YB Nurul Izzah, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ella, Lisa Surihani dan Zahirah MacWilson ini antara nama-nama besar yang pernah mendapat sentuhan ‘magis’ fashion stylist, Farah Dinana. Di sebalik penampilan glamor seorang artis mahupun selebriti, adanya sentuhan fashion stylist yang bertanggungjawab menyediakan, memilih serta menata gaya personaliti pilihan.
Farah Dinana atau nama sebenarnya, Nor Farah Dinana Abdul Fattah antara generasi muda yang sedang rancak membina nama sebagai fashion stylist berjaya di Malaysia. Bukan itu saja, Farah Dinana juga pernah terlibat dalam kempen-kempen yang dianjurkan oleh FashionValet, SimplySiti dan Creacion. Ternyata, kemampuan gadis berusia 25 tahun ini tak boleh dipandang mudah.
“Sebaik tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Seni Reka Fesyen UiTM Shah Alam saya memulakan karier sebagai pembantu penata gaya selama setahun bersama Min Luna. Setelah mendapat secebis pengalaman saya cuba untuk bergerak sendiri dalam bidang ini.
Sebenarnya tak pernah terlintas pun untuk menjadi seorang fashion stylist sebab cita-cita saya sejak kecil mahu menjadi fashion designer. Tapi lama kelamaan baru tersedar yang saya sering mengkritik cara berpakaian rakan-rakan dan ahli keluarga saya.
Sejak itu, mereka sering mendapatkan pandangan saya tentang apa yang sesuai untuk dipakai untuk ke majlis-majlis tertentu. Saya juga suka membeli koleksi majalah fesyen dan mengikuti perkembangan trend semasa.”
Ads
PENGALAMAN MENCABAR
“Antara pengalaman mencabar pernah ditempuhi sepanjang bergelar fashion stylist ialah pernah baju-baju yang saya bawa untuk klien tak muat atau terlalu besar. Satu lagi pengalaman, saya pernah tertinggal barang styling di rumah. Waktu itu saya dah pun sampai di set. Kebetulan shooting akan bermula setengah jam saja lagi.
Saya sangat panik tapi nasib baiklah ada seorang rakan sempat menghantar barang styling tu kepada saya sebelum shooting bermula. Bagi saya jika barang styling tak lengkap ia bukan saja akan menjejaskan mood bahkan mempengaruhi apa yang saya buat ketika itu.”
IDENTITI & CARA TERSENDIRI
Ads
“Setiap fashion stylist ada identiti dan cara tersendiri. Saya sendiri sukakan persaingan sihat. Saya sendiri sentiasa meningkatkan kemampuan dengan mencari kelainan dan kreatif dalam setiap penataan gaya. Saya juga ada identiti tersendiri apabila membuat styling. Apabila hasil kerja saya dikongsi di laman sosial, orang akan tahu itu adalah artwork saya.
Saya percaya, kalau seseorang itu rajin berusaha kejayaan pasti akan datang tak kira usia. Saya sendiri suka mengikuti kisah-kisah mereka yang berjaya dalam usia muda kerana secara tak langsung dapat memberi semangat dan dorongan terhadap diri sendiri untuk lebih berjaya kelak.
Idola saya semestinya Min Luna yang dianggap sebagai ‘sifu’. Selain diberi peluang untuk bekerja dengannya satu ketika dulu, Min Luna juga banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu bermanfaat bagaimana menjadi fashion stylist berjaya. Saya juga amat meminati hasil kerjanya.”
Ads
IMPIAN
“Impian saya untuk menjadi ikon wanita Melayu berjaya dan membina empayar perniagaan hebat di mata dunia. Selain itu juga, saya mahu masyarakat mengingati hasil kerja dan idea-idea saya. Maka, saya perlu berusaha memberi kelainan dalam setiap hasil kerja.
Saya bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yang banyak memberi dorongan, kasih sayang, semangat dan doa sehingga berada di tahap ini. Saya juga mahu berterima kasih kepada kakak dan abang kerana membimbing dan memberi galakan buat saya.
Tak lupa rakan-rakan yang banyak membantu ketika susah mahupun senang,” akhiri Farah Dinana yang berketurunan Indonesia-Belanda. 2019 merupakan tahun ketiga Farah Dinana bergelar fashion stylist. Semoga terus sukses Farah Dinana!
Kredit Foto: Instagram Farah Dinana
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap pemurah dan dermawan. Kisah seorang bayi, Wan Muhammad Naail atau Naail yang berhadapan dengan penyakit Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1 mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia apatah lagi apabila bayi tersebut memerlukan dana berjumlah RM 9 juta untuk menjalani rawatan suntikan Zolgensma.
Berita baik! Menerusi perkongsian di Instagram milik ibu Naail sendiri, Raihan Aminz, dana sebanyak RM9 juta itu sudah mencukupi bagi adik Naail menjalani rawatan suntikan Zolgensma.
Menerusi perkongsian ibu bayi tersebut, tertera nama Hafiz Mahamad serta seorang individu yang juga usahawan terkemuka dikenali Ayuni menjadi dua penderma terakhir bagi mencukupkan kutipan dana yang telah digerakkan oleh badan amal Misi Rakyat.
Perkongsian di laman Instagram milik ibu Naail mengenakan penderma yang melengkapkan misi kutipan RM 9 juta untuk anak tersayang.
Untuk yg bertanya kenapa kempen Naail belum tutup, sebab kita ada next kempen untuk adik Athif pula. Tunggu official annoucement dari pihak Misi ya. 🙌🏼 #jomsamasama#SMAfighter#SMAtype1
Usahawan serta pempengaruh media sosial terkenal, Hafiz Mahamad merupakan individu terakhir sebagai penyumbang bagi melengkapkan jumlah RM9 juta yang diperlukan bagi membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1, Wan Muhammad Naail atau Naail.
Hafiz Mahamad juga difahamkan turut menambah jumlah sumbangan yang digerakkan oleh Misi Rakyat itu buat seorang lagi pesakit dikenali adik Athif.
Naail merupakan anak saudara kepada pelakon terkenal, Fattah Amin di mana aktor tersebut berkongsi tentang masalah kesihatan anak saudaranya yang menghidap penyakit jarang jumpa, (SMA) Type 1.
Kos rawatan bagi penyakit tersebut mencecah RM9 juta dan gambar yang dikongsikan Fattah menerusi Instagram adiknya, Raihan Amin, jelas dilihat Naail sentiasa memerlukan alat bantuan pernafasan untuk meneruskan kehidupan.
Berdasarkan maklumat yang diberi Raihan, penyakit tersebut menyebabkan otot-otot Naail semakin hari semakin lemah termasuk otot paru-paru menyebabkan Naail terpaksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan.
NONA prihatin terhadap keadaan semasa adik Wan Muhammad Naail Wan Aslam atau mesra dipanggil Naail, bayi berusia sembilan bulan yang mengalami mengalami masalah Spinal muscular altrophy (SMA) Type 1. SMA merupakan penyakit genetik yang berlaku mutasi pada gen neuron motor survival 1 (SMN1) iaitu protein penting pada saraf tunjang yang berfungsi mengawal otot badan.
Si kecil sukar untuk bernafas atau menelan air liur dengan menggunakan kudratnya sendiri. Malah si kecil juga mudah terdedah dengan risiko jangkitan pada paru-paru.
Foto keluarga sempena sambutan Aidilfitri tahun ini
Terdahulu, terdapat seorang pesakit (SMA) Type 1, Reese Tan Rui Xin berjaya sembuh selepas menerima suntikan Zolgensma bernilai lebih RM9 juta bagi mengubati penyakit genetik dialaminya.
Reese yang berusia 19 bulan, mendapatkan suntikan itu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas kutipan dana dilancarkan pertubuhan kebajikan One Hope Charity and Welfare akhir tahun lalu.
Semoga proses rawatan adik Naail dipermudahkan dan mendapat syifa dan kesembuhan yang terbaik.
Sumber: Kosmo & Instagram raihanaminz
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila sebut sahaja nama penyanyi Noraniza Idris sudah terbayang genre irama yang diperjuangkan olehnya sejak dulu iaitu Irama Malaysia. Rentak irama ini bagai sudah sebati dengan hidupnya.
Wanita yang mempunyai nama sebenar Nor Aniza Haji Idris ini sememangnya sejak dahulu mudah didekati dan begitu peramah. Tanya apa sahaja soalan pasti akan dijawabnya dengan penuh dedikasi.
Foto: Koleksi Peribadi Noraniza Idris
Melihat anak kelahiran Kluang, Johor ini beraksi di pentas nyanyian bagaikan tidak percaya bahawa umurnya sudah setengah abad. NONA cuba mencungkil rahsia bagaimana penyanyi lagu Intan Payung nyanyian bersama Bunga ini kekal bertenaga di atas pentas.
“Pada dasarnya kalau kita tengok memang nampak bertenaga tetapi Kak Ani sama juga dengan penyanyi lain. Bila kita sampai satu peringkat usia memang kita perlukan energi atau stamina yang lebih baik lagi untuk kita nampak bertenaga di pentas,” tutur Noraniza Idris yang selesa membahasakan dirinya sebagai Kak Ani memulakan bicara.
Foto: Instagram @noraniza_idris
Bercerita lanjut tentang meningkatkan energinya, “Apa yang Kak Ani buat sebelum ini yang pernah buat tapi Kak Ani buat adalah brisk walk. Kak Ani buat brisk walk tiga kali seminggu dalam 30 minit keliling taman setiap pagi.
Sebelum buat brisk walk Kak Ani minum air mineral sekurang-kurang 300ml dan sebelum pukul 12.00 tengah hari wajib habiskan 500ml . Setiap hari sekurang-kurangnya Kak Ani kena minum 1500ml.
Foto: Koleksi Peribadi Noraniza Idris
Lagi satu sekarang Kak Ani tengah mengalami masalah obesiti jadi kena buat tindakan cepat untuk turunkan segera dalam masa yang terdekat. Jadi Kak Ani tengah usahakan untuk mengurangkan berat badan bermula Isnin ini.
Di samping itu, stamina dalaman untuk nyanyian pula Kak Ani belajar vokal dengan cikgu vokal, Azizul Haqim. Walaupun dia penyanyi baru dalam industri tapi Kak Ani tak malu nak belajar vokal dengannya. Memang dia masih muda tapi dia ada ilmu vokal dan banyak memberi tip tentang nyanyian. Dan yang paling penting dia memahami vokal Kak Ani,” jelas wanita yang lahir pada 27 Ogos 1968 ini.
Foto: Koleksi Peribadi Noraniza Idris
Kesempatan berbual dengan penyanyi kesayangan ramai ini rupanya sudah mempunyai seorang cucu. “Ya, memang benar saya dah ada seorang cucu. Cucu yang diberi nama Hannah nak masuk setahun 23 Mac nanti,” tutur Kak Ani yang mahu dipanggil Umi oleh cucunya itu.
Anak sulungnya, Mohd Aliff Haiqal, 33 tahun telah berkahwin dengan Ezza Nafiesha Zakaria, 32 tahun pada 22 Disember 2018 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Seorang lagi anak lelaki Noraniza Idris, Mohd Alfeeq Haiqal Mohd Fauzi kini berusia 29 tahun.
Foto: Instagram @noraniza_idris
“Sebulan sekali kami akan spend time makan bersama dekat luar. Kak Ani sedang merancang bercuti sebulan sekali bersama keluarga di seluruh Malaysia untuk mengimarahkan percutian Malaysia. Buat permulaan kami bercuti ke Genting Highland bulan lalu.
Foto: Koleksi Peribadi Noraniza Idris
Sama juga anak-anak di Singapura ada 4 orang lelaki Nor Hadi, Nor Haizal, Nor Fahmi dan Nor Fazli. Walaupun dah 4 tahun tak jumpa kerana sempadan negara masih tertutup tapi kami banyak berhubung melalui video call sebulan sekali,” kata Kak Ani tentang anak-anaknya.
Ketukan dram padu mengiringi persembahan kumpulan rock lagenda, Search di Konsert Nusafest 2023 di Bandar Malaysia minggu lalu mencuri tumpuan. Mana tidaknya, posisi pemain dram kumpulan tersebut diisi oleh seorang gadis berusia 17 tahun!
Naimi Daini baharu berusia 17tahun namun mempunyai skill bermain dram yang membanggakan
Gadis remaja dikenali Naimi Daini itu tampil bersama Search yang dianggotai Datuk Amy (penyanyi), Nasir Daud (bass), Hillary Ang (gitar) dan Man Kidal (gitar) dengan memainkan lapan lagu pada konsert yang diadakan di Bandar Malaysia itu.
Malah, ramai beranggapan Naimi mampu menjadi pelapis pemuzik terbaik negara sekiranya terus mendapat peluang beraksi dengan kumpulan rock hebat seperti Search.
Menurut kumpulan Search, buat masa sekarang, Naimi merupakan pemain dram undangan berstatus tetap dengan Search selain seorang lagi pemain drama berbakat iaitu Arthur.
“Naimi adalah sebagai permain drum muda yang sangat berbakat pernah kami temui di industri muzik tanah air. Memandangkan perjalanan Naimi yang masih jauh dengan usia muda, maka kami memberi ruang dan peluang kepadanya untuk bersama-sama di setiap persembahan kami untuk ‘menggali’ pengalaman lebih luas,” katanya.
Menurut Nasir, pada masa sama Search juga begitu menghormati status Naimi yang masih belajar di tingkatan lima di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Malah Naimi melalui perkongsian di Instagram miliknya memanjatkan rasa syukur diberi peluang untuk mempamerkan bakat bersama kumpulan Search dan menjadikan peluang tersebut sebagai satu inspirasi buat dirinya. Malah ramai memuji ketangkasan Naimi bermain dram selain mendoakan perjalanan karier Naimi yang masih jauh.
“Kami tidak mahu dia berasa tertekan dengan jadual Search nanti. Malah, kami memberi masa kepada Naimi untuk menghabiskan pelajarannya sebelum diserap sebagai pemain drum kekal Search,” katanya.
Dalam konsert itu, Naimi tampil dengan ketukan padu memainkan lagu-lagu Search seperti Diari Habil & Qabil, Gothik Malam Edan, Isi Atau Kulit, Cakap Memang Murah, Paranoid, Pelesit Kota, Pawana dan medley Rozana / Isabella.
Kumpulan Search bakal mengadakan Konsert Fantasia Bulan Salju yang bakal di adakan di Arena Of Stars, Genting Highlands pada 12 Ogos akan datang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum dengan semangat Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid dalam menimba ilmu. Mana tidaknya, pada usia 60an dia nekad menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah atau PhD.