Pelakon Jasmine Suraya Chin yang kini popular dengan drama siri Ratu Tenpin di Astro khabarnya terbuka untuk mendekati lebih dekat agama Islam. Pelakon yang berumur 33 tahun ini dilihat menghadiri majlis ilmu Hijrah Cinta yang diadakan oleh personaliti popular Neelofa baru-baru ini.
IKLAN
“Secara jujurnya, ini boleh dikatakan sebuah perjalanan yang cukup peribadi untuk saya. Hakikatnya, saya kalau boleh nak simpan hal untuk peribadi saja. Saya pun tak berani nak kecoh sangat”, jelas Jasmine lagi.
Hadir secara senyap-senyap, dan memakai penutup muka sentiasa, kehadiran Jasmine itu nyata mengundang respon poritif dari kalangan peminat, selebriti termasuk penganjur dan tuan rumah, Noor Neelofa.
Neelofa menjelaskan, “”Apa yang paling mengejutkan apabila rakan artis bukan Muslim, Jasmine Suraya Chin menyatakan hasrat untuk hadir sama. Dia sendiri mahu datang sebab dia mahu tahu mengenai Islam.”
Menurut Harian Metro, Neelofa sangat berbesar hati menerima kehadiran Jasmine “Dia juga adalah orang terakhir yang meninggalkan majlis. Itu juga adalah majlis ilmu pertama yang dia hadiri. Kebetulan pada penghujung majlis itu ustazah menyebut mengenai kisah orang bukan Muslim yang ada masalah keresahan (anxiety), disuruh berzikir pada Allah,” katanya.
IKLAN
Antara barisan selebriti lain yang hadir seperti Izara Aishah, Wan Sharmila, Ika Nabella, Diana Rafar, Linda Rafar, Zulin Aziz, Kaka Azraff, Bella Astillah, Anita Baharom dan Adriana Adnan.Dalam masa sama, Neelofa berhasrat untuk mengadakan majlis ilmu itu sebulan sekali.
IKLAN
Terdahulu, media ada melaporkan pelakon Jasmine Suraya berkongsi mengenai keinginannya untuk mengetahui lanjut mengenai Islam sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Menerusi komen dan respon yang ditinggalkan, ramai warga maya mengalu-alukan Jasmine untuk terus mendalami Islam. Semoga Jasmin terbuka untuk menerima ajaran agama Islam dalam hidupnya suatu hari nanti.
Gerakan Tanah Air (GTA) menampilkan tiga selebriti terkenal sebagai calon Parlimen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof yang juga Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan dicalonkan di Sabak Bernam.
Pelakon dan pengarah terkenal, Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri pula dinamakan sebagai calon kerusi Port Dickson. Ketika ditemui, Ahmad Idham menyifatkan pencalonannya sebagai amanah berat yang perlu dipikulnya.
“Hari ini bukti kerja saya mula berkesan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengumuman calon di sini pada Rabu.
Menceritakan pembabitan awal dalam bidang politik, beliau berkata, pelawaan Timbalan Pengerusi GTA Negeri Sembilan, Mohamad Jani Ismail untuk bekerjasama menjalankan aktiviti kepada anak-anak istimewa di negeri tersebut.
“Saya aktif dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi produk pendidikan khas, malah saya juga ada sekolah pendidikan khas,” katanya.
Ahmad Idham bakal bertemu dengan calon BN dari MIC, P Kamalanathan dan PN yang meletakkan calon Pas, Rafiei Mustapha serta Menteri Besar Negeri Sembilan (PH), Datuk Seri Aminuddin Harun.
Dalam pada itu, Lando ketika ditemui berkata, beliau tidak berniat untuk menyertai pentas politik.
“Sudah 16 tahun kami berjuang dan apabila dijemput oleh Pejuang, saya nampak ini merupakan satu peluang untuk melakukan perubahan terhadap sistem dan infrastruktur di negara ini khususnya di Selangor,” katanya.
Hari ini merupakan hari pertama umat Islam seluruh negara berpuasa. Berpuasa di dalam bulan Ramadan telah dijanjikan ladang pahala yang berlipat-ganda. Selebriti yang bergelar VIP juga tidak ketinggalan mengucapkan Salam Ramadan kepada semua umat Islam. Jom kita tengok apa yang diposting oleh VIP ini di laman Instagram.
Datin Seri Zizie Izette @zizieizette
“Assalamualaikum,
I would like to take this opportunity to wish all my muslim friends happy Ramadhan Al Mubarak.
Have a blessed ramadhan.
Happy fasting everyone!!
(Saya terlupa nk sahur, nasib dah niat) ??♀️??
*Gambar x cukup corum atas sebab2 tertentu*.”
