Bertuahnya Rizqaa, kecil-kecil lagi diraikan serba mewah dan meriah! 2 September lalu genap tiga tahun usia anak perempuan kepada pereka fesyen ternama Rizman Ruzaini ini.

IKLAN

Seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan ulang tahun kelahiran permata hati Rizman Nordin dan Nurida Suraya ini sentiasa menjadi perhatian peminat fesyen serta warga maya.

Kehadiran Rizqaa sejak tiga tahun lalu menjadi pelengkap hidup dan penyeri rumah tangga pasangan romantis Rizman dan Suraya. Seperti ibu bapa lain, mereka juga sanggup lakukan apa saja untuk kegembiraan puteri tersayang terutamanya ketika hari lahir.

View this post on Instagram

A post shared by Rizman Ruzaini (@rizman.n)

Eksklusifnya Gaun Princess Rizqaa, Majlis Birthday Anak Pereka Fesyen Ini Mewah & Genap Usia 3 Tahun!
Kredit Instagram @rizman.n

Suraya menerusi Instagram miliknya meluahkan rasa syukur atas nikmat anugerah terindah anakanda tersayang. Kongsinya, “Happy 3rd birthday to my baby girl, you make me happy and proud all the time. I love you more than anything in this world.”

Dalam pada itu, Rizman turut tak ketinggalan menitipkan ucapan istimewa buat buah hati kesayangan. “Happy 3rd Birthday to my Princess. My nyawa, my everything. I love you so so so much.

Daddy doakan semoga anakanda Rizqa menjadi anak yang solehah, menjadi antara insan terbaik ciptaanNYA dan agar satu hari nanti kita sekeluarga dapat bersama menjejakkan kaki ke syurga Allah SWT.”

Eksklusifnya Gaun Princess Rizqaa, Majlis Birthday Anak Pereka Fesyen Ini Mewah & Genap Usia 3 Tahun!
Kredit Instagram @rizman.n
Eksklusifnya Gaun Princess Rizqaa, Majlis Birthday Anak Pereka Fesyen Ini Mewah & Genap Usia 3 Tahun!
Kredit Instagram @rizman.n

View this post on Instagram

A post shared by Rizman Ruzaini (@rizman.n)

IKLAN

Bapa penyayang berkenaan turut merealisasikan tema hari lahir Rizqaa iaitu Puteri Elsa yang diinspirasikan daripada filem animasi terkenal Frozen! Lebih istimewa, gaun yang digayakan anak kecil itu merupakan rekaan sendiri.

“Rizqaa turns 3 birthday celebration with our beloved friends and families. Thank you so much to everyone for coming and celebrate with us. Rizqaa is so happy to be her own version of Elsa and of course in her dad couture piece.”

IKLAN

Daripada video yang dikongsikan Rizman, kelihatan perkarangan kediaman mereka menjadi lokasi sambutan hari lahir Rizqa yang dihias indah dengan dekorasi seperti salji dan istana dengan gabungan rona putih serta biru.

Eksklusifnya Gaun Princess Rizqaa, Majlis Birthday Anak Pereka Fesyen Ini Mewah & Genap Usia 3 Tahun!
Kredit Instagram @rizman.n
Eksklusifnya Gaun Princess Rizqaa, Majlis Birthday Anak Pereka Fesyen Ini Mewah & Genap Usia 3 Tahun!
Kredit Instagram @rizman.n

Turut kelihatan memeriahkan majlis ialah rakan bisnes Rizman iaitu Ruzaini Jamil di samping isteri dan anak mereka.

Rizman mendirikan rumah tangga bersama Nurida Suraya pada 13 September 2019. Mereka dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Rizqaa pada 2 September 2020.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/tampil-ala-princess-majlis-birthday-rizqaa-mewah-anak-pereka-fesyen-ini-berusia-2-tahun/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI