Dalam tiga orang adik-beradik, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badieozaman ialah anak yang paling rapat dengan ibu dan ayah tersayang. Membahasakan ibunya dengan panggilan ‘Mak’, Mira satu-satunya anak yang enggan memasuki sekolah asrama seperti kakak dan adiknya.
“Boleh kata Mira paling rapat berbanding tiga adik-beradik lain. Macam kakak dan adik Mira, selepas darjah 6 mereka dah masuk boarding school. Mira ni jenis tak nak masuk boarding school… nak duduk dekat rumah je. So Mira the only one yang paling lama dan bersama dengan mak dan abah di rumah.
Di samping bapa tersayangBersama mak, Faizatul Akmar
Hampir setiap masa ada dekat rumah dan hampir setiap masa jugalah muka ni yang mereka hadap. Kalau mereka nak bebel ke marah ke, muka inilah juga sebab adik-beradik lain tak ada dan jauh.”
Ditanya sejauh mana hubungan Mira bersama ibu tersayang, aktres yang makin dikenali ramai ini mengakui dia cukup akrab dengan keluarga. Terutamanya mak! “Mira dan mak very direct. Kalau rasa nak tanya apa pun Mira akan tanya sebab Mak very open… very transparent. Tak ada benda yang Mira tak tahu dan tak ada benda yang mak tak tahu pasal Mira. Even mak pun ada bercerita tentang dirinya waktu muda-muda.”
Tambahnya lagi, meskipun pada awal pembabitan Mira dalam industri seni kurang disenangi keluarga namun melihat minat dan kesungguhan duta Ariani ini untuk melakar kejayaan membanggakan, mereka akhirnya merestui perjalanan Mira Filzah. “Pada awalnya memang agak ini tak boleh… itu tak boleh.
Ads
Tapi as time goes by, dia mula memahami. Iyalah, benda-benda biasa yang kita tak boleh nak elak bila dah bergelar anak seni. Tapi satu je dia pesan dan ingat sampai sekarang iaitu jangan sampai lalai ataupun lupa diri.”
Tatkala menyentuh soal kahwin, jelitawan berusia 26 tahun ini tersenyum dan membuka bicara. “Ada satu cerita. Adik Mira, mak bagi lepas kahwin dulu (sebelum Mira). Dia cakap, ‘Angah last lah… bagi Aina (adik) lepas dulu. Angah last ok, angah kerja dulu.’ Itu pesanan dia. Kadang-kadang Mira rasa macam, “Hmmm… tak nak lepas lagi lah tu.”
Mana tidaknya, Mira kan anak paling rapat. Mungkin ibunya masih rasa ‘berat’ hendak melepaskan anak untuk berkahwin. InshaAllah, bila sudah tiba masa nanti pasti ibu Mira sendiri yang mahu urusan perkahwinan Mira disegerakan. Bila ditanya sanggupkah dia menjaga ibu selepas mendirikan rumah tangga kelak, Mira lantas mengangguk kepala tanda dia sanggup buat apa saja demi insan yang melahirkan.
Ads
“Walaupun syurga di bawah tapak kaki suami lepas kahwin, tapi ibu tetap kita kena jaga… kena sayang. Ibu kita sendiri, itu masih tanggungjawab kita. Kita sebagai anak perempuan lagilah kita patut rasa lebih dekat dengan ibu.”
Kagum dengan kasih sayang Mira terhadap keluarga lebih-lebih lagi ibu tersayang. Walau kerjaya seni kini berada di puncak dan berjaya, dia tetap berpegang teguh dengan nasihat kedua orang tuanya dan kekal merendah diri. Semoga kejayaan Mira menjadi penyuntik semangat kepada wanita di luar sana dan terus mempamer imej yang baik kepada masyarakat.
Ads
Kredit foto: Instagram Mira Filzah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wah, bukan calang-calang hadiah! Untung Dini Schatzmann dikurniakan seorang isteri yang bukan hanya popular dan kaya. Tetapi juga penyayang dan sentiasa berusaha membahagiakan pasangan. Terbaharu, kejutan istimewa Janna Nick terhadap Dini menjadi bualan dan viral di media sosial.
Apa tidaknya, hadiah yang diberikan pelantun lagu Gatal tersebut mencecah lebih RM900 ribu!
Dini Schatzmann Terima Kereta Idaman Cecah Harga Lebih RM900 Ribu!
Rancangan Janna nyata menjadi apabila pelakon lelaki kacak berkenaan tidak dapat ‘menghidu’ pemberian isteri kesayangan. Sangka Dini, Janna mengajaknya untuk keluar dating tapi rupa-rupanya dihadiahkan pula kereta idaman.
Tampil mengenakan persalinan sedondon warna hitam, Dini sama sekali tidak menyangka menerima pemberian mewah itu memandangkan Janna pernah menyatakan rasa kurang setuju apabila Dini mahu membeli kenderaan yang diidam-idamkan selama ini.
Memuat naik momen istimewa itu, ujar Janna, “Dini just got a new car.”
Sementara itu, selebriti berusia 31 tahun berkenaan meluahkan rasa terkejut dan syukur.
“Alhamdulillah. Finally, dibuka hati dia untuk allow me to get my dream car!
But all jokes aside I’m forever grateful for you. Always making me happy and always making me proud. I love you so much.”
Suami Janna Nick, Dini Schatzmann Luah Rasa Syukur!
Sejurus kisah ini viral, rata-rata warga maya cuba selidik harga kereta jenama Land Rover Defender berkenaan. Apa yang mengejutkan ialah kereta jenama dari England itu mencecah harga hampir RM1 juta di pasaran Malaysia bergantung kepada spesifikasi tertentu.
Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner sah bergelar isteri Muhamad Dini Azan Schatzmann pada 10 Jun 2023.
Diam tak diam, sudah hampir sebulan rakyat Malaysia diarahkan untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki Fasa 3. Bermacam ragam wanita dapat disaksikan sepanjang di rumah, kebanyakannya pengisian bersama keluarga seperti memasak dan beramal ibadah.
Nu Ideaktiv menerusi platform digital gaya hidup wanita, Majalah Nona, mengambil inisiatif tersendiri dalam usaha memperkasakan jiwa dari teladan. Sebuah program video inspirasi iaitu ME TIME NONA bakal ke udara setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bagi membakar semangat anda melalui tempoh sukar ini.
ME TIME NONA berformatkan perkongsian video oleh ramai wanita inspirasi terbahagi kepada tiga segmen di bawah.
(1) Tanya Ustazah Bersama Nona, setiap Jumaat jam 10.00 pagi
Ikuti perkongsian hangat dari pandangan Islam bersama motivator dan ilmuwan agama wanita.
(2) Air Tangan VIP Nona, setiap Sabtu jam 10.00 pagi
Cooking show eksklusif bersama wanita kenamaan dan pelajari pelbagai petua masakan di dapur.
(3) Superwoman Talk, setiap Ahad, jam 10.00 pagi
Sukar buat jualan dan pemasaran dalam tempoh PKP? Bersama personaliti Nona Superwoman berbicara solusi dan berkongsi motivasi keusahawanan.
Kesemua segmen yang bakal bersiaran mulai 17 April 2020 ini akan distrimkan di Facebook dan Instagram rasmi Majalah Nona. Ia dibarisi oleh nama-nama hebat yang selalu menjadi aspirasi kehidupan serta kerjaya wanita.
Datin Isma Rohaiza, Pengasas Tia Amelia, Masak With Passion dan Tudung Byismatia – Resipi Tomyam Putih Mengancam
Superwoman Talk
Nurul Zulkifli, Pengasas Bersama Mimpikita – Cabaran COVID-19 Dalam Industri Fesyen
Pengisian kompak, ilmu yang bermanfaat dan disampaikan secara santai untuk santapan minda yang hebat. Jangan lupa save the date dan luangkan masa beberapa minit untuk ME TIME NONA. Selamat menonton!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampaknya, pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata tidak disenangi banyak pihak.
Pada Ahad petang, Nurul Izzah mengumumkan bahawa dia tidak lagi memegang jawatan itu selepas dilantik sendiri oleh bapanya pada bulan lalu.
“Saya tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri. Saya amat menghargai setiap peluang untuk menyumbang kepada negara demi melakar masa depan yang lebih baik untuk Malaysia,” ujarnya menerusi satu kenyataan.
Jelas Nurul Izzah, dia memilih untuk mengundur diri kerana mahu fokus terhadap Sekretariat Jawatankuasa Penasihat yang baharu disertainya.
“Pengerusi Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan, Tan Sri Mohd Hassan Marican mengundang saya menyertai sekretariatnya bagi membantu usaha mereka dalam memperkukuh ekonomi negara dan rakyat. Saya dengan rendah diri menerima tanggungjawab ini.
“Saya mengambil kesempatan ini bagi menzahirkan sepenuh penghargaan atas setiap sokongan dan dokongan yang diberikan, baik daripada orang ramai mahupun seluruh pasukan perkhidmatan awam dan komuniti kerajaan.
“Saya berharap khidmat membantu Tan Sri Mohd Hassan Marican beserta anggota jawatankuasa lain mampu memberi manfaat kepada negara tercinta. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh Jawatankuasa. Sama-samalah kita menyumbang dalam sebarang kapasiti demi negara kita,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Anwar pada 29 Januari lalu mengesahkan anaknya, Nurul Izzah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada beliau.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan anaknya, Nurul Izzah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri bulan lalu. Menurut Anwar, beliau mempelawa anaknya itu untuk menjawat jawatan tersebut bagi membantunya di Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.
Walaupun begitu, beliau tidak membayar apa-apa elaun kepada Nurul Izzah untuk jawatan tersebut.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada Allah jua kita kembali. Baru beberapa hari menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam Pilihanraya Negeri Sabah ke-17, Datuk Seri Bung Moktar Radin kembali ke rahmatullah pada 5 Disember 2025.