila Amir Amzah ini tidak hanya dikagumi di dalam negara bahkan turut meraih perhatian peminat muzik di negara China.
Shila yang mula berkecimpung dalam industri muzik sejak usia belasan tahun mengikut jejak langkah bapa tersayang yang merupakan salah seorang penghibur terkenal negara, Dato’ ND Lala atau nama sebenarnya Dato’ Amir Amzah Salleh.
Meniti usia 31 tahun pada 13 Ogos lepas, Shila yang kini sibuk dengan rutin hariannya sebagai isteri dan ibu tetap tidak melupakan kerjayanya sebagai penyanyi. Ada sahaja kelapangan, pasti Shila akan memenuhi undangan nyanyian.
Malah, anak sulung daripada empat beradik ini aktif memuat naik video nyanyiannya di platform media sosial. Terubat juga rindu peminat dapat tengok video nyanyian Shila!
Terbaharu, isteri Haris Idraki ini berkongsi suasana di kediaman miliknya yang dipercayai rumah baharu mereka dan kini dalam proses pengubahsuaian. Dengan penuh syukur Shila mendedahkan, “Selepas bertahun-tahun baru dapat rumah idaman. Alhamdulillah. Lain rasanya bila kita beli sesuai guna seratus-peratus duit kita sendiri. Hasil titik peluh sepenuhnya, sekarang baru ada bukti.
Sha memang tak pernah minat pasal handbag ni semua. Sha suka rumah. Selama hari ni, asyik scroll and save mana-mana look rumah yang cantik untuk dijadikan inspirasi. Sha doakan semua yang sedang baca ni dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segalanya untuk kalian.
Orang mungkin tak nampak dan kurang hargai penat lelah kita. Tapi akhirnya berkat usaha dan doa, inshaAllah semua orang boleh rasai kemanisannya.”
Kongsi Shila lagi, “Apa yang besar bagi Sha mungkin juga kecil bagi orang lain. Tapi kita kena selalu ada empati kerana bukan semua orang punya impian yang sama besar atau kecil dari kita. Allah itu Maha Baik, apa yang kurang di sini Dia lebihkan di sana. Namun semua yang tertulis pasti ada hikmahnya. Sentiasa bersangka baik dengan Allah.”
Kehidupan Shila juga lebih bermakna sejak kehadiran cahaya mata sulung, Seth Uwais. 31 Ogos lepas bersempena Hari Kemerdekaan juga merupakan ulang tahun kelahiran yang ke-2 buat anak comel ini.
“Lepas berumah tangga, baru dapat belajar banyak benda. Benda buruk yang tak pernah buat pun dah terbuat. Sha dah dapat cuba semua (trust me, SEMUA) perasaan ingin tahu menebal dalam diri sebab sebelumnya selalu rasa terkurung, terbeban dengan tanggungjawab untuk jaga diri. Iman turun naik. Untuk istiqamah bukan perkara mudah.
Sekarang bila dah ada Seth kena bertanggungjawab untuk bimbing diri sendiri ke arah yang lebih baik. Apa-apa yang lepas, Sha dah takkan toleh ke belakang dan hidup dalam penyesalan. Apa yang penting adalah sekarang Sha sedar banyak perkara, yang lebih menjadi keutamaan untuk Sha didik diri dan anak inshaAllah.”
Walau sambutan birthday Seth Uwais hanya diadakan di rumah di samping ibu bapanya namun tetap meriah dengan pelbagai dekorasi menarik. Iyalah, dalam keadaan pandemik Covid-19 semua aktiviti keraian terpaksa ditangguh demi mengelak penularan jangkitan.
Mengimbas kembali kelahiran Seth Uwais, Juara Asean Wave 2012 ini selamat melahirkan zuriat sulung pada 31 Ogos 2019 secara pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Shila sebelum ini pernah memberitahu dia melalui detik sukar melahirkan Seth Uwais dan berada dalam labour room selama 55 jam 43 minit.
Shila mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan, Haris Idraki Elias pada 19 April 2018.
Kredit foto: Instagram Shila Amzah
Baru Sehari Dah Rindu Tweet Manis & Lucu Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah terkenal dengan sifat yang ramah, suka memasak dan kerabat diraja yang berjiwa rakyat. Baginda juga suka berkongsi sesuatu perkara yang menarik menggunakan Twitter rasmi miliknya, @cheminahsayang.
Memang suka mengikuti perkongsian Raja Permaisuri Agong dan medium ini juga digunakan oleh baginda untuk berinteraksi dengan rakyat. Baginda juga turut berkongsi momen indah dalam hidupnya di laman media sosial ini.
Malah kadang-kadang apa yang Raja Permaisuri Agong tweet menjadi tular. Baginda juga kadang-kadang akan retweet hal yang berkaitan dengan keagamaan serta yang berkaitan dengannya. Seperti contoh, fesyen Raja Permaisuri Agong yang menjadi ikutan dan trend, baginda akan retweet balik gaya wanita yang menggayakan fesyen seperti baginda.
Namun, akaun Twitter rasmi milik Raja Permaisuri Agong sudah dinyahaktif. Ketiadaan akaun media sosial Raja Permaisuri Agong telah menjadi bualan ramai dan mengundang kesedihan pengikut baginda di laman tersebut.
Difahamkan, Raja Permaisuri Agong telah menutup akuan media sosialnya itu berikutan komen negatif daripada seorang pemilik akuan yang dikatakan telah mengeluarkan kenyataan kurang sopan pada ruangan komen akaun baginda.
Semoga Raja Permaisuri Agong berkenan mengaktifkan balik akuan media sosialnya itu dan kembali berkongsi pelbagai kisah yang menarik dengan rakyat.
Mengaji Di Masjid Nabawi, Tersentuh Dengar Alunan Ayat Suci FARHATUL FAIRUZAH!

MashaAllah, tersentuh dengar alunan ayat-ayat suci daripada Johan Qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut ketika mengaji di Masjid Nabawi baru-baru ini.
Daripada perkongsian video yang dimuat naik di Instagram milik Qariah itu, jelas kedengaran suara merdunya di segenap sudut masjid yang menjadi tempat kedua suci umat Islam selepas Masjidil Haram di Mekah berkenaan.
“Salam Bulan Mulia, Ramadan Al Mubarak. Semoga Allah berkati Ramadan kita tahun ini, ya Allah berikan kami kesihatan tubuh badan dan dihindarkan sebarang penyakit. Mudahkan segala urusan kami ya Allah.”
Difahamkan Farha berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah bersama adik-beradik dan ibu tersayang pada 20 Mac lalu. Apa yang pasti, impian yang pernah disuarakan Farha kepada Nona tahun lalu untuk menjejakkan kaki ke Mekah akhirnya dimakbulkan. Meskipun sudah tertangguh sejak pandemik Covid-19.
Ujar Farha kepada Nona, “Cerita tentang impian ini, macam-macam yang saya fikir. Saya teringin sangat nak pergi umrah yang tertangguh. Sepatutnya awal 2020 pergi umrah tapi sebab pandemik Covid-19 tak dapat pergi sana. Impian yang lain juga, Farha teringin jadi usahawan yang aktif dan membantu orang di luar sana.
Selain itu, impian yang ingin dicapai ialah saya sebenarnya suka jalan-jalan dan pergi melancong. Pada saya di samping melancong, saya juga nak berkongsi keindahan Al-Quran dan alunannya serta berdakwah di luar negara. Pendek kata, saya mahu jadi wanita hebat dunia akhirat.”
Meniti usia 22 tahun, anak kepada Allahyarham Haji Panut Haji Markum dan Hajah Jaliah Haji Simin ini juga difahamkan sedang menyambung pengajian di universiti. Dalam masa sama, Farha juga diberi kepercayaan menjadi hos dalam program Geng Ngaji.
Berkongsi rutin mengaji yang menjadi amalannya, dedah Tokoh Belia Negara 2019 ini, “Sebenarnya saya tak letak syarat berapa lama dan berapa jam. Cuma saya akan mengaji selepas solat fardu at least 1 page.
Bercerita tentang surah kegemaran pula, saya suka surah Al Mulk yang dituntut baca sebelum tidur dan kelebihan surah akan jadi penyelamat di alam kubur nanti. Selain akan meringankan seksa kubur. Pembaca surah ini juga akan dipancarkan cahaya. InshaAllah.”
Tambahnya lagi, “Nak kuasai Al-Quran banyakkan mendengar dan cuba mencari guru. Sebab ilmu tak akan datang kalau kita tak cari. Cari guru Al-Quran dan inshaAllah, Allah akan permudahkan kita untuk belajar Al-Quran. Sebenarnya memang sangat dituntut untuk kita bertalaqi. Maksud talaqi ini ialah berhadapan dengan guru.
Belajar Al-Quran tak boleh satu hala perlu dua hala dan berhadapan dengan guru. Jadi guru tu akan tahu dan tegur mana salah kita dalam pembacaan Al-Quran. Saya tau bukan mudah nak kuasai, ia perlukan usaha tapi kalau ada keinginan tinggi, Allah akan permudahkan urusan kita.
Di sini juga saya ingin berpesan dan ajak anak muda di luar sana tak kira siapa kita, cuba jadikan Al-Quran sahabat kita di dunia sebab bila kita jadikan Al-Quran sahabat di dunia, ia akan jadikan kita sahabat di akhirat nanti dan semoga dengan berkat kita sentiasa bersama Al-Quran ini akan bantu kita di alam kubur nanti.”