Jika sebelum ini, kanak-kanak bernama Thylane Blondeau dinobatkan sebagai kanak-kanak tercantik di dunia dengan memiliki kulit cerah, rambut blonde dan mata berona biru yang cukup cantik. Namun kali ini, kanak-kanak berkulit gelap telah diberi gelaran kanak-kanak tercantik di dunia.
Ads
Thylane Blondeau
Jika definisi cantik bagi anda itu harus mempunyai kulit cerah dan mata biru, ini bermakna anda silap kerana warna kulit bukanlah penentu atau pengukur bagi kecantikan seseorang individu itu. Kanak-kanak yang perempuan Nigeria yang dikenali sebagai Little Jare menjadi tumpuan media antarabangsa kerana keunikan yang menarik perhatian. Walaupun berkulit gelap, Jare rata-rata dipuji kerana terlalu cantik persis anak patung.
Ads
Gambar Jare mula tersebar luas apabila terdapat seorang jurugambar perkahwinan, Mofe Bamuyiwa yang berpangkalan di Lagos, Nigeria memuat naik gambar seorang budak kecil sebagai sebahagian daripada projek terbaharunya. Melihatkan pada wajahnya yang fotogenik dan komersial, ramai yang mengharapkan Jare bakal menjadi model professional satu hari nanti.
Ads
Jare
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bekas personaliti televisyen yang juga isteri kepada usahawan empayar Naza Group ini memang sering menjadi perhatian khalayak. Bukan saja kerana wajah cantik dan popularitinya sebagai selebriti. Tetapi juga kerana cita rasa fesyen Marion yang sentiasa memukau hingga menjadi buruan jenama mewah.
Pendek kata, apa saja yang dipakai Marion pasti terletak indah dan cantik. Baru-baru ini sempena menyambut keberkatan bulan Ramadan, dia dan suami tercinta iaitu SM Nasarudin turut membawa tiga cahaya mata mereka menyambut iftar bersama-sama.
Namun, yang menarik perhatian ialah keluarga bahagia ini menikmati suasana berbuka puasa bersama kanak-kanak dan golongan kurang bernasib baik di ibu negara.
Alhamdulillah, kagum dengan cara didikan Marion dan Nasa yang mendedahkan anak-anak mereka dengan dunia kebajikan di samping menyemai rasa prihatin seawal usia kecil lagi.
Berkongsi momen iftar di MITEC pada 16 April lepas, Marion tampil sedondon dengan keluarga tersayang dalam busana indah Alia B rona merah jambu.
“Grateful that we were able to gather once again after so long to break fast with the lovely kids from Pertubuhan Kebajikan Sosial Sentul Pasar and Rumah Perlindungan Nur Qaseh.”
Keluarga ini kemudian mengadakan majlis iftar di MATRADE Exhibition and Convention Centre. Kali ini Marion, suami dan anak-anak sedondon menggayakan persalinan motif batik rona putih dan biru.
Daripada perkongsian gambar majlis tersebut di Instagram Marion, sambutan iftar tersebut turut dihadiri ibu mentua, ipar duai termasuk Diana Nasimuddin dan Nadia Nasimuddin. Meriah!
Kongsi Marion, “The batik crew. After what felt like a very long week, I’m so thankful that we were able to gather once again to break fast with the wonderful kids from Pusat Tahfiz Darus Syabab, Rumah Amal Baitul Barokah Wal Mahabbah & Pertubuhan Baitus Sakinah Hidayah. Alhamdulillah for little blessings.”
Awal April lalu Marion sekeluarga baru pulang dari percutian di Dubai. Sepanjang berada di sana, mereka turut berpeluang berbuka puasa di padang pasir di samping menunggang unta pada waktu malam.
Marion berkahwin dengan pewaris Naza Group, SM Nasarudin SM Nasimuddin pada Disember 2010. Hampir 12 tahun bergelar isteri, Marion yang bakal berusia 42 tahun 5 November depan dikurniakan tiga cahaya matai aitu Leia, Lana dan Liam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak Presiden Indonesia Joko Widodo, Kaesang Pangarep selamat melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihannya, Erina Gudono dalam majlis yang diadakan penuh meriah, Jumaat lalu. Presiden yang mesra dengan panggilan Jokowi itu berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik gambar upacara bersiram pasangan muda itu yang menjadi adat masyarakat tempatan di Instagram (IG) miliknya.
Anak Presiden Indonesia Joko Widodo adalah graduan lulusan ACS International di Singapura dan memiliki kelab bola sepak Liga 2, Persis Solo bersama ahli perniagaan Indonesia, Erick Thohir. Kaesang anak bongsu Jokowi yang berusia 27 tahun itu adalah YouTuber.
Namun siapakah menantu Jokowi ini? Ini dia beberapa fakta menarik tentang Erina yang rupanya bukan calang-calangan wanita jelita yang berjaya mencuri hati putera bongsu Jokowi ini.
1-Finalis Putri Indonesia 2022
Wanita yang bernama penuh Erina Sofia Gudono ini ternyata sudah dikenali ramai sebelum kisah cintanya dengan Kaesang Pangarep didedahkan kepada umum. Terdahulu Erina ialah finalis Miss Indonesia 2022 mewakili Jogjakarta. Dalam pertandingan ratu cantik itu, beliau berjaya menduduki senarai 11 tangga teratas.
2. Graduan dari universiti ternama
Erina dilahirkan di Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat, pada 11 Disember 1996. Menurut profil Erina Gudono di laman web Puteri Indonesia, beliau merupakan graduan jurusan Pengurusan Kewangan dan kini sedang menyambung pengajian Pentadbiran Awam peringkat sarjana di Columbia University pada tahun 2021.
3. Berasal dari keluarga ternama
Bakal menantu terakhir Jokowi itu berasal daripada keluarga yang disegani. Erina adalah anak kepada Allahyarham Profesor Dr Mohammad Gudono dan Dr Sofiatun Gudono. Bapa Erina merupakan ahli akademik dan pensyarah di Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan, Universiti Gadjah Mada sebelum meninggal dunia pada 22 Julai 2016.
4. Meraih pelbagai gelaran
Selain memiliki pencapaian pendidikan yang membanggakan, Erina juga meraih pelbagai gelaran termasuk Eureca Runner Up Business Plan Competition pada 2017, finalis Dimas Diajeng Sleman Daerah Istimewa Jogjakarta pada tahun 2018 dan Puteri Indonesia 2022.
5. Bekerja sebagai penganalisis
Erina Gudono memulai kariernya secara profesional pada 2020 di Bank Indonesia sebagai Assistant Manager Apprenticeship. Ketika ini, beliau dikhabarkan bertugas di JP Morgan sebagai penganalisis.
6. Aktif kegiatan sosial
Wanita jelita berusia 26 tahun itu juga aktif dalam pelbagai kegiatan sosial. Antaranya pernah bergabung dengan Harapan Fian Jogjakarta, Komuniti Sekolah Marginal yang terlibat dalam menyediakan akses percuma kepada pendidikan dan kesihatan untuk golongan terpinggir. Selain itu Erina juga aktif dalam pertubuhan Takesbook Indonesia yang memperjuangkan pendidikan untuk kanak-kanak miskin.
7. Ibu mempunyai butik ternama
Sofiatul ibu kepada Erina Gudono membesarkan anak-anaknya sendirian selepas kematian suaminya dengan membuka butik fesyen yang diceburi dan ternama di sana.
Sumber: Sinar Plus
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bercampur baur perasaan hari ni. Marah, geram, sakit hati dan sedih. Tak tahu nak cakap macam mana. Tak dapat bayangkan macam mana perasaan seorang ibu terpaksa mendukung anak buat kali terakhir, tidak bernyawa dan mahu dipulangkan kepada penciptanya. Kali pertama adalah pada saat kelahiran bayi itu yang didukung dengan pandangan penuh kasih sayang.
Pasti tidak dapat digambarkan perasaan gembira seorang ibu kerana dapat melahirkan anak yang dinantikan walaupun terpaksa menanggung kesakitan ketika dalam proses melahirkan. Kehadiran anak sebagai pengikat kasih sayang antara suami isteri dan memberi 1001 makna dalam kehidupan mereka.
Namun, siapa sangka semuanya berubah dalam sekelip mata apabila anak yang baru 5 bulan menjenguk dunia pergi dengan keadaan yang tragis.
Ini yang terjadi kepada ibu dan bapa Adam Rayqal bayi yang berusia 5 bulan ditemui mati dibungkus di dalam beg hijau dan disorok di dalam peti ais bahagian sejuk beku oleh pengasuhnya sendiri. Ya Allah, apa yang ada di fikiran pengasuh wanita itu? Ini anak orang, bukan anak ayam!
Motif kejadian masih menjadi tanda tanya dan laporan bedah siasat mendapati punca kematian bayi itu disebabkan pendarahan dalaman dan retak tempurung kepala. Zalimnya sikap pelaku ni. Apa salah bayi tersebut sehingga diperlakukan begitu?Sampainya hati.
Adam dikatakan baru seminggu dipelihara oleh pengasuhnya itu di Kampung Nakhoda, Batu Caves. Segala-galanya terbongkar apabila pengasuhnya mendakwa Adam dilarikan lelaki tidak dikenali.
Bagaimanapun, menurut polis keterangan pengasuhnya itu meragukan lalu membawa penemuan mayat Adam apabila pengasuh itu sendiri menunjukkan lokasi mayat Adam disorokkan.
Apa yang buat hati ini tersentuh apabila ibu kepada Adam ada. Meluahkan rasa sedih di laman facebook miliknya.
“Adam sayang… Sejuk ya dalam peti tu.. Tak apa sayang nanti masuk syurga semua indah-indah yang Adam dapat.”
Mayat Adam disolatkan di Masjid Ladang Kuala Terengganu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Lam. Al-Fatihah.
Sumber: facebook Farah Madi
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.