2. Datin Fouziah Gous @fouziahgous
“Selamat menjalani Ibadah puasa dengan baik pada tahun ini. Di sini saya dan keluarga juga ingin mengambil kesempatan memohon kemaafan jika ada salah dan silap kami? SALAM RAMADHAN.”
3. Datuk Sheila Majid @missmajid
“Selamat menyambut bulan Ramadan & menunaikan ibadah puasa. Mudah2an semua amalan kita akan di terima Allah SWT. Semoga di permudahkan segala urusan di bulan yang penuh berkat ini. In shaa Allah.
Mohon ampun & maaf dari kami sekeluarga.” ??
4. Datin Seri Nur Shahida @shahidadherbs
“Alhamdulillah dipanjangkan usia dapat menyambut ramadhan esok…malam ni bermula terawih…mudahan saya di beri kekuatan utk berpuasa dan berterawih sepanjang bulan ramadhan ni…
.
Tapi belum start puasa dah fikir menu berbuka esok…over tau kita ni.” ?
5. Datin Diyana Halik @diyanahalik
“Selamat Berpuasa everyone! Maaf Zahir dan batin. May Allah forgives us and ease everything for us. Aaminn.”
6. Datin Alyah @alyah81
“Selamat berpuasa buat semua muslimin Dan muslimat.semoga Ramadan kali ini mendekatkan kita pada yg esa dan mengeratkan silaturahim sesama Umat.Semoga amalan Kita diangkat oleh Allah swt…
Kepada ibu jg ibu mertua, kepada Suami, kepada semua Adik beradik,kepada semua ipar duai,saudara mara, Sahabat handai,para peminat,pengikut instagram mahu pun facebook.Dan semuanya yg mengenali diri ini.saya serendah rendah Hati memohon kemaafan.Maafkanla Saya yg kerdil ini.sesungguhnya yg buruk itu dari Saya.Dan yg sempurna itu dari Allah swt.Saya jg sudah memaafkan sesiapa saja yg pernah hadir dlm hidup Saya selama ini…. Gambar kenangan masa di mekah 1st umrah with Abg @syedabibjmd Dato Sri Hajah @datosrisalmahismail & Kak @annayhusin Tq korang semua saat ini yg paling Saya Ingat.Abg abib blanja pi umrah.Hanya Allah swt je mampu balas bang.Semoga Abg terus kuat menempuh panca roba dunia perniagaan.Dan tahniah Abg dah berada di tempat Abg tersendiri.”?
7. Datin Aida Yusof @adyaidayusof
“My Diary : 16.05.2018 .
.
ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺍَﻫِّﻠْﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ ﺑِﺎْﻻَﻣِﻦْ ﻭَﺍْﻻِﻳْﻤَﺎﻥِ ﻭَﺍﻟﺴَّﻼَﻣَﺔِ ﻭَﺍْﻻِﺳْﻼَﻡِ ﻭَﺍﻟﺘَّﻮْﻓِﻴْﻖِ ﻟِﻤَﺎﺗُﺤِﺐُّ ﻭَﺗَﺮْﺿَﻰ ﺭَﺑُّﻨَﺎ ﻭَﺭَﺑُّﻚَ ﺍﻟﻠﻪُ
.
.
“Izinkan diri ini untuk memohon maaf “ ? .
.
Atas segala kesalahan baik yang disengaja ataupun tidak disengajakan baik berupa ucapan, sikap ataupun semua perbuatan.
.
Dalam bergaul, bercanda ataupun bekerja. Agar lebih tenang & lebih khusyuk dalam menjalani segala ibadah di Bulan Ramadhan ini.
Begitupun diri ini yang telah memaafkan segala salah & silap semua teman, sahabat & juga saudaraku muslimin & muslimat. Dan kita saling mendoakan semoga Bulan Ramadhan ini terindah dari sebelumnya.
.
Semoga Allah swt melimpahkan segala pahala, keberkatan serta rezeki di Bulan Ramadhan ini. Dan Allah swt juga memberikan umur panjang serta kesihatan diri & keluarga kita semua. Agar kita semua dapat mengisinya dengan kesempurnaan ibadah kita di Bulan Ramadhan ini sampai selesai.
.
Selamat mempersiapkan diri untuk beribadah di Bulan Ramadhan yang sebentar lagi akan datang ?
Kita persembahkan kesabaran, Allah swt yang balas dengan pahala kesempurnaan.
Amin Ya Rabbal Alamin.” ?
8. Datin Anne Ngasri @annengasricom
“Salam Ramadhan buat semua Umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini jadikan kita umat yang terbaik. Amin insyaallah.
