Tidak dinafikan, pemakaian kanta lekap memberi banyak kebaikan yang boleh membaiki masalah rabun serta penglihatan. Bahkan, ia juga boleh memberi kemudahan kepada si pemakai untuk rasa lebih selesa. Namun, tidak semua orang sesuai untuk memakai kanta lekap dan anda perlu tahu cara yang betul jika baru pertama kali ingin mencuba memakainya untuk memastikan kesihatan mata anda berada di tahap yang maksimum. Nona sempat bertemu dengan Profesor Madya Dr Haliza Mutalib seorang Pakar Optometris daripada Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk membincangkan hal ini.

IKLAN

“Bagi wanita, sebelum mereka nak pakai kanta lekap pertama sekali anda perlu buat pmeriksaan mata terlebih dahulu dengan Pakar Optometris yang bertauliah untuk memastikan keadaan mata sempurna dan boleh pakai kanta lekap. Ini kerana, anda perlu tahu mata ibu hamil pada 3 bulan pertama dan 3 bulan terakhir itu keadaan wanita akan menjadi lebih sensitif. Sebenarnya ia bukan tentang kanta lekap,tapi anda perlu tahu masa yang sesuai untuk pakai kanta lekap”, terang Prof Haliza ketika ditemui di majlis pelancaran kanta lekap Aveo Hello oleh syarikat Aveo Vision.

Mata Wanita Hamil Lebih Sensitif, PROF DR HALIZA MUTALIB Minta Hati-Hati Pakai Kanta Lekap!

Ketika diminta mengulas tentang kanta lekap Aveo Hello, Prof Haliza berkata, ” kanta lekap harian ini sangat bersih dan mudah untuk digunakan. Selain itu, berdasarkan ujian klinikal yang dijalankan di UKM, kanta lekap daripada Aveo Hello ini juga sesuai untuk individu yang mengalami masalah mata kering”.

” Saya dapat perhatikan banyak video make up tutorial menunjukkan cara yang salah. Selalunya, mereka akan selesaikan solekan dahulu sebelum pakai kanta lekap, tapi itu sebenarnya cara yang salah. Seharusnya, mereka perlu memakai kanta lekap terlebih dahulu kemudian baru mengenakan solekan. Seterusnya, apabila mahu mencuci solekan, bawa keluar kanta lekap terlebih dahulu.

Selain itu, anda juga perlu berhati-hati apabila mengenakan solekan dan ketika mahu mencuci solekan kerana pemakaian maskara, hair spray dan minyak wangi yang masuk ke dalam kanta lekap boleh merosakkan kanta lekap anda “, tambahnya lagi.

Mata Wanita Hamil Lebih Sensitif, PROF DR HALIZA MUTALIB Minta Hati-Hati Pakai Kanta Lekap!

IKLAN

Pada masa kini, kanta lekap juga dipakai bukan hanya digunakan sebagai alat bantuan penglihatan, namun ia juga menjadi trend dalam golongan wanita untuk menjadikan mata lebih menarik dan menggoda. Namun, Prof Haliza menasihatkan agar wanita sentiasa menjaga kebersihan tangan terutamanya jari untuk memastikan mata kekal sihat.

“Kanta lekap yang mempunyai corak dan berwarna tidak menjadi masalah untuk dipakai supaya kelihatan cantik dan bergaya. Namun, si pemakai perlu tahu cara penjagaannya dengan betul dan baik. Maksudnya di sini, ambil tahu tempoh penggunaan kanta lekap tersebut kerana masih ramai yang tidak mengambil endah tentang perkara ini.

IKLAN

Mata Wanita Hamil Lebih Sensitif, PROF DR HALIZA MUTALIB Minta Hati-Hati Pakai Kanta Lekap!

Bukan itu sahaja, sebagai wanita anda perlu menjaga kebersihan tangan terutamanya kuku. Perlu diketahui kanta lekap bukanlah dilekatkan di mata sebegitu sahaja, ianya memerlukan teknik yang baik agar tidak mencalarkan kornea ataupun menyebabkan luka pada mata disebabkan kuku jari. Teknik menanggalkan kanta juga amat penting kerana teknik cubitan dan cara melonggarkan kanta lekap dalam mata terlebih dahulu amat penting agar cubitan kanta lekap itu tak bersama sama dengan lapisan sel kornea.

Penggunaan tools untuk mengeluarkan kanta lekap daripada mata sebenarnya sangat bahaya kerana kornea mata boleh tertarik. Saya nasihatkan anda untuk menggunakan jari sahaja untuk proses memasukkan dan mengeluarkan kanta lekap”, jelasnya mengakhiri perbualan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI