Meraikan ulang tahun GUESS Watches ke-40, jenama jam tangan fesyen terkemuka ini terus unggul dengan mengembalikan nostalgia melalui 4 trend jam ikonik yang meninggalkan kesan mendalam buat pencintanya.
Dilahirkan pada tahun 1984, generasi zaman millennial tentu sangat mengenali jenama jam tangan GUESS yang pernah mencipta fenomena suatu ketika dahulu.
Cukup terkenal di seluruh dunia, jenama ini dengan bangganya meraikan ulang tahun ke-40 sebagai perintis unggul dalam revolusi jam tangan fesyen yang timeless!
Jam dengan ‘jiwa’ tersendiri. Bagi pencinta jam GUESS, ia bukan sekadar alat penunjuk masa semata-mata tetapi simbol aksesori bergaya yang ikonik.
Sepanjang 40 tahun lalu, terdapat beberapa trend yang dipelopori oleh GUESS Watches dan masih relevan sampai ke saat ini.
Masih ingat lagi koleksi jam GUESS cetakan harimau yang berani? Atau koleksi tali jam denim yang lasak untuk penggemar punk rock dan koleksi motif logo G yang ikonik? Paling manis, koleksi jam dengan tatahan batu-batuan mewah yang glamor seperti mengimbau kenangan membesar bersama yang sukar dilupakan!
“GUESS Watches lebih daripada sekadar jam tangan – ia adalah satu kenyataan gaya dan keperibadian. Sempena ulang tahun ke-40, kami berbangga untuk mengembalikan semula trend-trend ikonik yang telah mentakrifkan jenama jam GUESS dan memberi inspirasi kepada generasi peminat fesyen,” ujar Naib Presiden Pemasaran Global GUESS Watches, Ann Marie Santo.
Ads
KOLEKSI KAPSUL
Menggabungkan reka bentuk terkini dan kejuruteraan yang tepat, jam tangan ini mewakili kemuncak kesenian horologi.
Dengan setiap koleksi, GUESS Watches mengajak pemakainya untuk mengekspresikan gaya unik mereka serta memberi keyakinan diri di mana-mana sahaja.
Koleksi Kapsul Edisi Khas Ulang Tahun ke-40 yang dinanti-nantikan ini akan dilancarkan secara rasmi pada musim luruh 2024.
Ads
Memperkenalkan semula siluet signature yang dinamakan ‘ICONIC 40th’, ia direka khas dengan ciri multi-fungsi yang dinamik sebagai penyata masa yang bergaya.
Case logam kitar semula menyerlahkan inovasi pelapisan unik dengan tatahan batu, manakala dial embossed diperincikan dengan butiran simbolik halus pada angka jam 4 sebagai tanda ulang tahun penting ini.
Paling berharga, bahagian belakang jam diukir khas dengan rona merah ikonik bagi memperingati ulang tahun ke-40 keunggulan GUESS Watches.
Koleksi edisi khas ini ditawarkan bersama kotak eksklusif, cukup sesuai dijadikan koleksi simpanan termanis untuk setiap peminat jam tangan.
Abadikan koleksi Kapsul Edisi Khas Ulang Tahun ini sekarang, kini boleh didapati di butik GUESS terpilih, pengedar sah jam GUESS di seluruh negara serta secara online di GUESS.my.
Setiap kali menghadiri majlis pelancaran fesyen atau fashion show, kebiasaannya pentas peragaan atau runway menjadi pilihan untuk memperagakan sesuatu fesyen.
Berbeza dengan acara AEON Fashion Preview 2022 (AFP2022), acara yang diadakan tiga kali setahun ini memilih lokasi tapak makanan jalanan urban popular di ibukota iaitu Tapak Urban Street Dining KL sebagai lokasi memperagakan jenama fesyennya.
AFP2022 menampilkan koleksi November 2022 hingga Februari 2023 dengan beberapa jenama tempatan dan jenama di bawah bumbung AEON. Empat koleksi utama yang diperagayakan termasuklah Neonate X Guy ‘s Vision, Scarlet Loungewear, SCAR, Arcadia, Creme dan J-Kids.
Antara koleksi yang menarik perhatian NONA termasuklah Neonate X Guy’s Vision yang membawakan tema parti sebagai meraikan kehidupan. Tidak kurang hebatnya Ti:Zed mengetengahkan koleksi khas untuk pasangan.
“AEON meraikan ulang tahun ke 39 di Malaysia. Oleh itu kami cukup teruja mengembangkan jenama fesyen AEON dan beberapa jenama dari pereka tempatan untuk sama-sama di bawah naungan AEON. Jenama-jenama seperti Scarlet, Agenda, Suave dan Creme telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.
“Kami juga berterusan menerokai industri dan teknologi tekstil terkini untuk menghasilkan seleksi pakaian yang mementingkan estetika dan juga mempromosikan kesihatan yang baik.
Sebagai contoh, menerusi jenama baru seperti innerCasual dan juga koleksi + Collection yang merangkumi pelbagai saiz,” ujar Ketua Pengarah Operasi dan Timbalan Pengarah Urusan AEON Co (M) Bhd, Naoya Okada.
Menurutnya lagi, antara objektif yang dibawakan oleh AEON menerusi koleksi AFP2022 ialah menerajui kepentingan dalam berpakaian untuk kepuasan individu berbanding memuaskan hati orang lain.
Majlis pengenalan koleksi ini turut dimeriahkan dengan persembahan energetik dari Yonnyboii dan pertunjukan dari Orang Orang Drum Theatre.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekarang adalah masa untuk memberi penghargaan kepada ibu bapa kita dan menunjukkan kasih sayang dan keprihatinan kita kepada kesejahteraan mereka dengan memberikan hadiah yang bermakna.
Mendapatkan hadiah yang bermakna dan istimewa memerlukan masa, usaha dan pertimbangan. Tahun ini, anda boleh menjadikan khasiat kebaikan daripada alam semula jadi yang manis dan sihat seperti madu sebagai hadiah yang berharga.
Menurut sejarah, madu adalah salah satu makanan paling awal yang dimakan oleh manusia, bermula kira-kira 8,000 tahun dahulu. Sejak berkurun-kurun lamanya, madu telah menjadi makanan yang berkhasiat lagi berharga dalam ubat-ubatan di China, India, Mesir, Greece dan dunia Arab, dan digunakan sebagai hadiah pada musim perayaan dan upacara keagamaan.
Madu telah dikenali dan digunakan sebagai ubat semula jadi, atau makanan yang sangat berkhasiat. Selama beribu-ribu tahun manusia di seluruh dunia mengakui khasiat kebaikan dan kesihatan madu, yang kaya dengan zat galian, vitamin, antioksidan, dan enzim. Pengambilan satu sudu madu setiap hari dapat menguatkan imuniti dan menjaga kesihatan anda.
JUNGLE HOUSE
Bila peminat madu dan pengasas Jungle House, Paul Poh dan Ashley Lam, memulakan pengembaraan menjelajah hutan belantara Garut di Jawa Barat, Indonesia pada 2018, mereka terserempak dengan sekumpulan orang asli pemburu lebah.
Selepas merasai madu mentah organik hutan yang tulen dan segar yang ditawarkan oleh mereka, mereka jatuh cinta dengan anugerah alam itu dan berazam untuk membawa khasiat kebaikan dari hutan ke rumah orang ramai. Dari situ bermulalah perjalanan untuk membuka kedai khusus gaya hidup, Jungle House.
Jungle House menjadikan proses memberi hadiah jauh lebih mudah dan menyeronokkan. Madu mentah dan tulen Jungle House dibawakan dalam pelbagai perasa madu dan boleh didapati dalam set yang menarik, disediakan istimewa untuk diberikan kepada ibu dan bapa.
Anda boleh membuat pesanan set hadiah madu secara khusus di dalam talian dengan mudah daripada Jungle House untuk diberikan kepada mereka yang tersayang, baik yang jauh mahupun yang dekat. Jangan lepaskan peluang yang ditawarkan sepanjang kempen ‘Manis & Sihat Jungle House’ yang bermula sekarang sehingga 26 Jun 2022.
Koleksi set madu ini memberikan kegembiraan dan kesihatan, serta mengabadikan saat-saat indah bersama dan menjadi tanda kasih sayang kepada ibu bapa anda dan juga mereka yang bermakna dalam hidup anda. Untuk maklumat lanjut, layari laman www.junglehouse.com.my
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid bukan lagi nama asing dalam acara dan majlis ilmu di negara ini. Terkenal dengan gaya penyampaian santai dan tutur bicara penuh kelembutan, maka tidak hairanlah pendakwah berusia 34 tahun ini mendapat tempat di kalangan belia yang selesa dengan pendekatan sedemikian. Tiap butir bicara tersusun rapi dan sarat dengan ketegasan.
Semakin pesat pembangunan sesebuah negara, semakin tinggi jugalah cabaran yang harus dihadapi masyarakat. Itulah realiti yang dialami kebanyakan orang masa kini. Yang miskin terpaksa berhempas-pulas menempuh hari esok demi kelangsungan hidup. Namun bagi golongan kaya, ia sama sekali tidak menjanjikan kebahagiaan berkekalan kerana pastinya ada dugaan yang sedang menanti.
Mengambil insiden kematian vokalis kumpulan Linkin Park, Chester Bennington yang suatu masa dulu pernah menjadi idola zaman remajanya, Ustaz Don mengakui turut terkesan dengan kejadian berkenaan. “Ia buat saya fikir banyak kali kenapa dia ambil keputusan macam itu, apa ada dalam fikiran dia, apa yang buat dia rasa itu jalan terbaik sedangkan ada anak-anak yang ramai.
Bukanlah cara terbaik untuk cari jawapan atau buat kebaikan dengan memandang ke Barat atau Timur. Sebaliknya kita kena tanya iman. Apa iman nak kata tentang isu begini. Dalam Islam benda yang tak nampak (iman) adalah sangat penting. Buktinya, Allah beritahu awal-awal dalam Al-Quran tentang kepercayaan kepada perkara ghaib, percaya kepada benda-benda tak nampak dan beriman bahawa Allah mencipta manusia sebaik-baik ciptaan. Antara ciptaan manusia yang ada di dalam (tubuh) yang tak nampak, iaitu perasaan dan hati. Memang kita bukan buta di mata tapi buta di hati. Itu respon pertama saya apabila depresi ini berlaku.”
PUNCA-PUNCA DEPRESI
Hati tidak tenang – tak dapat memenuhi kemahuan yang diingini sedangkan dirinya sendiri tidak tahu apa yang dimahukannya dalam hidup
Tidak mahir dengan ilmu qada’ dan qadar bila berlaku tekanan – seseorang itu tidak faham tentang takdir hidup dan cara untuk menghubungkan perkara tersebut ke arah lebih baik. Malah bila berlaku mereka akan cepat tertekan.
JALAN PENYELESAIAN & PENDEKATAN ISLAM
Pertama, kena kenal siapa pencipta. Jangan terus lari kena tafakur dulu. Apa tujuan kita diciptakan di muka bumi. Adakah sekadar pelakon di atas pentas dunia?
Mesti kena ada teman. Misalnya, Nabi Musa yang sering disifatkan hebat dan ganas pun meminta kepada Allah, “Ya Allah, tolong jadikan kepada aku teman.” Mesti kena ada teman dan juga guru.
“Kalau saya boleh kaitkan dengan mendiang Chester Bennington. Dia ada kawan tak? Ada. Tapi yang bunuh diri sama macam dia juga. Sebab ada kawan macam itu mendorong diri dia jadi seperti kawannya. Orang depresi ni, kena fikir siapa diri dia dan pergi majlis ilmu. Kemudian, kena ada kawan dan guru. Depresi tak ada ‘face’ untuk tunjuk dekat orang. Ia ada dalam hati. Jadi, pi berkawan jangan duk sorang-sorang,” pesan Ustaz Don agar mereka yang mengalami tekanan mencari teman terbaik untuk meluahkan perasaan yang dialami.
Sumber: Facebook Ustaz Don Daniyal Don Biyajid : Solat & Selawat Tour
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tun Dr Mahathir Mohamad seorang negarawan yang disegani ramai bukan sahaja di Malaysia bahkan di serata dunia. Ketajaman fikiran dan kebijaksanaan figura ini mentadbir negara meraih perhatian pemimpin dunia. Tidak hairanlah Tun Mahathir diberi kepercayaan mentadbir Malaysia ...