Anzalna Nasir sememangnya seorang yang sangat pemurah. Jika sebelum ini NONA ada melaporkan yang Anzalna pernah berkongsi rezeki menolong seorang bapa tunggal beli barangan bayi, dan baru-baru ini Anzalna sekali lagi menarik perhatian netizen selepas membelikan ibu kesayangannya rantai belian.
Berkongsi momen gembira tersebut di akaun Tiktoknya, Anzalna bertindak menghadiahkan seutas rantai berlian mewah jenama Habib yang berharga RM120,000.00 kepada ibu tercinta.
Menerusi perkongsian video tersebut, kelihatan Anzalna dilihat hadir ke sebuah kedai emas jenama terkemuka tersebut dan menyampaikan hasratnya untu membelikan rantai tersebut kepada ibunya.
Selepas mendengar Hasrat anaknya itu, ibunya dilihat gagal menahan perasaan sekaligus sebak apabila mengetahui aktres dan model berusia 35 tabun itu ingin menghadiahkan rantai yang difahamkan mempunyai campuran emas sebanyak lebih 50 gram dan set berlian lebih 12 karat itu kepadanya.
Ads
Sementara itu, rata-rata wargamaya dan peminatnya memuji dan meninggalkan respon positif serta maklum balas kepada sikap ibu kepada dua cahaya mata itu selain mendoakan rezekinya Anzalna sentiasa mengalir bila membahagiakan insan yang tersayang.
Ads
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekali pandang macam kakak dan adik! Tapi rupa-rupanya wanita cantik ini adalah ibu kepada 3 anak perempuan berusia 10 dan 5 tahun serta seorang bayi 8 bulan. Pandai betul jaga badan, langsing persis anak dara.
Attyra Saari, usahawan wanita dari Terengganu yang berusia 29 tahun ini merupakan pengasas produk DAURA BEAUTY LEGACY. Sebelum bergelar usahawan, Attyra merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.
Berikut adalah cara Attyra untuk kekal cantik dan sihat. “Selain mengamalkan produk sendiri saya juga menjaga pemakanan. Saya seorang penggemar buah-buahan. Jadi, dalam sehari tu mesti makan buah. Kalau makan nasi ‘wajib’ ada ulam. Selain itu, saya turut mengamalkan minum air kosong dan tak pernah ambil minuman berais.”
MULA BERNIAGA BERMODALKAN RM100
“Tahun 2016 saya mula berniaga dengan menjual tudung bermodalkan RM100 saja. Ketika ini saya tiada pengalaman langsung dalam berniaga, hanya minat sahaja. Inilah detik paling struggle. Stok pula bergerak perlahan. Memang sangat-sangat struggle. Namun alhamdulillah dengan rezeki berniaga, sekarang segala urusan dipermudahkan.
Kepuasan dalam berniaga ialah dapat bantu orang yang memerlukan. Saya memang suka berkongsi rezeki dengan orang lain. Bukan dengan suami saja malah kepada followers, rakan-rakan dan keluarga pun saya berikan hadiah setiap kali birthday atau hari biasa. Selain itu, bila berniaga banyak waktu untuk diri sendiri dan keluarga kerana kerja tak terikat dengan sesiapa.
Nasihat saya buat yang terkesan dengan pandemik usah mudah putus asa dan tertekan. Bila kita mula berniaga harus enjoy. Cari ilmu sebanyak mungkin. Semua merasa kesannya akibat COVID-19 tapi jadikannya cabaran untuk kita berusaha lebih lagi untuk majukan perniagaan.
Guna segala platform yang ada untuk perkenalkan perniagaan kita,” kongsi Attyra yang menyifatkan suaminya adalah tulang belakang utama di sebalik jatuh bangunnya dalam dunia perniagaan. Banyak lagi pengorbanan suami yang tidak terbalas.
Untuk kekal bahagia, mereka saling menjaga perasaan masing-masing agar tidak mudah merasa tertekan. Attyra juga gemar berjenaka bila berada di samping suami. Paling penting bagi Attyra ialah sentiasa mendengar nasihat dan tidak melakukan perkara yang tidak disukai suami.
Impian Attyra agar suatu hari nanti dia berpeluang untuk membawa kedua belah keluarga ke tanah suci Mekah. Semoga COVID-19 segera berlalu agar impian tersebut akan terlaksana, Insya-Allah.
Kredit Foto: Instagram @attyrasaari
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Shah Rukh Khan bukan lagi asing di kalangan rakyat Malaysia dan boleh dikatakan terkenal di seluruh dunia. Kehebatan lelaki berwajah manis ini beraksi di pentas lakonan berjaya mencipta aura tersendiri dan memberi kesan kepada para penonton.
Tapi di sebalik bakat besar dan kejayaan yang dimiliki Shah Rukh Khan, ada seorang wanita yang berdiri teguh di belakangnya dan setia memberi sepenuh sokongan terhadap suami tercinta iaitu Gauri Khan.
Dilahirkan pada 8 Oktober 1970 di New Delhi, India, Gauri atau nama sebenarnya Gauri Chibber mula mengenali Shah Rukh Khan sekitar tahun 1984.
Perhubungan mereka pada mulanya mendapat tentangan daripada keluarga namun pasangan romantis ini nekad melangsungkan perkahwinan pada 25 Oktober 1991 ketika Shah Rukh Khan baru bertatih dalam industri perfileman India.
