Penyanyi dan komposer terkenal Melly Goeslaw menjadi tumpuan selepas mengalami perubahan fizikal yang cukup drastik.

Kekal Langsing & Bebas Diabetes Sepenuhnya, Melly Goeslaw Kongsi Manfaat Bariatrik
Kredit Foto: melly_goeslaw

Tiga tahun lalu, isteri kepada Anto Hoed ini membuat keputusan untuk menjalani pembedahan bariatrik, iaitu pembedahan potong perut bagi membantu menurunkan berat badan secara sihat.

Hasil daripada prosedur tersebut, Melly bukan sahaja tampil lebih langsing dan ‘awet muda’ malah kehidupannya turut berubah dalam banyak aspek kesihatan.

Kekal Langsing & Bebas Diabetes Sepenuhnya, Melly Goeslaw Kongsi Manfaat Bariatrik

Punca Jalani Pembedahan

Melly Goeslaw menjelaskan bahawa keputusannya untuk menjalani pembedahan bariatrik bermula daripada rasa tidak selesanya terhadap bentuk badan sendiri.

Dengan saiz perut yang semakin kecil selepas pembedahan, jumlah makanan yang diambil turut berkurangan, dan berat badannya menurun secara automatik tanpa perlu diet ketat.

Kekal Langsing & Bebas Diabetes Sepenuhnya, Melly Goeslaw Kongsi Manfaat Bariatrik

“Saya sering memuat naik perkembangan terkini selepas pembedahan bariatrik, jadi orang perlu tahu bahawa saya menjadi kurus selepas bariatrik,” kata Melly Goeslaw.

Ads

Berhenti Merokok

Selain bentuk tubuhnya yang semakin langsing, Melly Goeslaw turut merasai manfaat lain yang memberi kesan positif terhadap kesihatannya.

Mengakui dirinya dahulu merupakan perokok tegar, Melly berkata selepas menjalani pembedahan bariatrik, dia tiba-tiba langsung tidak lagi menyukai rokok.

Kekal Langsing & Bebas Diabetes Sepenuhnya, Melly Goeslaw Kongsi Manfaat Bariatrik

“Saya juga dah berhenti merokok. Tak mahu lagi, rasa loya bila merokok.

Ads

“Sebenarnya aku tak pernah pun bercita-cita untuk berhenti merokok. Tapi selepas pembedahan bariatrik, tengok bungkus rokok pun dah rasa mual,” sambung Melly Goeslaw.

BACA JUGA: Kembali Jadi ‘Pengantin’ Sempena Anniversary Ke-30, MELLY GOESLAW Kongsi Momen Bersama Suami

Sembuh Daripada Diabetes

Selain berhenti merokok, satu lagi kesan positif yang dialami Melly Goeslaw selepas pembedahan bariatrik ialah penyakit diabetes yang dihidapinya sembuh sepenuhnya.

Perubahan tersebut dianggap sangat drastik dan memberikan impak besar kepada kesihatannya secara menyeluruh.

Ads

Kekal Langsing & Bebas Diabetes Sepenuhnya, Melly Goeslaw Kongsi Manfaat Bariatrik

“Salah satu sebab saya memilih untuk menjalani pembedahan bariatrik adalah kerana saya menghidap diabetes yang sudah agak teruk.

“Sekarang, Alhamdulillah, penyakit itu sudah sembuh sepenuhnya. Dulu bacaan gula darah saya boleh mencecah 200 hingga 300, tapi sekarang sekitar 99, paling tinggi pun 100.

“Mungkin sebab pengambilan makanan saya kini jauh lebih sedikit. Itu yang paling penting,” jelasnya.

Inspirasi Kesihatan

Kekal Langsing & Bebas Diabetes Sepenuhnya, Melly Goeslaw Kongsi Manfaat Bariatrik

Kisah perubahan Melly Goeslaw selepas pembedahan bariatrik menjadi inspirasi kepada ramai yang berdepan masalah berat badan dan penyakit metabolik.

Dengan hasil yang positif terhadap kesihatan fizikal dan mental, beliau membuktikan bahawa keberanian untuk berubah mampu membawa kesan luar biasa dalam kehidupan seseorang.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads