Lebih sedekad mempelopori pasaran kosmetik tempatan dengan tagline ‘Terlajak Laris’, sudah cukup membuktikan produk keluaran Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid ini berkualiti dan diterima masyarakat.

IKLAN

Memulakan perniagaan dari bawah dan terus dinamik menakluki pasaran kosmetik tempatan bukanlah semudah yang disangkakan. Pasangan usahawan popular ini beruntung dapat menghidu peluang yang terbentang dan bergelar jutawan pada usia muda.

Miliki 7 Kediaman Mewah, Suami DS Shahida Mahu Jual Satu Atas Pavillion Berharga RM6 JUTA
Foto: Instagram @shahidadherbs

Membeli aset berupa rumah merupakan pilihan bijak oleh pasangan ini demi merancang masa depan. Baru-baru ini Dato’ Seri Aliff Syukri telah berkongsi di laman media sosialnya untuk menjual salah sebuah kediaman mewahnya yang terletak di atas pusat beli belah Pavillion Kuala Lumpur. Memang cantik sangat kediaman tersebut dengan memiliki 4 bilik dan juga 4 bilik air. Harga yang ditawarkan pula RM6 juta.

Mencungkil rahsia bagaimana Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida perniagaan mereka mampu bertahan sehingga kini, jawab mereka, “Sebenarnya ramai peniaga yang tak mahir buat simpanan. Bila dapat duit, mereka mula berbelanja besar. Bukan tak boleh tapi kena beringat sebab ekonomi sekarang tak menentu. Nasihat saya kalau berbelanja tu ukurlah baju di badan sendiri. Berbelanja ikut kemampuan.

Miliki 7 Kediaman Mewah, Suami DS Shahida Mahu Jual Satu Atas Pavillion Berharga RM6 JUTA
Foto: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris

Kita kena pandai mengatur perniagaan kerana dalam perniagaan online setiap produk akan ada tempoh luputnya, paling lama setahun. Selepas tu produk tersebut akan mati atau hilang jadi kita kena ada perniagaan offline juga, walaupun perniagaan offline nampak macam tak membantu.

IKLAN
Miliki 7 Kediaman Mewah, Suami DS Shahida Mahu Jual Satu Atas Pavillion Berharga RM6 JUTA
Foto: Instagram @shahidadherbs

Kami juga mampu bertahan mungkin sebab produk sudah wujud sebelum musim perniagaan online lagi. Jadi jenama D’herbs Healthy Sdn. Bhd. sudah kukuh. Mungkin kalau saya muncul pada zaman online, saya tak tahu mampu bertahan atau tidak.

Miliki 7 Kediaman Mewah, Suami DS Shahida Mahu Jual Satu Atas Pavillion Berharga RM6 JUTA
Foto: Instagram @shahidadherbs

Saya juga beruntung sebab mempunyai suami yang pandai menyimpan duit. Saya pun banyak belajar menyimpan duit dengan Dato’. Caranya, Dato’ akan sediakan 3 jenis akaun atau tabung khas. Dulu-dulu masa berniaga, beliau akan ada 3 beg duit. 1 untuk rolling, 1 untuk belanja dan 1 lagi untuk simpanan.

IKLAN

Miliki 7 Kediaman Mewah, Suami DS Shahida Mahu Jual Satu Atas Pavillion Berharga RM6 JUTA

Tabung simpanan ini walau apa jadi sekalipun tak boleh disentuh. Bagaimana pula dengan pembahagian simpanan? Apa yang saya lihat suami akan simpan keuntungan lebih banyak di tabung simpanan dan belanja tu sedikit sahaja. Macam saya mula berniaga dulu di pasar tani, Dato’ bagi saya upah RM50 sehari sahaja. Selebihnya untuk rolling dan simpan,” kata Datin Seri Nur Shahida yang kini menerajui perniagaan D’Herbs dan suaminya menerajui AS Legacy Malaysia.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI