Meniti Usia 60, Susan Lankester Anak Seni Bukan Melayu Berjaya Tanah Air & Cantik Dalam Kelas Tersendiri!

Hujung Jun ini pelakon Susan Lankester bakal berusia 60 tahun. Pun begitu, wanita Inggeris ini masih kelihatan cantik dalam kelas tersendiri.

Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni di Malaysia, Susan berjaya menjadi antara pelakon bukan Melayu yang mendapat tempat dalam kalangan peminat seni tanah air hingga ke hari ini.

Aktif mewarnai dunia seni, Susan Lankester turut menjadi pilihan pereka fesyen terkenal tempatan sekitar tahun 2021 bagi menggayakan koleksi fesyen berkenaan. Makin berusia, makin ‘laku’!

Kredit Instagram @susan_lankester
Kredit Instagram @susan_lankester
Kredit Instagram @susan_lankester
Kredit Instagram @susan_lankester

Tidak dinafikan, dialongnya ‘Orang putih ke, orang biru ke, kita orang Malaysia kan?’ menerusi filem pertamanya iaitu Mekanik nyata sudah sinonim dengan jelitawan keturunan Inggeris-Cina ini.

Bergandingan dengan Allahyarham Azmil Mustapha, filem yang diarahkan Othman Hafsham pada tahun 1983 berkenaan berjaya melonjakkan nama Susan Lankester.

Bukan bersandar kepada rupa paras semata-mata, bakat yang dimiliki wanita ini terbukti apabila dia dinobatkan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-11 pada tahun 1994 dalam filem Femina.

Kredit Instagram @susan_lankester
Kredit Instagram @susan_lankester
Kredit Instagram @susan_lankester
Kredit Instagram @susan_lankester
Kredit Instagram @susan_lankester
Kredit Instagram @susan_lankester

Ketika sambutan Tahun Baharu Cina yang lepas, Susan membintangi Rain Town the movie bersama beberapa lagi pelakon handalan lain.

Susan juga aktif sebagai pelakon filem, drama dan teater. Malah figura yang fasih berbahasa Melayu ini pernah menghasilkan sebuah album bertajuk Takdir dan popular menerusi lagu Antara Dua Zaman.

Bahkan dia juga pernah berduet dengan Allahyarham Tan Sri SM Salim dalam lagu Dilema.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/hampir-setahun-jadi-isteri-terserlah-wajah-bahagia-vanidah-imran-di-samping-suami-tercinta/

IKLAN
Share