Berdasarkan statistik MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, peratusan sebanyak 25 ke 85% wanita yang baru bersalin berisiko tinggi mengalami gangguan emosi. Angin meroyan lazimnya akan berlaku pada beberapa hari selepas bersalin dan memuncak pada hari kelima.

Ads

Tempoh berpantang selepas bersalin merupakan detik yang amat penting bagi setiap wanita yang baru melahirkan zuriat. Perubahan bentuk tubuh, rutin harian dan tugas di pejabat boleh menyebabkan para ibu menjadi tidak keruan sehingga ada yang menderita akibat tekanan emosi seumur hidup.

Wanita yang mengalami masalah postnatal depression atau meroyan ini sering kali akan menghadapi masalah sukar untuk tidur dan cepat penat. Mereka bukan sahaja berasa rendah diri dan mudah berasa marah malah ramai di antara wanita yang mengalami angin meroyan tidak menyedari ia adalah satu penyakit.

Punca-Punca

Faktor yang paling jelas mengaitkan penyakit ini dengan keadaan ibu baru bersalin adalah disebabkan perubahan hormon. Meskipun begitu, terdapat beberapa punca-punca lain yang menyebabkan ibu baru bersalin dilanda kemurungan.

Antaranya berasa kecewa terhadap anak yang dilahirkan seperti tidak sempurna, bukan jantina yang diinginkan, bimbang tidak dapat menyusukan bayi dan berasa tertekan kerana kehadiran bayi yang memerlukan si ibu sentiasa berjaga pada waktu malam.

Berikut adalah beberapa simptom meroyan yang sering dikaitkan dengan ibu bersalin.

  1. Tidak boleh tidur malam
  2. Sedih yang keterlaluan
  3. Sering berasa gelisah
  4. Hilang selera makan
  5. Emosi mudah terganggu
  6. Sentiasa berasa bersalah dan menyalahi diri sendiri
  7. Hilang pertimbangan
  8. Rasa benci terhadap bayi yang dilahirkan
  9. Cubaan mencederakan diri atau bunuh diri

Alternatif Rawatan

Buat bakal ibu, persediaan paling penting sebelum menimang cahaya mata terletak pada kekuatan emosi dan mental anda. Tingkatkan pengetahuan tentang perawatan bayi, kesihatan diri sebelum dan selepas melahirkan di samping bersedia menerima sebarang kemungkinan yang akan berlaku kelak.

Ads

Tidak dinafikan wanita yang mengalami tekanan ini juga boleh dipulihkan melalui sesi kaunseling bersama ahli keluarga termasuk suami, ibu mahupun adik-beradik yang lain. Selain itu, para ibu turut disaran agar mendekatkan diri dengan Allah agar terhindar daripada situasi yang tidak diingini.

Ibu yang baru bersalin juga harus belajar untuk merawat diri mereka dengan mempraktikkan cara tidur, dandanan rambut dan amalan kesihatan sepanjang berpantang.

Meroyan, Gejala Yang Sering Dialami Ibu Lepas Bersalin. Bukan Sebab Penat Saja, Ini Faktor Lain Anda PERLU TAHU

Ads

(a) Posisi tidur selepas bersalin

  • Digalakkan tidur dengan bantal tinggi supaya darah kotor tidak naik ke kepala hingga boleh menyebabkan sakit kepala
  • Kaki rapat dan lurus agar peranakan cepat pulih dan luka bersalin cepat sembuh

(b) Pakaian selepas bersalin

  • Pakai baju yang bersesuaian dan berlengan panjang supaya angin sejuk tidak masuk ke tulang
  • Berstokin agar kaki sentiasa panas dan mengelak angin masuk ke badan

(c) Menjaga penampilan diri

Meroyan, Gejala Yang Sering Dialami Ibu Lepas Bersalin. Bukan Sebab Penat Saja, Ini Faktor Lain Anda PERLU TAHU

  • Rambut diikat ketat dan tinggi supaya angin meroyan tidak naik ke kepala.
  • Memakai pilis di dahi yang diperbuat daripada kulit kayu manis untuk mencegah angin naik ke kepala dan rabun mata.
  • Berbarut selama tiga ke empat hari selepas melahirkan kerana dipercayai dapat mengembalikan bentuk tubuh.
  • Bertungku dengan tujuan mengelak perut buncit, aliran darah yang baik dan mengurangkan kesakitan bersalin.
  • Berbengkung untuk menguatkan perut yang longgar setelah melahirkan, mengempiskan perut dan peranakan tidak turun ke bawah. Suziana Abu Daud
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI