PRIYANKA CHOPRA

Ternyata, Priyanka Chopra Jonas bukan calang-calang orangnya! Selain dikurniakan raut wajah cantik dia juga berjaya melakar pelbagai kejayaan. Dibesarkan dalam keluarga kelas pertengahan yang mengamalkan adat dan budaya masyarakat India yang kuat, Priyanka yang kini berusia 38 tahun semakin mencipta nama dalam industri seni Hollywood!

Priyanka merupakan satu-satunya anak perempuan kepada Dr Ashok Chopra dan Dr Madhu Chopra. Kedua-dua ibu bapanya berkhidmat sebagai doktor dalam angkatan tentera India dan mereka sering berpindah. Priyanka juga mempunyai seorang adik lelaki iaitu Siddharth Chopra. Hubungan Priyanka dengan bapa tersayang sangat akrab dan aktres ini sentiasa menjadikan figura bapanya sebagai inspirasi dalam kehidupan. Bagaimana pun, Dr Ashok dilaporkan meninggal dunia pada tahun 2013 akibat kanser.

IKLAN

Keakraban anak dan bapa ini dibuktikan dalam salah satu perkongsian Priyanka di Instagram miliknya ketika masih kecil dengan memakai pakaian seragam tentera bapa tersayang. “Ini ialah gambar daripada album untuk buku saya nanti. Waktu kecil saya suka pakai baju seragam tentera milik bapa. Saya mahu jadi sepertinya. Dia adalah idola saya. Bapa jugalah yang mendedahkan saya dengan dunia lasak. Walau masih kecil, saya suka meneroka perkara baru dan buat sesuatu yang belum pernah saya cuba atau orang lain buat. Sebab saya sentiasa mahu jadi yang pertama.”

Menang Miss World Umur 18 Tahun, PRIYANKA CHOPRA Anak Doktor Tentera & Penerima Pingat Tertinggi India!
Priyanka sewaktu kecil
Menang Miss World Umur 18 Tahun, PRIYANKA CHOPRA Anak Doktor Tentera & Penerima Pingat Tertinggi India!
Kedua-dua ibu bapa ketika muda
Menang Miss World Umur 18 Tahun, PRIYANKA CHOPRA Anak Doktor Tentera & Penerima Pingat Tertinggi India!
Di samping ibu tersayang, Dr Madhu Chopra

Menang Miss World Umur 18 Tahun, PRIYANKA CHOPRA Anak Doktor Tentera & Penerima Pingat Tertinggi India! Menang Miss World Umur 18 Tahun, PRIYANKA CHOPRA Anak Doktor Tentera & Penerima Pingat Tertinggi India!

Menurut laporan Insider, bintang filem Baywatch ini pernah bersekolah Amerika Syarikat dan Army School, Bareilly di India. Ketika bersekolah di Boston, Priyanka mengaku sering dibuli kerana berketurunan India. Ibunya, Dr Madhu Chopra turut mendedahkan sewaktu kecil Priyanka gemar mengenakan penampilan tomboy namun bertukar menjadi gadis cantik yang menjadi buruan apabila meningkat dewasa.

Difahamkan sebelum memenangi pertandingan Miss World 2020, Priyanka menyimpan cita-cita untuk menjadi jurutera aeronautik NASA. Bagaimana pun impian itu terkandas dan sejak bergelar ratu cantik, jelitawan ini serius menceburi industri seni Bollywood sehingga meraih pelbagai anugerah. Bahkan sehingga ke hari ini, Priyanka merupakan antara selebriti India yang mendapat bayaran paling mahal!

Menang Miss World Umur 18 Tahun, PRIYANKA CHOPRA Anak Doktor Tentera & Penerima Pingat Tertinggi India!
Priyanka ketika berusia 17 tahun

Menang Miss World Umur 18 Tahun, PRIYANKA CHOPRA Anak Doktor Tentera & Penerima Pingat Tertinggi India! Menang Miss World Umur 18 Tahun, PRIYANKA CHOPRA Anak Doktor Tentera & Penerima Pingat Tertinggi India! Menang Miss World Umur 18 Tahun, PRIYANKA CHOPRA Anak Doktor Tentera & Penerima Pingat Tertinggi India! Menang Miss World Umur 18 Tahun, PRIYANKA CHOPRA Anak Doktor Tentera & Penerima Pingat Tertinggi India!

Pada tahun 2016, Priyanka mencipta satu lagi sejarah dalam hidupnya apabila terpilih menerima penganugerahan pingat keempat tertinggi sebagai rakyat India iaitu Padma Shri. “Ia sememangnya satu pencapaian peribadi yang sangat bermakna buat saya namun apa yang lebih istimewa apabila melihat wajah gembira dan teruja keluarga sebaik menerima pingat ini.

Berlatarbelakang keluarga military, tiada ungkapan yang mampu saya ucap dengan penghormatan ini. Nenek, bapa saudara, ibu, adik dan ibu saudara turut hadir menyaksikan penganugerahan ini dan mereka sangat terpesona dengan struktur ikonik kediaman Presiden India, Rashtrapati Bhavan sewaktu upacara tersebut diadakan.
Sayangnya, bapa tiada bersama. Walau pun secara fizikalnya dia tiada di situ, tapi saya sentiasa membawanya bersama saya. Dia merupakan sebahagian besar daripada kejayaan saya hari ini.”

IKLAN
Menang Miss World Umur 18 Tahun, PRIYANKA CHOPRA Anak Doktor Tentera & Penerima Pingat Tertinggi India!
Ketika menerima Padma Shri

Menang Miss World Umur 18 Tahun, PRIYANKA CHOPRA Anak Doktor Tentera & Penerima Pingat Tertinggi India!

Menang Miss World Umur 18 Tahun, PRIYANKA CHOPRA Anak Doktor Tentera & Penerima Pingat Tertinggi India!

Menang Miss World Umur 18 Tahun, PRIYANKA CHOPRA Anak Doktor Tentera & Penerima Pingat Tertinggi India! Menang Miss World Umur 18 Tahun, PRIYANKA CHOPRA Anak Doktor Tentera & Penerima Pingat Tertinggi India!

IKLAN

Menang Miss World Umur 18 Tahun, PRIYANKA CHOPRA Anak Doktor Tentera & Penerima Pingat Tertinggi India!

Malah dalam temubual bersama Times, Priyanka memaklumkan dia enggan digelar pelakon atau bintang terkenal sebaliknya mahu mempunyai legasi sendiri dan tidak dilabel stereotypes. Dia mahu melakukan sesuatu yang baru dan meninggalkan impak besar kepada masyarakat.

Rentetan kejayaan cemerlangnya sebagai rakyat India, Priyanka dilantik sebagai India UNICEF Goodwill Ambassador yang berperanan memperkasa hak kanak-kanak pada tahun 2010. Sepanjang bergelar duta UNICEF, Priyanka dilihat sangat komited dengan tugas itu dan pernah melawat Zimbabwe untuk menjayakan lagi program tersebut. Terbaharu, Priyanka menerbitkan buku pertamanya ‘Unfinished’ yang menceritakan kisah hidup dan perjalanan karier dari dulu hingga sekarang.

 

Sumber: Insider
Kredit: Instagram Priyanka Chopra

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI