
Penyanyi Meghan Trainor yang terkenal dengan lagu berjudul All The Bass berkongsi berita gembira di Instagram miliknya bahawa dia telah selamat melahirkan cahaya mata kedua.


Bayi lelaki yang diberi nama Barry Brurce itu dilahirkan pada 1 Julai lalu secara pembedahan dengan berat 3.62 kg.

“Pada 1 Julai (ulang tahun ketujuh tarikh pertama kali bertemu) kami menyambut kelahiran Barry Bruce Trainor ke dunia.

“Dia seorang bayi lelaki seberat 8 paun (3.62 kilogram) dan dilahirkan secara pembedahan,” tulisnya.


Lebih istimewa tarikh tersebut turut menjadi ulang tahun ketujuh perkenalan Trainor dengan suaminya, Daryl Sabara.


Untuk info, Meghan dan Daryl mendirikan rumah tangga pada 2018.
Pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki bernama Riley Sabara yang berusia dua tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
1.497 juta Jemaah Telah Tiba Di Mekah Untuk Tunaikan Haji, Bakal REKOD SEJARAH PALING RAMAI Setakat Ini

Sebagai salah satu daripada lima Rukun Islam, menunaikan ibadah Haji di Mekah adalah wajib bagi umat Islam yang berkemampuan daripada segi fizikal dan kewangan sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka.
Ibadah Haji adalah bertujuan untuk membersihkan jiwa dan memupuk semangat kesamaan serta perpaduan dalam kalangan umat Islam, sebagai cara untuk berserah kepada Yang Maha Esa.

Kerajaan Arab Saudi setakat ini telah menerima ketibaan seramai 1.497 juta jemaah yang telah mula berkumpul di kota suci itu sebagai persediaan untuk mengerjakan ibadah Haji musim ini yang akan bermula pada 30 Ogos 2017.
Secara keseluruhan, kira-kira dua juta jemaah daripada seluruh dunia dijangka melawat Mekah tahun ini, menjadikan perhimpunan tahunan itu sebagai yang terbesar dan bagi kebanyakan umat Islam, ini adalah ibadah kemuncak bagi pembangunan rohani mereka.

Kerajaan Arab Saudi bertanggungjawab menyelenggara ibadah Haji setiap tahun, di bawah pengawasan langsung Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz dan Putera Mahkota Mohamad bin Salman; satu usaha logistik mega yang bakal dipikul sehingga 4 September 2017.
Fakta Menarik 2017
(a) Jemaah Haji Antarabangsa Untuk Musim Haji 2017
Bilangan jemaah haji antarabangsa bertambah saban tahun, daripada hanya 24,000 jemaah pada 1941, jumlah ini meningkat kepada 1.325 juta pada 2016. Pada tahun lepas, seramai 1.86 juta Jemaah menjalankan ibadah Haji termasuk Jemaah tempatan daripada Arab Saudi sendiri.
(b) Lebih Daripada 80 Negara
Pegawai Saudi yang bertugas bersedia untuk menerima kemasukan Jemaah Haji yang besar tahun ini – para jemaah juga akan melawat kota suci Madinah. Pasukan Haji yang bertugas boleh bertutur lebih daripada satu bahasa untuk memastikan keperluan para jemaah dipenuhi.

(c) Mina, Kota Khemah Terbesar
Mina juga dikenali sebagai Kota Khemah kerana menempatkan berpuluh ribu khemah berhawa dingin sebagai penginapan sementara untuk para jemaah Haji tahun ini.
Mina terletak di antara gunung Arafat dan Masjid Besar Mekah. Khemah-khemah disusun secara sistematik mengikut barisan dan dikumpulkan di kawasan yang dilabel dengan nombor dan warna berdasarkan negara asal para jemaah.
Setiap jemaah diberikan lencana yang lengkap dengan nombor dan warna khemah mereka untuk membantu mereka mencari khemah sekiranya tersesat. Sebagai langkah untuk mencegah kebakaran, khemah-khemah dibina daripada polimer Teflon bersalut gentian kaca dan dilengkapi dengan sistem pemercik dan alat pemadam kebakaran.
(d) Lebih Daripada 17,000 Anggota Pertahanan Awam Berkhidmat Untuk Jemaah Haji
Lebih 17,000 anggota terlatih, disokong dengan 3,000 kenderaan berteknologi terkini ditempatkan untuk memastikan keselamatan jemaah berada pada tahap yang tertinggi.
(e) 300 Ambulans Darat, 30 Motosikal, 113 Pusat Ambulans & 8 Ambulans Udara
Lebih daripada 2,000 anggota pihak berkuasa Bulan Sabit Merah Saudi ditugaskan di Mekah, Madinah dan kawasan ibadah yang lain untuk menyediakan perkhidmatan ambulans kepada para jemaah ketika musim Haji tahun ini.

Mengambil keberkatan Hari Wukuf pada 9 Zulhijah 1438H bersamaan Khamis, 31 Ogos 2017 ini, Nona ingin menjemput anda dan ahli keluarga yang disayangi untuk bersama-sama menyertai dua acara mega, World #QuranHour pada jam 11.30 pagi – 1.30 petang di Masjid UIAM, Gombak dan Merdeka #QuranHour pada jam 8.30 malam – 10.30 malam di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Jumpa anda di sana, insya-Allah! KR
Rujukan: Pusat Komunikasi Antarabangsa (CIC), Kementerian Kebudayaan dan Maklumat, Kerajaan Arab Saudi
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
MIA AHMAD Kongsi Ungkapan Romantis Buat Suami, Sempena Ulang Tahun PERKAHWINAN Pertama!

Dramatis yang popular dengan drama bersiri Hati Perempuan, Mia Ahmad menyambut ulangtahun perkahwinannya bersama suami tercinta, Mohd Izham Tarmizi Roslan semalam. Mia yang baru sahaja memenangi Pelakon Wanita Terbaik bagi Anugerah Telenovela menerusi Mr Boss Miss Stalker mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim itu pada 13 Januari 2017.

Mia atau nama sebenarnya Shamiha Binti Ahmad Baderi menerusi lnstagramnya turut memuat naik video pra perkahwinan mereka berdua yang berjudul Satu Hari Nanti.
Kapsyen romantis yang ditulis Mia ini nyata mencuri perhatian ramai.
===================
“A year ago, I got married to this man. Never thought that I could love him this much. It’s been a wonderful journey saying.”
https://www.instagram.com/p/Bd2F2ljHZMu/?hl=en&taken-by=mia.ahm4d
About ‘Satu Hari Nanti’ ….. Aku duduk memandang jauh …. Aku leka, aku tidak peduli mungkin dia ada di belakang (who would have known, he’s my JODOH)
Memandang mungkin sepintas lalu”(who would have known, I’m his JODOH).
Cinta, jangan dikejar, nanti dia lari.
Cinta jangan dipendam, nanti dia padam.
Cinta usah di tunggu, ia tak akan datang.
Tetapi cinta kalau dari hati, ia tak akan padam, ia tak lari, malah ia akan datang dengan sendiri.

Mengimbas kembali detik indah itu bersama jejaka tampan yang kini bergelar suaminya, jelas Mia, “Journey untuk shoot pre wedd ni sangatlah mencabar dengan sejuk and drizzlingnya weather, dengan nak berdialognya dengan nak tukar bajunya takde bawak assist and no make up artist!
Moga mahligai yang dibina terus diberkati ilahi dan dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga kelak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila ‘Dipaksa Bersalin’ Kerana Pelbagai Faktor, Ini Info INDUCE Patut Ibu Hamil Ambil Tahu!

Menjelang 9 bulan kehamilan, kebanyakan ibu berasa cemas untuk menunggu saat-saat kelahiran bayi. Lazimnya, kaedah induce semasa bersalin tidak akan banyak membantu disebabkan servik anda ditutup rapat. Induce hanya membantu apabila servik anda mula melembut dan memendek.
Para doktor hanya menggunakan kaedah induce semasa bersalin apabila bayi lebih berisiko jika berada di dalam rahim si ibu daripada dilahirkan. Oleh itu, doktor sakit puan akan mengguna ubat-ubatan atau teknik yang boleh mencetuskan kelahiran secara semula jadi untuk mempercepat proses melahirkan.
BILAKAH INDUCE SEMASA BERSALIN DIPERLUKAN?
- Air ketuban pecah tetapi tidak mempunyai kontraksi pengecutan rahim.
- Kehamilan berpanjangan melebihi 42 minggu.
- Masalah plasenta iaitu uri telah matang dan kurang oksigen dan nutrien
- Tidak mempunyai cecair air ketuban mencukupi.
- Mempunyai faktor risiko kehamilan seperti diabetes atau tekanan darah tinggi
- Terdapat jangkitan dalam rahim
- Bayi tidak membesar seperti sepatutnya

BAGAIMANA INDUCE SEMASA BERSALIN DILAKUKAN?
Ia boleh dilakukan melalui kaedah berikut:
1. Ubat-ubatan
- Prostaglandin: Dimasukkan ke dalam faraj pada sebelah petang. Ini akan melembutkan servik dan mencetuskan kelahiran bayi menjelang pagi.
- Oxytocin: hormon ini akan disuntik ke dalam badan ibu untuk merangsang pengecutan rahim dan mempercepat proses kelahiran. Dos yang rendah diberikan kepada ibu hamil.
Kesan: Jika pengecutan rahim dirangsang terlalu kuat, ia akan menyebabkan ibu tidak boleh menahan kesakitan yang terlalu kuat tanpa ubat penahan sakit. Oxytocin perlu dihentikan jika kontraksi pengecutan rahim menjadi terlalu kuat.

2. Amniotomi
Doktor mungkin mencadangan ini untuk memecahkan air ketuban secara tiruan dengan menggunakan cangkuk nipis, steril dan plastik. Ia digunakan untuk mencetus air ketuban pecah seterusnya menyebabkan kepala bayi bergerak ke dalam servik dan kontraksi akan menjadi lebih kuat.
Kesan: Kedudukan bayi mungkin bertukar kepada songsang jika air ketuban pecah sebelum bayi engaged. Tali pusat mungkin terkeluar dahulu. Jangkitan juga boleh berlaku jika terdapat banyak masa di antara pecah air ketuban dan kelahiran.
3.Merangsang puting payu dara
Merupakan teknik induce secara semula jadi yang dilakukan secara manual atau dengan pam penyusuan elektrik. Ini disebabkan oleh hormon oxytocin akan dihasilkan secara semula jadi apabila puting payu dara dirangsang dan akan menyebabkan kontraksi mula berlaku.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