Hasil perkahwinan selama hampir 26 tahun, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Aryan Khan (20 tahun), Suhana Khan (17 tahun) dan Abram Khan (4 tahun). Meskipun sudah bergelar isteri dan ibu, Gauri masih kelihatan cantik dan bergaya. Malah, pereka fesyen popular India, Satya Paul turut memuji cita rasa fesyen suri hati Shah Rukh Khan ini.
Tidak sekadar memiliki rupa paras cantik, Gauri yang juga merupakan graduan dari Lady Shri Ram College dan pernah mengikuti kursus singkat seni reka fesyen selama enam bulan di Delhi. Kursus fesyen tersebut barangkali diambil memandangkan bapanya adalah seorang pengusaha pakaian.
Seperti Shah Rukh Khan, Gauri juga bukan calang-calang wanita kerana dia turut bertindak selaku penerbit filem dan membina syarikat produksi, Red Chilies Entertainment bersama Shah Rukh Khan.
Bukan itu saja, Gauri kini meluaskan empayar dengan mengusahakan Gauri Khan Designs iaitu sebuah syarikat hiasan dalaman yang menyediakan perkhidmatan rundingan untuk rekaan ruang bangunan mewah, kediaman, pejabat, restoran dan hotel dengan penataan dekorasi serba glamor serta klasik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memiliki rumah dengan dekorasi yang menarik menjadi dambaan semua orang. Bukan hanya sedap dipandang mata bahkan ia juga mampu mencipta keselesaan sepanjang di dalam rumah. 8 trik ini boleh dicuba agar dekorasi kediaman terlihat semakin chic!
PINTU UTAMA BERWARNA
Mengikut kepercayaan sesetengah budaya, merah merupakan warna simbol kepada tuah. Pintu berwarna merah diandaikan sebagai satu ungkapan ‘selamat datang’. Selain warna merah, dua warna pilihan lain yang banyak digunakan pada pintu utama ialah jingga dan kuning yang melambangkan kepada kebahagiaan serta kehangatan.
DINDING BERWARNA NEUTRAL
Menggunakan warna beige ataupun kelabu sangat sesuai diaplikasikan pada lantai pertama rumah bagi memudahkan anda untuk mengemaskini aksesori-aksesori ruangan supaya ianya sentiasa kelihatan baharu.
SUSUN ATUR SOFA SALING BERHADAPAN
Salah satu trik untuk menjadikan ruang tamu lebih hangat ialah dengan menyusun atur sofa saling berhadapan. Model kumpulan yang dipilih boleh berbentuk U dengan sofa panjang di hadapan coffee table dikelilingi dengan kerusi-kerusi lain yang lebih kecil. Atau, boleh juga dengan susun atur berbentuk H dengan sofa panjang saling berhadapan dengan sofa kecil, manakala coffee table di bahagian tengah. Kedua-dua model ini memudahkan penghuninya bersantai sambil duduk di sofa.
MENUKAR LANGSIR LAMA
‘Blank windows always better than ugly windows’. Sekiranya anda ingin menukar langsir pilihlah yang diperbuat daripada material kapas, linen ataupun sutera agar jendela anda kelihatan lebih indah.
GANTUNG CERMIN DI SETIAP RUANG
Cermin yang memantulkan cahaya boleh dimanfaatkan sebagai ilusi supaya ruang rumah kelihatan lebih luas. Namun begitu, kedudukan cermin yang kurang tepat boleh menjadikan ruang kelihatan kurang menarik berbanding daripada sebelumnya. Maka, letakkan cermin tegak lurus dengan tingkap. Pastikan tidak meletakkannya tepat berhadapan dengan tingkap kerana cahaya yang masuk akan dipantul keluar semula oleh cermin.
LUKISAN DI SETIAP DINDING
Agar lukisan kesayangan anda kelihatan eye-catching di dinding kedudukannya haruslah diperhatikan. Cari titik tengah lukisan kerana titik tersebut perlu berada tepat pada garis mata anda. Gantungkan lukisan setinggi garis mata agar mudah dilihat. Untuk dinding yang besar pilihlah lukisan dengan ukuran yang besar, ataupun anda juga boleh menggabungkan beberapa lukisan kecil menjadi satu kumpulan.
KARPET BAWAH SOFA
Selalu perhatikan panduan asas dalam menempatkan karpet di bawah sofa khususnya untuk ruang tamu, kaki sofa dan kerusi dalam satu kumpulan haruslah boleh masuk dalam satu karpet besar. Karpet perlulah mampu mendefinisikan tempat duduk pada ruang tamu. Paling tidak, dua kaki depan sofa dan kerusi boleh masuk ke dalam karpet. Jika menggunakan karpet yang kecil ruang akan kelihatan berselerak serta tidak kemas.
SUAI PADAN ALMARI TERBUKA
Supaya almari terbuka anda tidak kelihatan terlalu penuh dan berselerak, penuhi almari hanya dengan 50% daripada kapasiti total agar kelihatan lebih lapang dan tersusun. Anda boleh menyusun buku dalam satu rak kecil berbentuk vertikal dan horizontal. Kemudian tambahkan dengan pastu bunga di salah satu raknya. Keadaan akan menjadi lebih kemas dan seragam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.