Pesanan Jibril a.s. kpd Nabi S.A.W tika hadir Ramadhan., jangan lupa bermohon maaf dengan 3 golongan :
1. Maaf kpd kedua ibubapa
2. Maaf sesama suami isteri
3. Maaf kpd keluarga, sahabat dan mereka disekeliling kita.
Ampun maaf salah dan khilaf. Salam Ramadhan al-Kareem.”
9. Datin Vivy Yusof @vivyyusof
“Ramadhan is so that we can feel how the less fortunate feel so I try not to cut back on things. I don’t suddenly sleep more, work less or carry lighter boxes just because it’s Ramadhan. Test your limits, work hard, pray hard and appreciate it all.” – @fadzaanuar at our townhall today. This made me realise how strong us Muslims are – hot, hungry, thirsty, and not allowed to complain about it otherwise our fasting pahala just disappears. I love how it’s trying to show us Muslims that we CAN do anything, and after Ramadhan we always look back and think wow how did I survive that? Islam tests our limits, teaches us discipline, shows us how lucky we are to have food and water, in hopes that we come out better, stronger and more wholesome human beings. Have a blessed Ramadhan today, everyone and may any tests this month be easy for you to face. Ampun our dosa, from myself, my family, my best friends and my teams.” ??❤️
Bertemu keluarga mertua, atau bagi anda yang bakal ke fasa perkahwinan, sudah tentunya menimbulkan rasa gusar di hati.
Hati berbisik, bagaimana kalau mereka tak menyukai diri kita? Rasa takut-takut ini sebenarnya boleh dihindari kalau anda patuhi cara ini. Ayuh semak senarainya.
(1) Tanya pasangan, keluarganya TAK SUKA topik apa?
Setiap keluarga tentu ada hal-hal tertentu yang sukar mereka bertoleransi. Fahaman politik? Bangun lewat? Rokok? Kalau anda tahu hal-hal yang mereka benci, mungkin hubungan akan menjadi lebih rapat.
(2) Tunjukkan wajah gembira bila berjumpa
Ini adalah kesempatan untuk mengenali pasangan anda dan keluarganya. Maka, tunjukkan rasa gembira itu terhadap kesempatan yang diberikan. Hargai setiap perbuatan baik, beri senyuman dan tampil serapi mungkin.
(3) Bersikap cool dan natural
Perjumpaan ini bukan satu pertandingan ya. Tunjukkan diri anda yang sebenar, bersikap natural dan bertenang. Bukan bererti anda harus memaksa diri untuk senyum terus-terusan. Walau bagaimanapun, janganlah pamerkan perangai tak elok seperti sendawa dengan kuat, pakai baju yang terdedah atau merendah-rendahkan peranan suri rumah.
(4) Biarkan ibu bapanya yang tentukan topik perbualan
Bila berbual, biarkan mereka yang mulakan sesuatu topik. Tapi jangan cuma menjawab ‘ya’ atau ‘tidak’ saja. Bersikap terbuka, tanya semula soalan pada mereka untuk menunjukkan anda juga tertarik mendengar pandangan mereka. Tanya dengan sopan dan hindari topik yang terlalu peribadi.
(5) Berpakaian sesuai
Untuk wanita, pakai top yang berlengan, elakkan perhiasan sarat dan lutut tertutup. Tak perlu berkasut tumit tinggi supaya tak nampak terlalu beriya-iya.
Untuk lelaki, kenakan polo t-shirt dan bukannya t-shirt bersama seluar jean kemas. Pakai kasut dan bukannya sandal, serta pakai jam tangan.
(6) Sopan dengan orang-orang di sekitar anda
Be polite. Always. To everyone. Kalau anda dan keluarganya bertemu di restoran, pastikan anda beradab pada pelayan yang menyambut dan melayan kalian.
Kalau anda ke rumahnya, pastikan sopan ke pembantu mereka. Jangan tunjukkan keramahan yang palsu.
(7) Bersopan juga di media sosial
Yakin keluarga mertua anda tidak pernah ‘stalking’ profile anda di Facebook, Twitter atau Instagram? Fikir semula. 3-4 kali.
Tiada siapa yang akan mengakui ‘aktiviti penyelidikan’ ini, tapi bukan bererti mereka tidak pernah melakukannya.
Jadi bersopanlah juga di media sosial. Jangan sampai tingkah laku yang sopan di kehidupan nyata jadi sebaliknya dengan apa yang diketik oleh jari-jemari di sana.
(8) Jangan pamer kemesraan
Akhir sekali, jangan pernah menunjuk-nunjukkan betapa ‘loving-nya’ anda berdua di depan keluarga mertua. Ingat, dunia ini bukan milik anda berdua dan anda harus bisa membuktikannya. Norzalina Mohd Alias
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...