Beruntungnya Rizqaa! Kecil-kecil lagi diraikan dalam sambutan hari lahir serba mewah dan penuh meriah. Mana tidaknya, sebagai cahaya mata kepada pereka fesyen popular tanah air pasti kedua-dua ibu bapa Rizqaa sanggup buat apa sahaja untuk ulang tahun kelahiran permata hati mereka ini.
IKLAN
Rizqaa yang dilahirkan pada 2 September 2020 kini membesar dengan sihat, ceria dan semakin comel di samping keluarga tersayang. Sejak Rizqaa lahir, anak kecil ini sering menjadi tumpuan peminat fesyen negara yang mengikuti perkembangan Rizman dan Nurida Suraya.
Apatah lagi, Rizqaa memiliki rupa paras yang comel dan mewarisi kecantikan ibu tersayang.
Menerusi perkongsian Nurida Suraya di media sosial miliknya, dia meluahkan rasa syukur ketika sambutan hari lahir puteri tersayang baru-baru ini.
Kongsi jelitawan tersebut, “Happy birthday to our baby Rizqaa. We love you more than you’ll ever know.”
Jika sambutan hari lahir Rizqaa tahun lalu diraikan dengan tema pastel dan klasik Inggeris, ulang tahun kelahiran kedua cahaya mata kesayangan Rizman dan Suraya ini mewah dengan dekorasi berkonsepkan Barbie!
Dihias dengan dekorasi ala istana dan puteri kayangan, majlis cukup meriah dengan rona-rona merah jambu yang sinonim dengan anak perempuan. Dari hiasan kek hari lahir, candy buffet dan meja makan semuanya dihias indah dengan warna tersebut.
IKLAN
Malah, penampilan Rizqaa yang comel mengenakan dress kembang merah jambu turut menarik perhatian peminat!
Hadir memeriahkan sambutan hari lahir Rizqaa yang kedua ini ialah rakan kongsi Rizman iaitu Ruzaini Jamil dan isteri serta anak mereka.
Rizman mendirikan rumah tangga bersama Nurida Suraya pada 13 September 2019. Mereka kemudian dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Rizqaa pada 2 September 2020. Nurida kini merupakan pengasas Rizman Ruzaini Beauty.
Program realiti Keeping Up With The Kardashians akhirnya menutup tirai musim terakhirnya selepas 15 tahun ke udara. Menariknya, keluarga ini membuat kejutan dengan menghadiahkan jam tangan Rolex kepada kru-kru produksi sebagai tanda penghargaan.
Dalam sebuah majlis kecil yang diadakan, Kourtney, Kim, Khloe dan ibu mereka, Kris, juga turut menyampaikan ucapan sejurus penggambaran terakhir musim ke-20 itu pada Jumaat lepas.
Majoriti kru produksi meluahkan rasa terharu kerana terpaksa berpisah dengan program realiti tersebut. “Kami bertahan sekian lama kerana seronok bekerja dengan keluarga ini,” kata mereka.
Juruteknik audio Erin Paxton bekerja 14 tahun untuk produksi
Erin Paxton sebak hingga mengalirkan air mata
Tiba-tiba dapat hadiah jam tangan Rolex yang keseluruhannya bernilai RM1.2 juta ($300,000) tentu saja membuatkan kru-kru produksi itu menangis kegembiraan. Khabarnya sebanyak 30 utas jam mewah tersebut diserahkan kepada mereka sebagai tanda kenangan serta penghargaan.
“Hey guys, we just finished filming forever… like forever, ever. We’re done. We’re never filming again. Is that so crazy?
So, we’re having a drink with the crew in my backyard, hanging out. Cheers to… I don’t know, 15 years, 20 seasons of craziness and lots of love.” – Kim Kardashian
Antara babak menarik dalam program realiti Keeping Up With The KardashianMajlis perkahwinan Kim dan Kanye West di Florence, Itali turut ditayangkan dalam program ini
Walau bagaimanapun kelibat suami Kim Kardashian, Kanye West, tidak kelihatan dalam majlis tersebut, bagai mengiyakan khabar angin tentang perceraian mereka.
Program realiti Keeping Up With The Kardashian pertama kali ditayangkan pada 2007 dan merupakan program televisyen paling banyak tontonan sehingga mendorong banyak produksi menghasilkan program serupa.
Dalam kenyataan E! sebagai saluran rasmi program realiti popular tersebut, mereka menghentikan musim seterusnya bagi menghormati keputusan keluarga Kardashian untuk hidup tanpa kamera.
Elegan, mewah dan sofistikated. Tiga perkataan ini sudah cukup menggambarkan keindahan ruang kediaman milik pengasas instant turban, Ilham Echenta. Ternyata, anak jati Melaka berusia 34 tahun ini cukup kreatif dalam menata gaya kediamannya yang terletak di Bangi.
Menariknya, Echenta berjaya menzahirkan idea mengikut kreativiti sendiri. Suaminya turut membantu dalam merealisasikan dekorasi impian Echenta. Apa yang penting Echenta bijak bermain dengan elemen-elemen mewah, elegan serta sofistikated di samping memilih biru gelap dan putih sebagai rona dasar bagi kediaman ini. Bermula daripada susun atur perabot sehinggalah kepada pemilihan barangan perhiasan, segalanya terlihat sempurna.
“Untuk dekorasi semuanya idea saya. Selain memenuhi minat sendiri, saya juga gemar melakukan DIY dekorasi bagi mengisi masa lapang. Ini juga merupakan obsesi saya yang terbaru pada tahun ini. Bagi saya warna biru dan putih mampu mencetuskan suasana ceria memandangkan kami mempunyai tiga orang anak yang masih kecil dan aktif.
Di samping itu, warna biru dan putih juga dapat membantu saya menghilangkan stres dan keletihan sebaik pulang daripada kerja. Warna biru juga dapat memberikan ketenangan pada jiwa dan minda. Selalunya rujukan saya banyak kepada gambar-gambar dekorasi rumah dari luar negara. Saya akan mencari dekorasi-dekorasi yang sesuai untuk diterapkan di bahagian-bahagian tertentu kediaman agar kelihatan lebih luas dan lapang.
Lagi satu, tujuan saya memilih warna biru gelap ialah untuk menyembunyikan kotoran contohnya yang terdapat pada perabot. Maka, warna biru gelap ini dapat membantu. Walaupun saya juga sukakan warna beige atau rona tanah, tetapi memandangkan anak-anak masih kecil saya gantikan dengan warna biru dan putih ini,” kongsi Echenta yang gemar mengumpul koleksi kasut dan beg tangan.
“Untuk penampilan selalunya saya memilih gaya chic, urban, elegan dan ranggi. Ia sebenarnya sebahagian daripada ‘tugas’ saya juga yang perlu memperagakan jenama sendiri. Tapi kalau tidak bekerja saya seorang yang sangat ringkas dan lebih selesa untuk tidak bersolek tebal,” kongsi Echenta.
Tiada ketentuan yang menyatakan lelaki hanya harus menikahi wanita yang lebih muda. Jadi tentunya, jangan menjadi halangan apabila berlakunya cinta seorang lelaki dengan wanita yang lebih berusia darinya.
Wanita berusia masih mampu menjadi magnet bagi lelaki, terutama yang muda dan segar. Kecenderungan ini mungkin juga disebabkan oleh kehidupan dari masa kecil yang terlalu menjadikan ibu sebagai idola. Secara tidak langsung merakamkan emosi kasih sayang dari seorang wanita yang lebih berusia dan matang , berperanan seperti seorang ibu.
Anda terjebak! Ketahui dengan lebih mendalam mengapa wanita berusia menjadi pilihan dan apa yang perlu anda lakukan untuk memastikan hubungan ini kekal berpanjangan.
WANITA BERUSIA MENJADI PILIHAN Lebih Matang
Dahulu anda mempunyai teman wanita yang lebih muda atau sebaya. Anda pasti sentiasa menjadi ‘bodyguard’ ke sana-sini, mendengar kata-kata dan terpaksa memanjakannya. Keadaan ini mungkin berbeza dengan wanita lebih berusia kerana mereka memiliki latar belakang pengalaman hidup yang lebih banyak dan matang menghadapi kehidupan. Kedewasaan ini membuatkan mereka boleh berdikari sendiri dan tidak terlalu berharap dengan anda. Wanita matang biasanya cenderung lebih berfikir dan mengambil setiap keputusan dengan tindakan rasional, hampir sama dengan tahap pemikiran seorang lelaki.
Pengalaman
Mungkin ini alasan yang anda cari sebenarnya… Wanita lebih berusia biasanya lebih berpengalaman. Ini mungkin perkara baru bagi anda, tambahan pula anak muda mempunyai kecenderungan bereksperimen. Namun ada wanita yang berada di ambang 40an memiliki keterbatasan. Untuk mengimbangi keadaan ini, kedua-duanya perlu mempunyai rasa romantis yang kuat, yakinkan diri anda menerimanya kerana rasa kasih dan sayang serta perhatian.
Punya Kerjaya
Kebanyakan wanita berusia yang masih single, biasanya adalah wanita yang menghabiskan banyak masanya dengan kerjaya dan mempunyai sumber kewangan kukuh. Insan begini biasanya tegas, bijak membuat keputusan dan lebih dominan. Untuk berhadapan dengan wanita begini, sebaiknya jaga sikap dan tidak keterlaluan bila berbicara. Jangan membandingkan kerjaya anda dan si dia. Jangan pula berniat untuk bersamanya kerana harta kerana si dia mudah sekali menutup pintu hatinya untuk anda.
Kematangan Usia
Wanita yang berusia lebih matang dan bijak menyelesaikan masalah, berbanding anda yang muda mungkin masalah kecil sudah di anggap terlalu besar masalahnya. Keadaan inilah kehadiran wanita lebih berusia sering memberi bimbingan yang anda perlukan. Mereka juga sering kali mengjadi queen control, tetapi anda sebagai lelaki tetap menjadi ketua. Wanita kurang egonya, anda tidak perlu menjadi keanak-anakan tetapi memiliki sikap bertanggungjawab agar menjadi lebih matang. Seimbang sebuah perhubungan itu.
MASALAH YANG BAKAL TIMBUL
Wanita lebih cepat berusia daripada lelaki. Umur kecantikan wanita sangat terbatas, dan kecantikan wanita lebih cepat pudar setelah melahirkan anak. Kecantikan wanita beransur-ansur akan semakin sirna di atas usia 35, tetapi sebaliknya banyak lelaki yang semakin memikat hati wanita di usia mapan 40. Jadi misalnya isteri lebih tua 5 tahun dari suami, saat suami berusia 40 tahun dan terlihat sangat gagah, isteri sudah berusia 45 dan akan terlihat jauh lebih tua dari suami. Tentu saja pandangan orang lain tidak semestinya menjadi halangan bagi kedua insan yang memang tulus saling mencintai, tetapi keduanya perlu bersiap dan menguatkan tekad sehingga bisa menghadapi permasalahan ini di kemudian hari. Jika cinta itu ikhlas, pedulikan apa masyarakat luar katakan! Janji ada bahagia…
Tenaga lelaki akan terus menyala sampai tua, bahkan sampai ajal menjemput. Sedangkan tenaga wanita ada batasnya. Setelah menopaus, nafsu wanita akan semakin menurun sebagai akibat dari rendahnya hormon estrogen dalam tubuh. Menopaus juga dapat mengakibatkan kekeringan pada (maaf) vagina wanita. Sehubungan dengan hal tersebut, banyak wanita enggan melakukan hubungan intim setelah menopaus (rata-rata usia 45-55 tahun). Kita berandai-andai begini: Lelaki umur 30 menikah dengan wanita usia 27 (lebih muda 3 tahun), maka si suami dapat menikmati hubungan seksual dengan isterinya selama 18-28 tahun, sampai usia isterinya kira-kira antara 45-55 tahun. Namun bila lelaki berusia 30 tahun menikah dengan wanita yang berumur 35 tahun misalnya, maka dia hanya dapat menikmati hubungan intim selama 10 hingga 20 tahun saja. Ini juga dapat merupakan potensi konflik dalam pernikahan anda kelak. Bila isteri mulai kurang bernafsu untuk melayan keinginan suami…
Kesimpulannya, memang menikahi wanita yang lebih tua merupakan tentangan yang tidak mudah, namun bukan bererti tidak ada kesempatan atau tidak boleh. Saya yakin banyak pasangan yang isteri lebih tua, masih mampu berhasil mengharungi bahtera kehidupan rumah tangga mereka dengan baik. Tidak ada yang mustahil jika perhubungan itu berlandaskan kejujuran dan keikhlasan dari hati.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...