Tabiat menakut-nakutkan selalu jadi jalan mudah untuk mak ayah ‘menguasai’ perangai anak. Kecil-kecil lagi dah tanam ketakutan, contohnya dalam gelap ada momok atau lebih dahsyat lagi kalau guna teknik marah, ugut, kurung atau maki hamun untuk tenangkan tantrum.
Sebagai mak mak yang sibuk, kadang tak sengaja kita takutkan mereka. Walaupun berkesan pada masa itu, tapi efek jangka panjangnya amat buruk. Bayangkan kalau anak dibesarkan dalam emosi ketakutan, dan emosi tu berlarutan sampai usianya cecah 4 tahun, tak mustahil sikap tu kekal sampai dewasa!
Nona tertarik dengan sharing Yana Samsudin yang juga ibu kepada si comel Aisy Mateen. Dalam post Yana sewaktu kunjungan keluarganya ke Sarawak, ibu muda ini sempat membawa Mateen masuk ke dalam sungai.
Fresh water….
.
Mateen setakat ni menunjukan minat yang tinggi terhadap alam semulajadi… haiwan, air, gunung awan… nampak air je dari jauh dah jerit Water!!! Air!!! Fish!!!
Tapi bila suruh berendam sorang sorang dia takut… hahaha. Kalau swimming pool baru baru ni dia berani sikit mungkin sebab air tu jernih. Adalah dia berangan nak terapung kat pool dalam.
Ads
.
Satu je nak pesan budak budak ni sebenarnya jangan kenalkan dengan perkataan ‘takut’. Kadang kadang mak ayah tak sebut langsung depan anak sanggup eja, tapi orang sekeliling kita suka sebut perkataan takut, suka takut kan budak, takut hantu lah, takut lemas lah, takut itu takut ini apa sahaja perkataan negatif lah. Lama lama budak budak jadi takut tapi tak tahu takut apebendaaaa…. hadoiiiii.
.
.
So berbalik dengan mateen, nak biasakan diri dia kena lah warm up dulu.. basuh kan muka dia dulu, bagi dia pegang air dan celup sikit lepas tu lama lama dia ok. Dia pun dah mula tengok orang terjun terjun lama lama dia pun seronok lupa dah perasaan takut huhuhu. Tapi perasaan takut tu masih ada… hahaha normal lah.
Ads
.
Ni namanya takut takut mau…
.
Siapa yang kat sini sama dengan saya, tak nak sebut perkataan takut tu depan anak? Sanggup eja? Apa pendapat korang pulak? #mateendanmommy #tipsbolehgunapakai
Ads
Haaaa… sanggup tau Yana eja perkataan takut supaya Mateen tak dengar. Bagusnya! Macam itulah minda first class parent sebenarnya.
Nak jadi seorang mak yang tenang bukan senang. Semua wanita pun, bila dah berkeluarga mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Tapi alangkah sedih kalau anak itu membesar jadi seorang yang penakut, sampai kadang-kadang terdetik di hati…
Siapa yang ajar anak jadi penakut?
Kita sendirilah! Anak-anak zaman sekarang jadi semakin lemah dan penakut sebab sikap mak ayahnya yang terlalu perfectionist. Serba-serbi tak boleh, serba-serbi dilarang, malah dimomokkan lagi sampai ada yang takut gelap, takut berenang, takut cicak, takut serangga dan macam-macam lagi.
Nona suka nasihat pakar motivasi terkenal, Ibu Rose, tentang isu ini. Mak ayah mesti belajar cara menjadikan anak-anak sebagai VVIP dan kuasai teknik first class parent. Tujuannya bukan memanjakan anak, tapi mendidik dan mengasuh dengan tenang serta berkesan dalam membentuk generasi yang lebih berkualiti tinggi.
Macam Yana Samsudin, cara tu memang diakui sebagai approach terbaik dalam memberi pendedahan tentang alam tanpa menakut-nakutkan si manja. Mana mak ayah yang suka takut-takutkan anak tu, bolehlah berubah cepat-cepat ya!
Sumber: Instagram @yanasamsudin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila sebut saja nama pelakon terkenal Bollywood ini, sudah pasti terbayangkan lakonan mantapnya dalam filem Mann bergandingan dengan pelakon, Amir Khan. Filem ini juga terkenal apabila Manisha Koirala tampil berani berlakon dengan gaya solekan yang minimalis membawa watak Priya Verma.
Foto: Instagram @m_koiralaFoto: Instagram @m_koirala, kredit @amitashar
Manisha Koirala mula terkenal selepas bergandingan dengan pelakon hebat Bollywood Dato’ Shah Rukh Khan dalam filem Dil Se pada tahun 1998. Seterusnya namanya meniti di bibir peminat filem Bollywood seperti Akele Hum Akele Tum.
Foto: indiatoday.inFoto: Instagram @m_koirala
Namun siapa sangka, sekitar tahun 2012 wanita cantik ini telah diduga apabila disahkan mengidap kanser ovari. Kisah hidup wanita yang berusia 50 tahun ini tidak terhenti begitu saja apabila terus positif menjalani rawatan kansernya.
Foto: Instagram @m_koiralaFoto: Instagram @m_koirala, kredit @manekmansi
Pelakon wanita yang berasal dari Nepal ini telah mendapatkan rawatan untuk membunuh sel kanser dalam tubuhnya di Memorial Sloan Kettering Cancer Centre di Amerika Syarikat.
Pada bulan Mei 2013, Manisha telah mengumumkan bahawa doktor telah mengesahkan dirinya bebas kanser dan bergelar cancer survivor. Manisha juga telah mencatatkan perjalanan hidupnya sepanjang mendapatkan rawatan kanser dalam sebuah buku yang bertajuk, Healed: How Cancer Gave Me A New Life.
Salah satu perkongsian Manisha dalam bukunya ini, “…the cancer had spread like a bowl of Rice Krispies all over the organs,”. Namun kini Manisha lebih positif menjalani kehidupan dengan menghindarkan diri dengan stres dan mengamalkan pola pemakanan yang sihat. “Jika saya rasa terlalu penat, saya akan tidur sekejap atau ambil makanan yang sihat. Paling tidak pun saya akan memanjakan diri di spa.
Foto: Instagram @m_koirala, kredit @khushghulatiFoto: Instagram @m_koirala, kredit @amitashar
Pada tahun lalu Manisha telah kembali ke dunia seni menerusi filem Sanju. Wanita cantik ini juga kelihatan sering berkongsi pengalaman hidupnya sebagai penceramah atau cancer survivor.
Baru-baru ini pelakon cantik ini telah muncul dalam filem terbitan netflix yang bertajuk Maska. Tampil dengan lakonan mantap dan tetap cantik macam dulu-dulu.
Ibu mana yang tidak gembira apabila anak yang dikandung, dididik dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang akhirnya berjaya dalam apa yang diimpikan.
Baru-baru ini bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkongsi hantaran di Facebook dan Instagram miliknya di mana anak sulungnya, Izmir Mohamad Salleh berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Undang-Undang dari Universiti Malaya. Lebih membanggakan, ia merupakan ijazah kedua bagi anaknya itu.
“Syukur alhamdulilah impian untuk menjadi peguam menjadi kenyataan untuk Izmir, anak sulung kami. Ijazah kedua untuk Izmir. Yang pertama dari Amerika Syarikat. Yang kedua dari tanah air sendiri.”
Menurut TS Shahrizat, beliau juga merasa bangga kerana Izmir menerima ijazahnya itu dari fakulti sama yang beliau sendiri pernah dianugerahkan Ijazah Sarjana Undang-Undang suatu ketika dulu.
“Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, fakulti yang saya sendiri mendapat Ijazah Sarjana Undang-Undang.”
TS Shahrizat turut mendedahkan, selama empat tahun Izmir memberi tumpuannya terhadap pengajian dan pada masa yang sama dia juga bekerja.
“4 tahun Izmir belajar sambil bekerja. Dapat graduate Bachelor of Jurisprudence.”
Kehadiran TS Shahrizat bukan sekadar untuk menyaksikan kejayaan Izmir pada majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya bahkan beliau hadir selaku Presiden persatuan alumni universiti tersebut.
“Saya hadir selaku Presiden Persatuan Alumni Rumpun Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya.”
“Rasa teruja bila dapat menyaksikan Izmir menerima Ijazah, nak jadi peguam macam saya. Sheera isterinya dan Izzana adik perempuan dapat hadir. Syukur alhamdulilah.”
Tan Sri Shahrizat yang juga bekas Ketua Wanita UMNO ini turut meluahkan kesyukuran apabila impian Izmir sejak kecil untuk bergelar seorang peguam bakal menjadi kenyataan.
“I always knew Izmir will someday become a lawyer because from a young he was always interested in the legal profession. The whole family feels so blessed. Thank you Allah SWT!!”
“Tiada had umur untuk mengejar ilmu dan pendidikan jika kita minat. Perlu azam dan komitmen.”
Menjengah di ruangan komen, rata-rata menitipkan doa dan ucapan tahniah.
“Alhamdulillah tahniah Tan Sri sekeluarga di atas kejayaan anakanda.”
“Tahniah Tan Sri! Tahniah Izmir!”
“Congratulations to your son and of course to the proud parents as well.”
“Congratulations Izmir. Well done Shine like your mum one day. God Bless you Tan Seri I’m happy for you and your family.”
“Congratulations.. Doakan untuk kejayaan anak saya juga…Aamin”
Kredit Foto: Facebook Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David lulus peperiksaan Kejurulatihan Skuasy Dunia (WSC) Tahap 2, selepas menamatkan kursus berkenaan di sini pada Jun lepas.
Juara dunia wanita lapan kali itu dalam kenyataannya berkata kursus yang beliau ikuti akan membantunya meneruskan misi untuk menjadikan sukan skuasy diikuti semudah mungkin di Malaysia melalui Nicol David Organisation (NDO), begitu juga bagi kursus kejurulatihan untuk wanita.
“Saya melakukannya kerana ini peluang saya untuk mengambil langkah seterusnya dalam melatih bukan kepada individu yang ingin belajar skuasy tetapi juga mereka yang ingin menjadi pengajar kerana kita memang memerlukan lebih ramai jurulatih skuasy terutama jurulatih wanita.
“Semua komponen ini penting bagi melengkapkan jurulatih dengan lebih terperinci tentang apa yang diperlukan dalam tempoh rangka latihan terutama dari aspek teknikal, taktikal, fisiologi dan psikologi,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) baru-baru ini.
Menurut Nicol lebih ramai jurulatih perlu mengambil WSC Tahap 2 untuk mereka mempunyai pemahaman lebih baik tentang skuasy dan berpengetahuan sebagai jurulatih bagi meneruskan kerjaya dalam melatih pemain serta pasukan pada masa depan.
Beliau berkata rancangannya pada masa depan adalah untuk melatih lebih ramai jurulatih menjadi pemimpin dalam lingkungan mereka sendiri.
Nicol akan menganjurkan kursus Wanita Dalam Kejurulatihan Tahap 1 pada 29 Ogos ini di Kuala Lumpur, dengan tujuan membantu jurulatih wanita generasi akan datang memulakan kerjaya mereka.
— BERNAMA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!