Sambutan Aidilfitri tahun ini pastinya berbeza daripada tahun-tahun lalu. Dalam suasana pandemik COVID-19, seluruh dunia berhadapan dengan situasi norma baharu dalam kehidupan.

Begitu juga dengan Hari Raya tahun ini, ia bakal diraikan dalam situasi yang jauh berbeza dari kebiasaannya.

Ads

Walau bagaimanapun, Syawal tetap menjelma setahun sekali. Memori yang tercipta pula akan kekal selamanya. Kegirangan menyambut Aidilfitri di kampung sememangnya meniupkan semangat buat warga kota yang tertunggu-tunggu saat manis itu, lebih-lebih lagi jika menetap di kota metropolitan.

Sayangnya, masyarakat harus akur terhadap perintah pihak berkuasa yang tidak membenarkan perjalanan merentas negeri dilakukan. Maka berduyunlah anak perantauan merindui suasana meriah di pagi raya, bersama tradisi bermaafan dan berkunjung ke rumah sanak saudara.

KLASIK & EVERGREEN

Kerinduan ini mencetuskan inspirasi kepada Caramel Fashion Scarves untuk melahirkan semula keindahan dan kesenian skarf klasik terdahulu.

Caramel Fashion Scarves berkongsi kemeriahan hari raya dengan kolaborasi bersama label Woo/Fiziwoo oleh pereka fesyen terkemuka, Fiziwoo.

Uniknya, koleksi Raya oleh Caramel dan Woo/Fiziwoo kali ini menghidupkan suasana terdahulu dengan perasaan tenang iaitu nostalgia Balik Kampung.

Melaram Dari Perantauan, Persalinan Caramel x Woo/FiziWoo Ini Imbau Nostalgia Balik Kampung!

Melaram Dari Perantauan, Persalinan Caramel x Woo/FiziWoo Ini Imbau Nostalgia Balik Kampung!

Koleksi yang berinspirasikan nostalgia kampung sekitar tahun 90-an, di mana perasaan itu kembali semula menghayati saat-saat indah memori silam.

Perasaan anda pasti terbuai dengan keindahan dedaunan, lambaian pohon kelapa, dan sudah pastinya wujud rona kehijauan dalam skarf tersebut. Rekaan klasik membawa keindahan kampung dengan suntikan elemen romantis di setiap helaian.

Di samping itu, warna-warna terang dan pastel juga turut melimpahi koleksi palet ini sekali gus mewujudkan kepelbagaian warna unik untuk meningkatkan elemen keceriaannya.

Sorotan utama bagi Caramel x Woo/Fiziwoo sudah pastinya hasil daripada kemahiran yang eksklusif iaitu pencetakan digital secara in-house.

Selain itu, ia mempertaruhkan kekuatan Woo/Fiziwoo iaitu dramatic prints. Inilah sentuhan artisanal yang memberi tumpuan kepada corak Caramel x Woo/Fiziwoo, yang menjadikan setiap helaian amat sesuai digayakan pada bila-bila masa.

Melaram Dari Perantauan, Persalinan Caramel x Woo/FiziWoo Ini Imbau Nostalgia Balik Kampung!

Ads

Tidak pernah berkompromi soal kualiti, himpunan Caramel dan Woo/Fiziwoo ditenun daripada sutera satin matte, yang dicoretkan sebagai lambang keanggunan. Ringan dan lapang dihadirkan melalui tekstur permukaan licin, jelas elegan persis bidadari dunia!

Koleksi kali ini juga menampilkan keunikan siluet pakaian tradisional Muslimah, di samping menyuntik keayuan remaja serta kesegarannya dengan penggunaan teknologi inovatif pencetakan digital.

NORMA BARU

Menerusi gabungan elemen ini, Caramel Fashion Scarves x Woo/Fiziwoo membawa gaya skarf ke tahap baharu – menghargai warisan Melayu di samping menyanjung wanita dalam komuniti setempat.

Ads

Sebagai salah sebuah jenama fesyen yang terkini dan moden, elemen minimalis klasik amat bersesuaian digayakan di musim perayaan.

Gabungan fabrik berkualiti tinggi dan praktikal memberikan keistimewaan buat si pemakai kerana ia mudah digosok, bebas kedutan, mudah digayakan, mudah dibentuk dan paling penting ia mudah digayakan hanya dalam beberapa saat.

Melaram Dari Perantauan, Persalinan Caramel x Woo/FiziWoo Ini Imbau Nostalgia Balik Kampung!

Melaram Dari Perantauan, Persalinan Caramel x Woo/FiziWoo Ini Imbau Nostalgia Balik Kampung!

Tatahan kristal Swarovski yang terdapat pada Caramel x Woo/Fiziwoo amat eksklusif kerana ia menggunakan teknik sulaman sekaligus memberikan kilauan yang bercahaya dan penuh gaya.

Koleksi terbaharu ini boleh didapati dalam dua jenis iaitu bawal dan selendang. Bagi memelihara keunikan, nilai estetika serta exclusivity, stok koleksi raya ini didatangkan dalam kuantiti terhad.

Setiap pembelian dari koleksi ini juga akan disertakan dengan kotak berprestij. Jadi, sesuailah untuk dipamer dan digayakan pada musim lebaran nanti!

Untuk pembelian online, sila layari:

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI