Dengan bertambahnya usia, ulang tahun kelahiran bukan lagi saat untuk bergembira seperti ketika kita masih di zaman kanak-kanak mahupun remaja. Kita seharusnya sedar dengan setiap perubahan yang berlaku pada tubuh. Dengan mengenali perubahan-perubahan itu ia akan membuatkan kita lebih menyayangi tubuh kita sendiri.

USIA 30-AN

IKLAN

Secara semulajadi, hormon mulai berkurang pada usia 30-an. Kadar metabolisma menurun 4-5% setiap tahun. Berat badan pula kian bertambah meskipun seseorang itu rajin bersenam atau menjaga pola pemakanannya sejak usia 20-an.

Lemak biasanya terkumpul di bahagian punggung, paha dan perut. Bagi seorang wanita, selepas melahirkan anak lemak-lemak ini cenderung untuk terkumpul di sekitar perut bahagian bawah selain terjadinya pengurangan massa otot.

Pembentukan sel kulit baru turut berkurangan ketika usia melebihi 35 tahun. Ketika ini munculnya kedutan terutama jika seseorang itu gemar merokok atau kerap bekerja di bawah pancaran matahari tanpa memakai krim pelindung secara teratur.

Pertengahan usia 30-an kaum wanita mudah mencapai puncak orgasme kerana adanya rasa percaya terhadap diri dan pasangan.   

Meski Kulit Dah Kurang Anjal, Tetap Nikmati Peningkatan USIA Dengan Tenang & Gembira! Ini Perubahan Yang Bakal Dirasai

USIA 40-AN

Fasa di mana kaum wanita yang memiliki anak sibuk dengan aktiviti mendidik dan merawat. Metabolisma terus menurun. Tanpa senaman yang teratur tubuh akan kehilangan kira-kira 250 gram massa otot setahun, sementara lemak bertambah tiga kali ganda.

Kulit juga mulai mengering, tidak anjal seterusnya semakin banyak kedutan yang muncul. Daya penglihatan turut menurun.

IKLAN

Meski Kulit Dah Kurang Anjal, Tetap Nikmati Peningkatan USIA Dengan Tenang & Gembira! Ini Perubahan Yang Bakal Dirasai

USIA 50-AN

Bermulanya fasa menopaus bagi kaum wanita. Segelintirnya mengalami gangguan seperti insomnia, mood tidak teratur, hot flush dan mudah lupa. Lemak mudah terkumpul pada bahagian perut, paha, punggung, cuping telinga, pipi dan bagian bawah mata.

Menopaus juga menyebabkan dinding vagina kering dan hilang elastik yang boleh menimbulkan rasa sakit ketika berhubungan intim. Bibir vagina mungkin mengecut sehingga menekan klitoris mengakibatkan kadar sensitiviti organ tersebut menurun.

IKLAN

Meski Kulit Dah Kurang Anjal, Tetap Nikmati Peningkatan USIA Dengan Tenang & Gembira! Ini Perubahan Yang Bakal Dirasai

USIA 60-AN

Wanita yang kekurangan kalsium serta tidak bersenam mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat osteoporosis di mana hilangnya kepadatan tulang. Rambut juga kian menipis. Sel-sel kulit mati pada wajah tidak lagi sekata. Akibatnya, sinaran matahari akan lebih mudah meninggalkan noda hitam pada wajah.

Berat badan pula mungkin akan berkurangan atau tetap kerana metabolisma tubuh menurun serta nafsu makan juga berkurangan. Minat untuk melakukan hubungan intim juga merosot.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI