Hujung Jun ini pelakon Susan Lankester bakal berusia 60 tahun. Pun begitu, wanita Inggeris ini masih kelihatan cantik dalam kelas tersendiri.
Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni di Malaysia, Susan berjaya menjadi antara pelakon bukan Melayu yang mendapat tempat dalam kalangan peminat seni tanah air hingga ke hari ini.
Aktif mewarnai dunia seni, Susan Lankester turut menjadi pilihan pereka fesyen terkenal tempatan sekitar tahun 2021 bagi menggayakan koleksi fesyen berkenaan. Makin berusia, makin ‘laku’!
Kredit Instagram @susan_lankesterKredit Instagram @susan_lankesterKredit Instagram @susan_lankesterKredit Instagram @susan_lankester
Tidak dinafikan, dialongnya ‘Orang putih ke, orang biru ke, kita orang Malaysia kan?’ menerusi filem pertamanya iaitu Mekanik nyata sudah sinonim dengan jelitawan keturunan Inggeris-Cina ini.
Ads
Bergandingan dengan Allahyarham Azmil Mustapha, filem yang diarahkan Othman Hafsham pada tahun 1983 berkenaan berjaya melonjakkan nama Susan Lankester.
Bukan bersandar kepada rupa paras semata-mata, bakat yang dimiliki wanita ini terbukti apabila dia dinobatkan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-11 pada tahun 1994 dalam filem Femina.
Ketika sambutan Tahun Baharu Cina yang lepas, Susan membintangi Rain Town the movie bersama beberapa lagi pelakon handalan lain.
Ads
Susan juga aktif sebagai pelakon filem, drama dan teater. Malah figura yang fasih berbahasa Melayu ini pernah menghasilkan sebuah album bertajuk Takdir dan popular menerusi lagu Antara Dua Zaman.
Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw kini kelihatan semakin langsing setelah menjalani pembedahan gastrik atau bariatrik.
Pelantun lagu ‘Maybe’ ini dikatakan mengambil langkah drastik adalah untuk menurunkan berat badan yang telah gagal diusahakannya selama 12 tahun.
Pun begitu, Melly terpaksa berhadapan dengan kesan daripada pembedahan yang dilakukannya akibat memotong organ pencernaan. Melly tidak dapat menghadam makanan seperti orang biasa.
Memetik perkongsian Melly Goeslaw dalam podcast bersama Melaney Ricardo baru-baru ini, dia kini hanya boleh makan satu sudu besar nasi atau makanan dan terus merasa kenyang.
Menurutnya, satu sudu nasi itu perlu dihabiskan dengan mengunyah secara perlahan-lahan dan lama.
Pun begitu, kata Melly dia sebenarnya boleh memaksa diri untuk makan dua sudu nasi. Cuma, selepas itu dia tidak boleh minum.
Melihat perkara ini telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan peminat serta pengikut Melly di media sosial. Kebanyakan mereka bimbang dan berpendapat Melly hanya menyeksa diri.
“Menyeksa diri sendiri, Tuhan telah menciptakan manusia dan organ mereka menjadi yang terbaik dan paling sempurna.”
“Ya Allah, betul-betul menyeksa diri. Salah satu nikmat yang Allah beri ialah makan.”
Didoakan agar Melly Goeslaw baik-baik sahaja dan kekal sihat, langsing serta cantik.
Kredit Foto: Instagram Melly Goeslaw
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika Ilhan Omar berjaya mencipta sejarah selaku Anggota Kongres Wanita Pertama Amerika Syarikat yang beragama Islam, Halima Aden pula mengangkat martabat wanita Muslim di peringkat antarabangsa dalam bidang fesyen dan peragaan. Kalau sebelum ini masyarakat dunia agak skeptikal menerima wanita berhijab… kini penampilan dua ikon hebat ini semakin diterima baik dan menjadi inspirasi ramai wanita.
Dilahirkan pada 19 September 1997, Halima Aden merupakan aktivis dan model terkemuka kelahiran Amerika-Somalia yang sedang meniti puncak kerjaya hari ini. Meskipun baru ‘terjun’ ke dunia peragaan dan fesyen, wanita cantik ini sudah pun meraih pelbagai pencapaian membanggakan. Secara tidak langsung, penglibatan Halima dalam bidang glamor ini membuka mata penduduk dunia mengenai kemampuan wanita Islam.
Di kota fesyen terkenal seperti New York, London dan Milan… Halima dikenali peminat fesyen kerana penampilannya yang unik ketika menggayakan hijab, headwrap dan turban. Lebih-lebih lagi tatkala berjalan di pentas peragaan. Sering menghiasi muka depan majalah fesyen popular, pertunjukan fesyen berprestij dan kempen jenama mewah, Halima juga tidak terlepas menjadi buruan agensi model antarabangsa.
Kini, dia merupakan salah seorang ahli IMG Models yang membariskan model terkenal seperti Bella Hadid, Gigi Hadid, Gisele Bunchen, Miranda Kerr, Hailey Bieber, Karlie Kloss dan Kate Moss. Nama-nama hebat tu!
Mengimbas kembali perjalanan karier Halima, auranya mula bersinar sejak dia menyertai pertandingan ratu cantik Miss Minnesota pada tahun 2016. Waktu itu, Halima merupakan satu-satunya peserta yang mengenakan hijab dan layak ke peringkat semi final. Kongsi Halima, dia sudah mula mengenakan kerudung kepala sejak kecil dan meminta tudung sendiri daripada ibunya ketika baru berumur lapan tahun.
Lebih membanggakan, Halima ialah wanita hijab pertama yang menghiasi muka depan majalah British Vogue sekaligus membuktikan kepada dunia bahawa wanita berhijab sepertinya masih punya tempat dalam peragaan fesyen mewah! Tiga tahun kemudian, Halima sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila menjadi wanita Muslim pertama memperagakan burkini untuk Sports Illustrated Swimsuit.
Gadis yang memiliki ketinggian 5 kaki 5 inci ini juga tanpa berselindung menjelaskan dia dikelilingi dengan wanita berhijab sejak dari kecil lagi dan jatuh cinta dengan penampilan seumpama itu hingga membuatkan dia tertarik untuk turut sama mengenakan tudung. Halima juga menegaskan, memakai hijab adalah pilihannya sendiri dan bukan dibuat atas desakan sesiapa.
Sedar setiap gerak-geri dan penampilannya menjadi ilham kepada wanita hijab lain, Halima tidak lokek berkongsi tutorial pemakaian hijab. Sambil mengakui dia adalah orang yang ringkas dan tidak gemar menggunakan pin semasa memakai tudung, Halima dilihat sering memuatnaik video tutorial hijab mudah yang menjadi pilihannya terutama turban.
Sumber: Stars Insider
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai wanita lebih memilih untuk membeli alat solekan tanpa memikirkan keadaan kulit. Lebih parah apabila produk solekan yang dibeli tidak sesuai dengan jenis kulit sehingga menyebabkan kulit menjadi rosak.
Adakah anda sedar kulit kering dan menggelupas adalah kesan daripada produk solekan yang anda gunakan? Apakata kali ini, anda cuba ubah rutin penjagaan kulit dengan pemilihan produk yang lebih sesuai dengan kulit.
Sebelum itu, anda boleh intai dahulu petua kecantikan cara tradisional.
2. Lebihkan makanan berunsur protein, termasuk makanan tinggi sulfur seperti bawang putih, bawang merah, telur dan asparagus. Vitamin A dan C sangat baik untuk kulit jadi diet dengan lobak merah dan aprikot patut menjadi pilihan anda!
3. Anda juga boleh mengoles minyak zaitun kerana ia mengandungi vitamin E dan sangat seusia untuk melembapkan kulit serta mengatasi masalah cela pada kulit.
Berita baik untuk anda kerana produk yang akan diperkenalkan ini boleh terus digunakan! Banyak produk kecantikan yang anda boleh beli DI SINI
HUDA BEAUTY GLOW COCO HYDRATING MIST
Semburan milky infuse daripada minyak kelapa dan air kelapa ini dapat memberi hidrasi dengan mudah pada kulit. Anda dapat rasakan kesegarannya dan dengan sekelip mata tampak lebih berseri.
SUPERGOOP SUPERSCREEN DAILY MOISTURIZER SPF 40
Buat pertama kalinya pelembap harian anda mempunyai SPF 40 dan mengandungi hidrasi intensif untuk melindungi kulit dari sinar UV, blue light dan kekeringan.
TATCHA THE RICE WASH CLEANSER
Pembersih krim pH-semula jadi dengan campuran beras dan hyaluronic acid. Pembersih wajah yang terbaik mempunyai kelebihan untuk mengunci kelembapan dan menghalang kulit dari bakteria jahat yang merosakkan.
ALPHA-H HYALURONIC 8 SERUM
Serum ini memberi berita baik kepada para wanita yang ingin menyingkirkan garisan halus dan kedutan pada wajah. dengan kelembapan yang ditawarkan dalam produk ini, anda tidak perlu lagi bimbang untuk keluar rumah tanpa solekan!
SAND & SKY AUSTRALIAN EMU APPLE DREAMY GLOW DROPS SERUM
Bangkitkan kulit kusam dengan serum yang memberikan anda seri semula jadi. Jangan biarkan wajah lesu lebih menonjol. Hanya sapuan ringan pada wajah dalam kombinasi bahan lima Hyaluronic Acid yang sangat berkuasa!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!