SHAMSIAH YAMAN

Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha dan azam yang tinggi. Pernah ditohmah dan difitnah serta harta-benda dicuri, namun perkara itu sedikit pun tidak mematahkan semangat anak kelahiran Sematan, Sarawak ini untuk terus maju dalam perniagaan.

IKLAN

Masih bertatih dalam dunia perniagaan, Shamsiah Yaman atau mesra disapa Shasha yang berusia 34 tahun cekal menghadapi ujian mendatang. Merupakan anak ketiga daripada enam beradik, Shasha juga satu-satunya anak yang berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Diploma Pengurusan Pelancongan. Berbekalkan rezeki hasil berniaga, Shasha berpeluang membeli beberapa ternakan ayam dan itik untuk ibu di kampung.

“Alhamdulillah, sebelum Covid-19 saya dapat belikan ibu beberapa ekor ayam dan itik untuk diternak dan bekerja di kampung. Ayah dah lama meninggal dunia akibat nahas jalan raya jadi kami kami adik-beradik yang menyara ibu sekarang. Adik-beradik saya ada enam orang semuanya dan mereka berjaya habiskan persekolahan sampai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Cuma saya saja yang melanjutkan pelajaran sampai Tingkatan 6 dan ke peringkat Diploma selama tiga tahun di Institusi Pengajian Antarabangsa ICATS Sarawak.

Merantau Cari Peluang Niaga, SHASHA Berdikari Usahakan Mini Spa & Wangian Untuk Sara Ibu Di Kampung!
Shasha founder Shaluxury Beauty
Merantau Cari Peluang Niaga, SHASHA Berdikari Usahakan Mini Spa & Wangian Untuk Sara Ibu Di Kampung!
Shasha di samping ibu & adik-beradik

Merantau Cari Peluang Niaga, SHASHA Berdikari Usahakan Mini Spa & Wangian Untuk Sara Ibu Di Kampung! Merantau Cari Peluang Niaga, SHASHA Berdikari Usahakan Mini Spa & Wangian Untuk Sara Ibu Di Kampung!

Pada mulanya saya seorang kontraktor G1 dalam bidang perkhidmatan masakan Islam sejak tahun 2014. Semuanya berjalan seperti biasa sehinggalah ketika pengumuman lockdown Covid-19 yang pertama dulu, semua barang dan perkakasan jualan saya habis dicuri. Saya terpaksa tanggung kerugian hampir RM4 ribu. Setiap masa saya menangis kerana situasi sukar waktu itu dan buntu cari modal niaga.

Di atas tikar sejadah tempat saya mengadu kepada Yang Maha Esa dan mendapat kekuatan untuk terus berjuang demi diri serta keluarga. Kebetulan masa itu, saya nampak iklan Richwork yang mahu membantu pengusaha kecil untuk berjaya. Alhamdulillah, Allah SWT bagi jalan.”

Dari kerjaya kontraktor, Shasha mengambil langkah berani untuk bergelar usahawan kecantikan. Mei lalu, dia menggunakan simpanan yang ada untuk menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan. Ujar Shasha, produk keluarannya cukup istimewa kerana menggunakan herba berkualiti tinggi.

Merantau Cari Peluang Niaga, SHASHA Berdikari Usahakan Mini Spa & Wangian Untuk Sara Ibu Di Kampung! Merantau Cari Peluang Niaga, SHASHA Berdikari Usahakan Mini Spa & Wangian Untuk Sara Ibu Di Kampung! Merantau Cari Peluang Niaga, SHASHA Berdikari Usahakan Mini Spa & Wangian Untuk Sara Ibu Di Kampung! Merantau Cari Peluang Niaga, SHASHA Berdikari Usahakan Mini Spa & Wangian Untuk Sara Ibu Di Kampung! Merantau Cari Peluang Niaga, SHASHA Berdikari Usahakan Mini Spa & Wangian Untuk Sara Ibu Di Kampung!

IKLAN

“Saya mula berjinak-jinak dengan bisnes kecantikan dan kesihatan sekitar bulan Ogos tahun lalu. Waktu itu saya buat mini spa. Tapi disebabkan lockdown, spa tak boleh beroperasi. Dari situ saya terdetik untuk menghasilkan wangian keluaran sendiri pada pertengahan Mei lepas. Saya diberi rezeki untuk simpan kewangan untuk beralih ke kecantikan dan kesihatan dengan menggunakan herba berkualiti tinggi.

Alhamdulillah, walau perjalananya perit dan ujian yang melanda, semangat untuk berjuang tetap menebal. Melalui bisnes ini, saya membuka peluang kepada sesiapa saja yang mahu menjana pendapatan tanpa modal. Sebab saya tahu di luar sana ramai yang kehilangan pendapatan. Produk terbaharu saya ialah wangian Syifa bagi menyambung perniagaan mini spa untuk Mandian Aura Seri Pengantin,” telus pengasas Shaluxury Beauty ini.

Tambah Shasha lagi, “Istimewanya produk ini ialah dia dapat bantu kesihatan dan kecantikan diri dengan menggunakan herba seperti kunyit, lengkuas dan serai serta telah diolah untuk dijadikan terapi. Ia juga mampu memberi ketenangan minda. Wangian Syifa terdapat dalam dua jenis iaitu untuk lelaki dan wanita.”

IKLAN

Merantau Cari Peluang Niaga, SHASHA Berdikari Usahakan Mini Spa & Wangian Untuk Sara Ibu Di Kampung! Merantau Cari Peluang Niaga, SHASHA Berdikari Usahakan Mini Spa & Wangian Untuk Sara Ibu Di Kampung! Merantau Cari Peluang Niaga, SHASHA Berdikari Usahakan Mini Spa & Wangian Untuk Sara Ibu Di Kampung!

Terdetik untuk berniaga kerana percaya 9 daripada 10 punca rezeki datang daripada perniagaan, Shasha yang berasal dari keluarga susah ini mengakui terinspirasi dengan peribadi usahawan ternama, Tan Sri Syed Mokhtar yang tidak asing lagi dalam aktiviti kebajikan. Malah katanya, dia mahu perniagaan yang diusahakan memberi manfaat kepada masyarakat selain membantu mereka menjana pendapatan.

September 2017 menjadi detik yang tidak dapat dilupakan wanita ini apabila dia diuji dengan kemalangan jalan raya. “Akibat kemalangan tersebut saya mengalami hilang daya ingatan selama lima bulan. Waktu itu saya tiada satu sen pun dan ketika itu juga saya kenal siapa kawan dan lawan. Orang yang selalu ada bersama saya dulu, tinggalkan saya ketika saya dalam keadaan susah. Memang luluh fikirkan kejadian itu tapi hanya doa sebagai kekuatan.

Sepanjang jadi usahawan, sudah bermacam-macam saya hadapi. Antaranya kereta rosak dan tak dapat berniaga, kadang-kadang ada sale dan ada ketika pula jualan tak dapat langsung. Apa-apa pun saya bersyukur dengan rezeki Allah kerana saya percaya setiap kesusahan pasti ada kesenangan pada kemudian hari,” akhirinya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI