Ratu Jordan, Rania Al Abdullah dilahirkan pada 31 Ogos 1970 dan merupakan graduan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari American University of Cairo pada tahun 1991 yang
pernah berkhidmat di sektor perbankan dan teknologi sebelum berkahwin dengan anak lelaki sulung Raja Jordan, King Hussein iaitu Putera Abdullah Al Hussein pada 10 Jun 1993. Hasil perkahwinan selama hampir 30 tahun, Queen Rania dan Putera Abdullah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Putera Hussein, Puteri Iman, Puteri Salma dan Putera Hashem.

IKLAN

Sebagai Ratu Diraja Jordan, Queen Rania dikenali di seluruh dunia bukan saja kerana kecantikan yang dimiliki bahkan jiwa penyayang beliau membela nasib golongan kurang
bernasib baik terutamanya kanak-kanak dan wanita di Jordan. Selain itu, beliau juga dilihat sangat komited merapatkan jurang perbezaan kaum dan budaya di peringkat antarabangsa.

Miliki 4 Anak & Berusia 50 Tahun, QUEEN RANIA Antara Personaliti Diraja Tercantik Dunia! Miliki 4 Anak & Berusia 50 Tahun, QUEEN RANIA Antara Personaliti Diraja Tercantik Dunia! Miliki 4 Anak & Berusia 50 Tahun, QUEEN RANIA Antara Personaliti Diraja Tercantik Dunia! Miliki 4 Anak & Berusia 50 Tahun, QUEEN RANIA Antara Personaliti Diraja Tercantik Dunia!

Tumpuan utama Queen Rania adalah pendidikan dan beliau percaya setiap kanak-kanak Jordan sama ada lelaki mahupun perempuan perlu diberikan hak pembelajaran sepenuhnya
mengikut peredaran masa kini. Demi memastikan ia bukan sekadar cakap kosong, Queen Rania mewujudkan pelbagai inisiatif antaranya menerusi Jordan Education Initiative, Queen Rania Teachers Academy, Madrasati (atau bermaksud sekolah) dan Edraak yang bermaksud kesedaran.

Tidak cukup dengan itu, Queen Rania juga terlibat dengan United Nations Foundation dan World Economic Forum serta menjadi individu penting dalam UNICEF dan dilantik UN sebagai Panel Kehormat yang berperanan meningkatkan taraf kehidupan penduduk dunia menjelang tahun 2030.

Miliki 4 Anak & Berusia 50 Tahun, QUEEN RANIA Antara Personaliti Diraja Tercantik Dunia!
Queen Rania bersama keluarga tersayang

Miliki 4 Anak & Berusia 50 Tahun, QUEEN RANIA Antara Personaliti Diraja Tercantik Dunia! Miliki 4 Anak & Berusia 50 Tahun, QUEEN RANIA Antara Personaliti Diraja Tercantik Dunia! Miliki 4 Anak & Berusia 50 Tahun, QUEEN RANIA Antara Personaliti Diraja Tercantik Dunia! Miliki 4 Anak & Berusia 50 Tahun, QUEEN RANIA Antara Personaliti Diraja Tercantik Dunia! Miliki 4 Anak & Berusia 50 Tahun, QUEEN RANIA Antara Personaliti Diraja Tercantik Dunia!

Paling mengagumkan, kerana naluri keibuan yang menebal dalam diri… Queen Rania berpeluang menghasilkan beberapa buku kanak-kanak yang berkisar pengalaman beliau
sewaktu kecil. Antara naskhah istimewa karya Queen Rania adalah The Sandwich Swap, Eternal Beauty, Maha of the Mountains dan The King’s Gift.

Memang terinspirasi dengan semangat dan jiwa besar Ratu Jordan ini. Malah, personaliti Queen Rania turut menjadi perhatian penggemar fesyen lantaran gaya dan cita rasa
menawan yang ditampilkan Queen Rania tatkala berada di khalayak. Tidak keterlaluan jika dikatakan, beliau tidak ubah seperti supermodel yang cantik berjalan di karpet merah. Cukup memukau!

IKLAN
Miliki 4 Anak & Berusia 50 Tahun, QUEEN RANIA Antara Personaliti Diraja Tercantik Dunia!
Di samping isteri Presiden Peranci, Brigitte Macron

Miliki 4 Anak & Berusia 50 Tahun, QUEEN RANIA Antara Personaliti Diraja Tercantik Dunia! Miliki 4 Anak & Berusia 50 Tahun, QUEEN RANIA Antara Personaliti Diraja Tercantik Dunia! Miliki 4 Anak & Berusia 50 Tahun, QUEEN RANIA Antara Personaliti Diraja Tercantik Dunia! Miliki 4 Anak & Berusia 50 Tahun, QUEEN RANIA Antara Personaliti Diraja Tercantik Dunia!

https://www.instagram.com/p/Bx9T6FihoBn/

Disebabkan kecantikan, usaha murni dan peribadi menarik yang dimiliki, Queen Rania turut diberi julukan sebagai antara Personaliti Diraja Tercantik Di Dunia. Sebaris dengan kenamaan diraja terkenal seperti mendiang Lady Diana. Setiap kali muncul bertemu rakyat dan menghadiri majlis rasmi, kelibat Queen Rania pasti mencuri tumpuan. Apa sahaja busana yang dipakai nampak terletak kemas di tubuh langsingnya.

IKLAN

Terbaru, kunjungan makan malam Queen Rania dan King Abdullah bersama Raja dan Permaisuri Norway sekali lagi menarik perhatian dunia. Top satin rona keemasan yang dipadankan bersama skirt labuh biru yang digayakan Queen Rania menyerlahkan sisi elegan beliau.

Miliki 4 Anak & Berusia 50 Tahun, QUEEN RANIA Antara Personaliti Diraja Tercantik Dunia! Miliki 4 Anak & Berusia 50 Tahun, QUEEN RANIA Antara Personaliti Diraja Tercantik Dunia!

Miliki 4 Anak & Berusia 50 Tahun, QUEEN RANIA Antara Personaliti Diraja Tercantik Dunia!

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI