Bulan Februari lalu, pasangan diraja Britain, Duke dan Duchess Sussex Putera Harry dan Meghan Markle telah mengumumkan bahawa sedang hamil anak kedua mereka. Jumaat lalu pasangan bahagia ini telah mengumumkan tentang kelahiran anak kedua mereka dan ini secara tak langsung Archie sudah bergelar seorang ‘abang’.

IKLAN
Meghan Markle Umum Kelahiran Anak Ke-2, 5 Fakta Menarik Tentang PUTERI LILIBET DIANA
Foto: Instagram @dukeandduchessofcambridge

Sejarah hampir tiga tahun lalu telah menyaksikan perkahwinan Diraja Putera Harry dan Meghan Markle mendapat perhatian dunia. Kisah cinta di antara anak bongsu mendiang Puteri Diana dan pelakon Hollywood ini sememangnya menjadi perbualan hangat seantero dunia.

Meghan Markle Umum Kelahiran Anak Ke-2, 5 Fakta Menarik Tentang PUTERI LILIBET DIANA
Foto: Instagram @dukeandduchessofcambridge
Meghan Markle Umum Kelahiran Anak Ke-2, 5 Fakta Menarik Tentang PUTERI LILIBET DIANA
Foto: Instagram @dukeandduchessofcambridge

Kelibat mereka yang mencuri perhatian ramai menjadikan pasangan ini menjadi buruan sensasi pihak media. Sudah tentu anak-anak mereka juga tidak terkecuali menjadi buruan pihak media seluruh dunia.

Meghan Markle Umum Kelahiran Anak Ke-2, 5 Fakta Menarik Tentang PUTERI LILIBET DIANA
Foto: Instagram @dukeandduchessofcambridge

Fakta menarik tentang anak kedua pasangan Putera Harry dan Meghan Markle.

NAMA
Bayi perempuan yang diberi nama Lilibet “Lili” Diana Mountbatten-Windsor itu diberi sempena nama moyangnya dan neneknya. Lili adalah nama sempena moyangnya, ‘Her Majesty The Queen’ dengan nama panggilan Lilibet. Nama tengahnya, Diana dipilih sempena menghargai mendiang neneknya yang tersayang, ‘The Princess of Wales’.

IKLAN
Meghan Markle Umum Kelahiran Anak Ke-2, 5 Fakta Menarik Tentang PUTERI LILIBET DIANA
Foto: Instagram @dukeandduchessofcambridge

TEMPAT KELAHIRAN
Lilibet Diana dilahirkan pada 4 Jun 2021 bersamaan hari Jumaat di sebuah hospital di Santa Barbara, California. Lilibet dilahirkan pada jam 11.40 pagi waktu tempatan. Lilibet dilahirkan dengan berat 3.1 kilogram dalam keadaan sihat bersama ibunya, Meghan Markle.

Meghan Markle Umum Kelahiran Anak Ke-2, 5 Fakta Menarik Tentang PUTERI LILIBET DIANA
Foto: Instagram @dukeandduchessofcambridge

WARISAN DIRAJA BRITAIN
Lilibet adalah cicit Ratu Elizabeth II yang ke-11 dan berada di tempat kelapan dalam senarai pewarisan takhta. Ini bermakna anak kedua Ratu Elizabeth II, Putera Andrew terpaksa turun ke tempat kesembilan dalam susur galur takhta Britain.

IKLAN
Meghan Markle Umum Kelahiran Anak Ke-2, 5 Fakta Menarik Tentang PUTERI LILIBET DIANA
Foto: Instagram @dukeandduchessofcambridge

SEPUPU PEWARIS TAKHTA ENGLAND
Lilibet Diana mempunyai seorang abang, Archie Harrison yang kini berusia 2 tahun. Sudah tentunya Lilibet mempunyai sepupu yang bergelar Pewaris Takhta Kerajaan England iaitu Putera George atau nama penuhnya George Alexander Louis anak kepada pasangan diraja Putera William dan Kate Middleton. Dua orang sepupunya lagi ialah Puteri Charlotte dan Putera Louis.

Meghan Markle Umum Kelahiran Anak Ke-2, 5 Fakta Menarik Tentang PUTERI LILIBET DIANA
Foto: Instagram @dukeandduchessofcambridge

WARGANEGARA
Walaupun belum ada pengumuman dibuat tentang kewarganegaraan Lilibet Diana tetapi ramai yang menjangkakan Lilibet bakal mendapat dua kewarganegaraan. Ayahnya, Putera Harry adalah keluarga diraja Britain, manakala ibunya, Meghan Markle pula mempunyai kewarganegaraan Amerika Syarikat. Sementelah Lilibet juga dilahirkan di Amerika Syarikat.

Meghan Markle Umum Kelahiran Anak Ke-2, 5 Fakta Menarik Tentang PUTERI LILIBET DIANA
Foto: Instagram @dukeandduchessofcambridge
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI