Terharu dengan hubungan akrab rakan selebriti ini. Meskipun sahabat tersayang sudah tiada dan pergi buat selamanya namun Nikki Palikat dan Suki Low masih mengenang kemanisan persahabatan yang terjalin di antara mereka.
Di samping menghargai segala kebaikan yang pernah diberikan Allahyarham Adibah Noor Mohd Omar selama ini.
Perkongsian yang dibuat penyanyi yang juga dua peserta All Stars Gegar Vaganza berkenaan di media sosial mereka baru-baru ini nyata meruntun jiwa peminat.
Ads
Memuat naik gambar terkini, Nikki dan Suki dilihat memakai selendang serta menabur bunga di pusara rakan tersayang, Allahyarham Adibah Noor.
Dalam foto tersebut kelihatan Nikki dan Suki mengenakan blaus hitam dan berseluar jeans biru serta masing-masing berselendang putih dan merah jambu. Turut menemani kedua duanya ialah bekas pembantu peribadi Allahyarham dan beberapa rakan lain.
Ads
“Melepaskan kerinduan.. Kakakku, semoga tenang di sana bersama mereka yang beriman. Al-fatihah Adibah Noor Mohd Omar.”
Perkongsian itu meraih perhatian ramai dan rata-rata peminat meluahkan rasa senang dengan sikap Nikki Palikat serta Suki.
Allahyarham Adibah Noor Mohd Omar yang cukup sinonim dengan lagu Terlalu Istimewa kembali ke rahmatullah pada 18 Jun 2022 akibat kanser ovari tahap empat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekarang ini, dunia sedang dikejutkan dengan penularan wabak Corvid-19 yang juga menjadi isu semasa. Malah kadar mangsa dijangkiti semakin meningkat dan menyebabkan manusia di seluruh dunia semakin panik. Oleh itu sangat penting untuk kita jaga kesihatan dan keselamatan diri kita. Kebersihan diri adalah satu langkah yang perlu diambil berat untuk menjamin diri kita tidak dijangkiti virus merbahaya ini.
Selain perlu kerap membasuh tangan dan pastikan tangan dalam keadaan bersih sebelum menyentuh muka, pemakaian mask juga antara angkah yang mampu mecegah virus ini. Hari ini Nona akan kongsikan beberapa jenis dan perbezaan mask yang anda perlu tahu sebelum membelinya.
SURGICAL MASK
Surgical mask paling mudah untuk dijumpai di farmasi atau drugstore. Ia mudah di pakai, selesa, tidak ketat dan harganya mampu milik. Jadi, kebanyakan orang lebih prefer membeli dan memakai surgical mask bila ini bila mahu keluar daripada rumah. Filter layer surgical mask ada tiga dan ia bertindak sebagai penghalang untuk ‘menangkap’ bakteria jahat. Tetapi lubang filter tidaklah terlalu nipis supaya mudah particles udara dapat tembus ke dalam untuk kita bernafas jika memakainya. Buat masa ini, walaupun coronavirus dikatakan tidak disebarkan airborne tetapi kita disarankan untuk memakai surgical mask berbanding mask yang lain untuk more protection.
N95 MASK
Rata-rata orang akan memakai mask N95 ketika musim jerebu walaupun ia agak susah untuk kita bernafas jika memakainya. Filter N95 mampu mencegah particles bersaiz lebih kurang 0.3 microns untuk tembus ke bahagian dalam sebanyak 95%. Tetapi, untuk novel coronavirus, N95 sangat tidak digalakkan untuk dipakai kerana particles coronavirus bersaiz lebih kecil daripada 0.3 microns.
PAPER MASK
Paper mask sangat mudah untuk dijumpai. Ia berbeza dengan surgical mask kerana kebiasaanya ia berwarna putih di bahagian dalam dan luarnya. Tetapi, sebenarnya ia paling tidak sesuai untuk dipakai buat masa ini kerana ciri-cirinya yang sangat nipis dan mudah koyak. Paper mask tidak mempunyai filter untuk menghalang particles dari masuk ke dalan ruang pernafasan kita. Boleh dikatakan tiada guna pun jika dipakai.
PITTA MASK
Pitta mask sering digunakan oleh oppa K-Idol jika mereka mahu pergi tour di lapangan terbang. Ia nampak lebih cool and style kalau dipakai. Namun, sebenarnya ia tidak sesuai dipakai sama sekali ketika ini. Pitta mask agak tebal dan akan membuatkan kita merasa lemas dan tidak selesa sebab kesukaran untuk bernafas. Ia selalunya digunakan untuk filter out habuk dan debu.
FACIAL MASK
Facial mask adalah mask paling istimewa! Ia akan buat kulit kita lebih moist dan kekal cantik. Bukan itu sahaja, ia juga akan buat kita nampak lebih bermaya dan kurangkan kusam di muka. Namun begitu, ia bukanlah mask yang patut dipakai untuk menghalang particles jahat masuk ke dalam badan kita!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baik wanita mahupun lelaki, kedua-duanya mesti peka tentang soal menutup aurat. Jika aurat wanita hanya dibenar menampakkan wajah dan tapak tangannya saja, kaum lelaki pula perlu menjaga aurat mereka di antara bahagian pusat dan lutut. Selain menjaga kepentingan aurat daripada terlihat golongan bukan muhrim, sebagai umat Islam adalah wajib bagi kita memelihara aurat daripada pandangan jin.
Merujuk artikel Konsultasi Syariah berhubung perkara berkenaan, adalah menjadi kewajipan seluruh umat Islam untuk menyebarkan ilmu agama ini sebagai panduan bersama. Moga-moga kita beroleh manfaat. InshaAllah.
====================
Soalan: Ketika membuka pakaian misalnya mandi atau buang air, ini bererti jin juga boleh melihat aurat kita. Apa jalan penyelesaiannya agar aurat kita tidak dilihat jin?
Jawapan: Dari akh_walid. Benar bahawa jin bisa melihat kita sementara kita tidak bisa melihat jin. Allah telah tegaskan dalam Al-Quran, ‘Wahai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua-dua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan pakaiannya dari kedua-duanya untuk memperlihatkan keduanya – auratnya. Sesungguhnya. iblis dan golongannya bisa melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka.” (Qs Al-A’raf 27)
Ayat ini berlaku umum. Ertinya jin bisa melihat kita dalam semua keadaan, baik ketika memakai mahupun menanggalkan pakaian. Sehingga jika dibiarkan, jin bisa melihat aurat manusia ketika dirinya tidak mengenakan pakaian.
Penyelesaian Agar Aurat Tidak Dilihat Jin
Bahagian dari kasih sayang Nabi Muhammad SAW kepada umatnya, baginda ajarkan kepada mereka berbagai macam sunnah yang akan menyelamatkan merkea dari bahaya dunia dan akhirat. Tidak terkecuali bahaya jin yang berada di sekitarnya.
Cara yang baginda ajarkan agar aurat kita tidak dilihat jin adalah dengan membaca ‘basmallah’ ketika membuka pakaian.
Dari Abu Said Al-Khudri r.a, Rasulullah SAW bersabda, “Tabir antara pandangan mata jin dengan aurat bani Adam (manusia) adalah apabila seseorang melepaskan pakaiannya, dia membaca bismillah. (Hadis Riwayat Ibnu Adi, at-Thabrani dalam Mu’jam al-Ausath- al- Mathalib al-Aliyah, al-Hafidz Ibnu Hajar, no37).
Demikian pula ketika seseorang hendak masuk kamar mandi, dia dianjurkan untuk membaca basmalah sebagai tabir auratnya dari pandangan jin. Dari Ali bin Abi Thalib r.a, Rasulullah SAW bersabda, “Tabir antara pandangan mata jin dengan aurat bani Adam (manusia) adlaah apabila seseorang masuk kamar mandi, dia membaca bismillah (Hadis Riwayat Turmudzi 606 dan disahihkan al-Albani).
Imam An-Nawawi mengatakan, para ulama mazhab kami – syafiiyah mengatakan, “Dianjurkan membaca basmalah ini baik ketika buang air di dalam bangunan atau di luar rumah.”
Mereka juga menjelaskan dianjur untuk membaca ‘Bismillah’ terlebih dahulu kemudian membaca “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari keburukan dan segala sebab keburukan, (al-Adzkar, halaman 26)
Allahu a’lam.
Sumber: Konsultasi Syariah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari bersejarah Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam pada 11 Januari bakal tiba. Istiadat perkahwinan yang bermula sejak 7 Januari lepas menjadi bualan dan perhatian bukan saja di Brunei tetapi juga di Malaysia. Ramai yang tak sabar menantikan saat penyatuan Putera Mateen dengan isteri tercinta!
9 Januari usai sudah Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja. Pastinya upacara tradisi ini disiarkan secara langsung di platform media Brunei termasuk Radio Televisyen Brunei (RTB News).
Difahamkan istiadat penuh makna itu berlangsung di Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman. Sehingga kini perkarangan istana berkenaan sedang sibuk dengan persiapan akhir menjelang Istiadat Pernikahan Diraja.
Menerusi perkongsian di Instagram Support Anishaik, kelihatan para tetamu yang menghadiri Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja itu membawa pulang ‘buah tangan’ daripada pasangan pengantin.
Dalam salah satu posting yang dikongsikan, kotak eksklusif warna kuning diraja itu mengandungi manisan premium. Ini termasuk Sunflower & Pumpkin Seed Florentine, Quaker Oat Chocolate Coins, Baked Cheesecake, Mata Kucing Steamed Cake dan Pandan Layered Cake.
Bukan itu saja, tetamu turut diberikan beberapa souvenir lain seperti lilin, hand sanitiser dan pouch.
Dalam kiriman nota khas dari pengantin diraja, goodies berkenaan diambil daripada jenama coklat ternama Brunei iaitu Tropique. Manakala lilin dan hand sanitiser pula dihasilkan daripada perusahaan kecil-kecilan Brunei.
Tidak ketinggalan, pouch pula diperbuat daripada tekstil tradisi buatan tangan Kain Tenunan Brunei yang turut diperincikan dengan benang perak dan emas. Cukup bermakna dan eksklusif!
Selepas selesai Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja, berlangsungnya Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja.
Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja bakal berlangsung pada 11 Januari. Acara kemudian diteruskan dengan Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja pada 14 Januari, Majlis Persantapan Diraja pada 15 Januari dan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari 2024.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kemunculan Ummi Nazeera yang bertandang ke sebuah sekolah baru-baru ini bagi menjayakan satu majlis sumbangan nyata menarik perhatian khalayak. Jika sebelum ini kelibat figura berkenaan sering dilihat pada majlis anugerah dan fesyen tetapi kali ini Ummi tampil berbeza sebagai tetamu kenamaan dalam acara formal.