Gelaran pensyarah muda yang memiliki PhD (Doktor Falsafah) menjadi status terhebat buat wanita berusia 33 tahun ini sekaligus menjadikan dirinya sebagai figura inspirasi buat seluruh kaum wanita.
Dr Nur Kamilah Yusuf atau lebih mesra disapa sebagai Dr Kim menggalas peranan sebagai pensyarah di jabatan Kejuruteraan Aeronautik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Dr Nur Kamilah Yusuf.
Dr Kim berjaya membuktikan bahawa kemampuan wanita juga setanding kaum lelaki khususnya dalam kerjaya bagi mengemudi tanggungjawab besar sebagai seorang ketua.
LATAR BELAKANG Pada usia yang masih muda Dr Kim berjaya menggenggam PhD serta bergelar pensyarah muda dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Beliau kini mengajar subjek Matematik Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Etika Profesional (Pembuatan Pesawat) dan Instrumen Pesawat.
Figura inspirasi wanita muda.
Dr Kim dilahirkan sebagai anak kepada pasangan pendidik iaitu bapanya, Yusuf Md Sheh serta ibu, Salbiah Mostam. Beliau dibesarkan dalam suasana persekitaran yang penuh dengan ilmu. Beberapa tahun lalu, Dr Kim menerima penganugerahan Doktor Falsafah Kejuruteraan Mekanikal daripada UTHM.
Dr Nur Kamilah bersama suami tersayang.
Bukan calang-calang jurusan yang diceburi iaitu kejuruteraan serta sektor penerbangan dan aeronautik membuktikan kemampuan Dr Kim sebagai seorang superwoman. Dr Kim berjaya membuktikan kemampuannya memecahkan monopoli kaum lelaki dalam bidang kejuruteraan.
Ads
Sehingga tahun 2018 Dr Kim merupakan pensyarah termuda yang memiliki PhD di UTHM. Beliau juga merupakan tenaga pengajar yang diiktiraf oleh Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) bagi sekolah penerbangan, Asia Aeronautical Training Academy.
Ads
Lebih membanggakan lagi, Dr Kim turut mencipta rekod apabila berjaya membawa pasukan UTHM Everest Golden Quarter merealisasikan misi mengibar bendera di Kem Dasar Tertinggi Everest 3 tahun lalu sempena Hari Malaysia dan ulangtahun UTHM ke-25. Sekaligus berjaya mencatat nama UTHM dalam Malaysia Book of Records dengan rekod Highest Altitude Lectures.
Dr Kim juga merupakan pemenang tunggal Malaysia bagi Grand Prize Award dalam Seoul International Innovation Festival.
Ads
Ibu bapa yang menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan Dr Nur Kamilah selama ini.
Ketika saya mengambil jurusan kejuruteraan, ramai yang menjangkakan saya tidak mampu melakukannya kerana ia agak lasak. Namun bagi saya jika ada kesungguhan dan restu ibu bapa pasti segalanya dipermudahkan,” ungkap Dr Kim yang merupakan isteri kepada seorang juruterbang, Munzir Muaaz.
CABARAN “Seperti yang kita tahu, cabaran bekerja di dalam bidang kejuruteraan ialah apabila kerjaya ini dimonopoli oleh kaum lelaki. Untuk bertahan di dalam bidang ini seseorang wanita itu haruslah bersedia dari segi fizikal dan juga mental. Saya bersyukur kerana ibu dan bapa menjadi pendorong serta tulang belakang yang paling kuat sejak kecil.
Pasangan bahagia.
Terbanglah setinggi mana yang dimahukan tetapi usah lupa untuk selalu tunduk ke bawah,” kongski Dr Kim yang turut aktif dalam aktiviti lasak seperti mendaki gunung.
RUTIN & GAYA HIDUP “Setiap hari saya akan bangun dengan secawan kopi dan merangka to-do-list bagi hari tersebut. Ini bagi memastikan segala tugasan dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Aktiviti di gim, joging dan hiking dilakukan empat kali seminggu. Inilah sebenarnya masa untuk diri saya atau me time,” jelas Dr Kim.
Me time bersama.
HARAPAN “Saya tidak akan berhenti dalam menuntut ilmu dan berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi. Tiada istilah berhenti menuntut ilmu dalam kamus hidup saya.”
Kredit Foto: Instagram @nurkamilahyusuf
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermula dengan mengusahakan perniagaan hijab dan muslimah Citraida kira-kira enam tahun lalu, kini Khairul Noormaaidah Zali atau lebih mesra disapa Aida mampu tersenyum bangga selepas kerja kerasnya selama ini membuahkan hasil hingga berjaya membuka tiga bisnes sendiri.
Berusia 34 tahun, kejayaan yang dikecapi Aida hari ini sudah pasti ia satu pencapaian membanggakan apatah lagi dengan statusnya sebagai isteri dan ibu kepada dua anak. Bukan senang hendak membahagikan masa di antara keluarga dan kerjaya tapi Aida membuktikan semuanya tidak mustahil untuk digapai.
Aida yang merupakan bekas juara Gadis Melayu 2009 sebelum ini pernah menghiasi dunia penyiaran negara. Sebagai pemegang Ijazah Sarjana Komunikasi dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan gelaran juara Gadis Melayu musim pertama, Aida menggunakan peluang tersebut untuk menjadi pengacara TV.
Antara program yang dihoskan termasuk Apa Ke Halnya, Madinah Ya Rasulullah, Akademi Al-Quran, Nasi Lemak Kopi O dan banyak lagi.
Pun begitu, dia terpaksa memperlahankan kerjaya penyiaran selepas mendirikan rumah tangga bersama personaliti berita TV3, Mohd Saiful Nizam Ismail pada 4 Jun 2010. Seterusnya menjaga anak sulungnya, Aida Eirdeena yang kini berusia lapan tahun kerana mengalami masalah jantung kongenital sejak dilahirkan. Anak keduanya pula iaitu Saif Eirham berumur enam tahun.
Di samping suami tercinta
Selepas melihat keadaan anak beransur baik, Aida kembali mengacara dalam program Nasi Lemak Kopi O namun mengambil keputusan untuk berniaga secara atas talian pada tahun 2014 menerusi perniagaan tudung, Citraida.
Tidak hanya menguruskan empayar muslimah berkenaan, anak ketiga daripada sembilan beradik ini turut membuka sebuah kafe makanan ala Jepun dikenali Succi Sushi yang menyediakan pelbagai pilihan sushi halal memandangkan dia ialah penggemar sushi.
https://www.instagram.com/p/CDpdviMAUgO/
Dalam kesibukan menjadi pengusaha fesyen dan kafe, Aida terus mengembangkan sayap sebagai usahawan dengan menceburi perniagaan berasaskan kosmetik. Menamakan legasi baharu ini ‘CaMour’, produk kosmetik sulung yang dihasilkan Aida ialah lipmatte. Memang kagum dengan kegigihan Aida untuk berjaya.
Semoga segala impian Aida dimakbulkan dan menjadi sumber inspirasi buat seluruh wanita.
Kredit foto: Instagram Aida Citra
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Puan Sri Nisa Bakri bukan calang-calang wanita. Kejayaan yang diraih beliau bukan hanya dalam industri kulinari tempatan malah diiktiraf hingga ke peringkat antarabangsa.
Jika sebelum ini beliau pernah membawa masakan warisan Malaysia ke Kota London, terbaharu Puan Sri Nisa dipilih menjadi juri bagi program masakan bertaraf dunia!
Berkongsi khabar gembira itu di media sosial, pemilik nama Puan Sri Shariffa Nisa Syed Hamid pada Mac lepas terpilih sebagai juri bagi kira-kira 500 cef dari 20 negara dalam Malaysia Culinary World Cup 2023.
Ia sekaligus melakar sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya wanita tempatan dipilih sebagai juri acara berprestij itu.
Kredit Instagram @nisabakriofficial_Kredit Instagram @nisabakriofficial_Kredit Instagram @nisabakriofficial_
Dari sekadar hobi suka memasak, lama-kelamaan isteri Tan Sri Mohd Bakri Zinin ini memilih dunia kulinari sebagai kerjaya walau memiliki kelulusan bidang ekonomi dan kewangan.
Ujarnya kepada Nona ketika menerima Nona VIP Award, “Memasak ini memang hobi saya dan dari hobi itu ia kemudian berputik menjadi passion. Sejak suami bersara, saya banyak menghabiskan masa dengan memasak di rumah.
Sepanjang aktif memasak ini juga saya akhirnya berjaya keluarkan buku masakan dan ada program masakan sendiri.
Tak sangka dari hobi, ia makin menjadi-jadi. Ingat hendak berehat dah, tapi Tan Sri faham minat saya dalam dunia masakan dan mahu saya teruskan minat ini,” telus Puan Sri Nisa yang merupakan penulis buku masakan, I Am Not A Chef.
Kredit Instagram @nisabakriofficial_Kredit Instagram @nisabakriofficial_Kredit Instagram @nisabakriofficial_
Selaku pengasas Nisa Bakri Gourmet, Ramadan pastinya menjadi waktu yang sibuk buat dirinya kerana tidak menang tengan menerima tempahan pelanggan yang ingin melakukan infaq pada bulan mulia.
“Alhamdulillah.. Selesai masakan untuk anak-anak syurga dan frontliners. Terima kasih kepada penyumbang yang dihargai dari Nisa Bakri Gourmet.
Rezeki datang dalam pelbagai cara. Tak semestinya dengan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda sahaja dianggap rezeki.Ditemukan dengan client yang hebat dan baik juga adalah satu rezeki yang besar.
Perniagaan adalah salah satu cabang untuk kita mengenali antara satu sama lain dan mengeratkan ukhwah di antara manusia di atas muka bumi Allah ini.Terima kasih semua di atas sokongan anda.”
Kredit Instagram @nisabakriofficial_Kredit Instagram @nisabakriofficial_Kredit Instagram @nisabakriofficial_
Terinspirasi dengan gaya hidup Puan Sri Nisa. Meskipun sibuk mengurus keluarga, cucu dan anak, tetap komited dengan bisnes yang diusahakan. Moga kejayaan beliau menjadi sumber inspirasi kepada lebih ramai wanita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bekas model yang juga pelakon terkenal era 90an, Norazah Aziz kini menetap di Montreal, Kanada bersama suaminya, Daud Leroy serta tiga anak lelaki. Sebelum ini mereka sekeluarga pernah menetap di Perancis dan London.
Wajah terkini bekas model dan pelakon terkenal Malaysia, Azah Aziz dalam usia lewat 40an. Gorgeous!Bersama suami dan anak-anak terunanya yang kacak.Pasangan bahagia dan romantik.
NONA meninjau akaun Instagram pelakon yang mesra disapa sebagai Azah ini bagi melihat bagaimana sambutan hari rayanya sekeluarga setelah lebih 20 tahun berada di perantauan. Nampak sangat meriah mereka meraikannya bersama rakan-rakan dari Malaysia.
Azah turut memuat naik satu video pendek di Instagram bagi menitipkan ucapan raya khas buat para peminatnya.
“Ucapan Selamat Hari Raya from my boys, Aaron, Ryan n Justin.Tahun ni takde baju melayu semua dah tak muat and 1st raya Justin sekolah, yang lagi 2 busy, hubby pun busy kerja, so sebab tu takde gambar raya tahun ni, nanti kita buat open house will try to get everyone together for Raya pictures.
Tiga anak terunanya iaitu Aaron, Ryan dan Justin turut memberikan salam serta ucapan ringkas.
“Hahh, sorang cakap Selamat hari raya, sorang cakap assalamualaikum lakk, ok takpe Sambut jangan tak sambut k” tulisnya.
NONA juga kagum dengan ibu anak tiga ini, meski umurnya sudah mencecah lewat 40an dan anak-anak pun dah meningkat remaja tetapi tetap nampak awet muda. Tak berubah macam dulu, anggun dan gorgeous! Badan pun kekal langsing. Pandai Azah menjaga bentuk badannya sebagai seorang bekas model terkenal Malaysia.
Azah turut memaklumkan dia bersama keluarga akan berpindah ke Singapura pada tahun hadapan. Menurut Azah lagi, meskipun hampir 25 tahun tidak aktif dalam dunia lakonan, dia masih menerima tawaran berlakon di Malaysia dan Singapura.
Ini membuktikan dirinya masih diingati peminat dan ramai yang merinduinya untuk ‘comeback’. Semoga Azah kekal bahagia di samping suami dan anak-anak tersayang.
Kredit Foto: Instagram Norazah Aziz
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!