Anak Presiden Indonesia Joko Widodo, Kaesang Pangarep selamat melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihannya, Erina Gudono dalam majlis yang diadakan penuh meriah, Jumaat lalu. Presiden yang mesra dengan panggilan Jokowi itu berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik gambar upacara bersiram pasangan muda itu yang menjadi adat masyarakat tempatan di Instagram (IG) miliknya.

Finalis Putri Indonesia & Seorang Penganalisis, Ini Dia 7 Fakta Menarik ERINA GUDONO, Menantu Jokowi

IKLAN

Finalis Putri Indonesia & Seorang Penganalisis, Ini Dia 7 Fakta Menarik ERINA GUDONO, Menantu Jokowi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Joko Widodo (@jokowi)

Anak Presiden Indonesia Joko Widodo adalah graduan lulusan ACS International di Singapura dan memiliki kelab bola sepak Liga 2, Persis Solo bersama ahli perniagaan Indonesia, Erick Thohir. Kaesang anak bongsu Jokowi yang berusia 27 tahun itu adalah YouTuber.

Namun siapakah menantu Jokowi ini? Ini dia beberapa fakta menarik tentang Erina yang rupanya bukan calang-calangan wanita jelita yang berjaya mencuri hati putera bongsu Jokowi ini.

Finalis Putri Indonesia & Seorang Penganalisis, Ini Dia 7 Fakta Menarik ERINA GUDONO, Menantu Jokowi

1-Finalis Putri Indonesia 2022

Wanita yang bernama penuh Erina Sofia Gudono ini ternyata sudah dikenali ramai sebelum kisah cintanya dengan Kaesang Pangarep didedahkan kepada umum. Terdahulu Erina ialah finalis Miss Indonesia 2022 mewakili Jogjakarta. Dalam pertandingan ratu cantik itu, beliau berjaya menduduki senarai 11 tangga teratas.

Finalis Putri Indonesia & Seorang Penganalisis, Ini Dia 7 Fakta Menarik ERINA GUDONO, Menantu Jokowi

2. Graduan dari universiti ternama

Erina dilahirkan di Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat, pada 11 Disember 1996. Menurut profil Erina Gudono di laman web Puteri Indonesia, beliau merupakan graduan jurusan Pengurusan Kewangan dan kini sedang menyambung pengajian Pentadbiran Awam peringkat sarjana di Columbia University pada tahun 2021.

Finalis Putri Indonesia & Seorang Penganalisis, Ini Dia 7 Fakta Menarik ERINA GUDONO, Menantu Jokowi

3. Berasal dari keluarga ternama

Bakal menantu terakhir Jokowi itu berasal daripada keluarga yang disegani. Erina adalah anak kepada Allahyarham Profesor Dr Mohammad Gudono dan Dr Sofiatun Gudono. Bapa Erina merupakan ahli akademik dan pensyarah di Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan, Universiti Gadjah Mada sebelum meninggal dunia pada 22 Julai 2016.

4. Meraih pelbagai gelaran 

Selain memiliki pencapaian pendidikan yang membanggakan, Erina juga meraih pelbagai gelaran termasuk Eureca Runner Up Business Plan Competition pada 2017, finalis Dimas Diajeng Sleman Daerah Istimewa Jogjakarta pada tahun 2018 dan Puteri Indonesia 2022.

IKLAN

Finalis Putri Indonesia & Seorang Penganalisis, Ini Dia 7 Fakta Menarik ERINA GUDONO, Menantu Jokowi

5. Bekerja sebagai penganalisis

Erina Gudono memulai kariernya secara profesional pada 2020 di Bank Indonesia sebagai Assistant Manager Apprenticeship. Ketika ini, beliau dikhabarkan bertugas di JP Morgan sebagai penganalisis.

Finalis Putri Indonesia & Seorang Penganalisis, Ini Dia 7 Fakta Menarik ERINA GUDONO, Menantu Jokowi

 

6. Aktif kegiatan sosial

IKLAN

Wanita jelita berusia 26 tahun itu juga aktif dalam pelbagai kegiatan sosial. Antaranya pernah bergabung dengan Harapan Fian Jogjakarta, Komuniti Sekolah Marginal yang terlibat dalam menyediakan akses percuma kepada pendidikan dan kesihatan untuk golongan terpinggir. Selain itu Erina juga aktif dalam pertubuhan Takesbook Indonesia yang memperjuangkan pendidikan untuk kanak-kanak miskin.

Finalis Putri Indonesia & Seorang Penganalisis, Ini Dia 7 Fakta Menarik ERINA GUDONO, Menantu Jokowi

7. Ibu mempunyai butik ternama

Sofiatul ibu kepada Erina Gudono membesarkan anak-anaknya sendirian selepas kematian suaminya dengan membuka butik fesyen yang diceburi dan ternama di sana.

Finalis Putri Indonesia & Seorang Penganalisis, Ini Dia 7 Fakta Menarik ERINA GUDONO, Menantu Jokowi

Sumber: Sinar Plus

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI