ACHA SEPTRIASA

Gandingan romantis Acha Septriasa dan Irwansyah dalam filem box office Indonesia, ‘Heart’ pernah mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat seni di Malaysia sekitar tahun 2006. Walau sudah hampir 16 tahun berlalu, tak dinafikan masih ramai yang mengingati jalan cerita filem tersebut dan pelakon wanita utamanya, Acha Septriasa.

IKLAN

Meniti usia 32 tahun, Acha atau nama sebenarnya Jelita Septriasa kini menetap di Australia memandangkan suami tercinta berkhidmat sebagai jurutera di sebuah syarikat teknologi di sana.

Meskipun jauh dari keluarga dan tanah air, namun ia sedikit pun tidak menghalang Acha untuk terus bergiat aktif dalam bidang lakonan. Bahkan ketika pandemik turut melanda Australia, Acha tetap meneruskan rakaman audio filemnya di studio.

Menetap Di Sydney, ACHA SEPTRIASA Bahagia Jalani Rutin Seorang Ibu & Aktif Kerjaya Seni!
Credit Instagram @septriasaacha

Sering berkongsi aktiviti harian dengan followers di media sosial, jelas terserlah kehidupan bahagia Acha di samping keluarga tersayang. Malah, isteri Vicky Kharisma ini juga kelihatan makin cantik jelita!

Apatah lagi sejak kehadiran cahaya mata sulungnya, Bridgia Kalina Kharisma pada 20 September 2017. Tak lama lagi Bridgia atau mesra disapa Brie bakal mencecah usia lima tahun.

Mengimbau perjalanan seni Acha, dia memulakan kerjaya sebagai model sebelum menceburi dunia lakonan pada tahun 2005 dan namanya kian melonjak naik sejak membintangi filem ‘Heart’.

IKLAN

Tidak hanya menjadi teraju utama dalam filem itu, Acha turut menyumbangkan suara lunaknya untuk salah satu sountrack filem ‘Heart’ bertajuk ‘My Heart’, Sampai Menutup Mata dan Berdua Lebih Baik. Memang legend lagu-lagu ni zaman kegemilangan Acha dulu!

IKLAN
Menetap Di Sydney, ACHA SEPTRIASA Bahagia Jalani Rutin Seorang Ibu & Aktif Kerjaya Seni!
Credit Instagram @septriasaacha
Menetap Di Sydney, ACHA SEPTRIASA Bahagia Jalani Rutin Seorang Ibu & Aktif Kerjaya Seni!
Credit Instagram @septriasaacha
Menetap Di Sydney, ACHA SEPTRIASA Bahagia Jalani Rutin Seorang Ibu & Aktif Kerjaya Seni!
Credit Instagram @septriasaacha
Menetap Di Sydney, ACHA SEPTRIASA Bahagia Jalani Rutin Seorang Ibu & Aktif Kerjaya Seni!
Credit Instagram @septriasaacha

Pernah menyandang gelaran pelakon yang mendapat bayaran termahal di Indonesia suatu ketika dulu, Acha meraih pelbagai anugerah antaranya Aktris Terbaik dari Guardians e-Awards 2008, Star of the Year 2008 oleh Mellyana Guardian dan Pelakon Utama Wanita Filem Nasional Terpuji pada Festival Film Bandung tahun 2013.

Walau sibuk dengan kerjaya seni tapi Acha tak lupa mengejar kecemerlangan dalam bidang akademik. Acha dilaporkan pernah menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di University of Creative Technology, Cyberjaya, Malaysia dalam bidang seni.

Puas memenuhi impian yang didambakan selama ini, Acha akhirnya mengakhiri zaman bujang dengan melangsungkan pernikahan bersama suami tercinta pada 11 Disember 2016.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI