Kecantikan yang sebenar bukan di ukur melalui ketebalan mekap yang dipakai oleh seorang wanita, sebaliknya kejelitaan asli seorang wanita di lihat pada wajah sebenar mereka tanpa sebarang sentuhan mekap di kulit.
Mira Filzah antara pelakon yang tetap terlihat cantik walaupun terpaksa berlakon dengan wajah bare face. Malah, namanya, kembali trending apabila melakokan watak Eleena dalam drama sensasi Curang Tanpa Niat yang baru sahaja melabuhkan tirai pada minggu lalu.
Berkongsi rahsia amalan kecantikannya, pelakon kecil molek ini mengakui mengamalkan ‘ice facial’ untuk jaga kulit wajah.
Mesti ramai lagi di luar sana yang teruja nak tahu rahsia cantik Mira Filzah ini sebab walau sudah mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Wan Khair Amir Wan Emir Astar, ini langsung tidak menjejaskan kecantikan Mira Filzah.
Tetap nampak manis dan ayu dengan penampilan bertudung, malah dia salah seorang artis yang betubuh badan kekal langsing.
Berkongsi tentang soal cantik, bagi Mira, duduk rumah pun masih kena jaga kulit muka. Dan ini antara tip lain yang dikongsikan oleh bekas pengacara Nona untuk elak kulit muka breakout teruk.
Ads
Jaga Makan Yang Diambil
Pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu juga menasihatkan peminat agar tidak mengambil makanan yang berminyak, banyakkan meminum air putih dan elakkan diri daripada terlalu kerap menyentuh bahagian muka.
Selain itu, Mira turut berkongsi rahsia dia kekal awet muda iaitu dengan mengamalkan ice facial.
Menurutnya, ice facial mempunyai banyak manfaat antaranya mampu mengecutkan jerawat, melembut dan mencerahkan kulit, kurangkan kesan gelap di bawah mata serta banyak lagi.
Ads
Ini Kebaikan Ice Facial!
Sebenarnya, menggosokkan ais pada wajah sangat menyegarkan lebih-lebih lagi selepas seharian sibuk. Pernah dengar tak stress boleh jadi punca kepada pertumbuhan jerawat? Memang boleh terjadi benda ni.
Kalau selalu sangat hadap dengan tekanan, boleh memberi kesan buruk kepada kulit wajah. Nanti muncul jerawat. Lepas tu muncul lagi jerawat. Makin bertambah-tambah jerawat. Tetapi jangan risau, ais dapat membantu. Kerana ais dapat meningkatkan peredaran darah di wajah anda selepas itu kulit wajah anda yang bersih dan cantik.
Ads
Untuk pengetahuan, Ice Facial merupakan trend kecantikan di Korea. Cara ini menginspirasikan orang di seluruh dunia tentang kebaikan menggosokkan ais pada wajah untuk mendapatkan kulit wajah yang berseri dan bersih. Sememangnya trend ini sangat berguna dan banyak kebaikannya.
Ringkas dan mudah juga ‘rahsia’ kulit cantik Mira. Jadi bagi korang yang kulit muka breakout tu, selamat mencuba tip daripada Mira Filzah ini okay!
Wanita dan lipstik memang tidak dapat dipisahkan. Jika anda mengaku sebagai beauty lover maka wajib menyimpan paling tidak sebatang lipstik di dalam tas tangan.
Memiliki lebih daripada satu warna lipstik memang sangat diperlukan kerana ia perlu padan dengan baju yang dipakai. Setiap warna juga memiliki efek yang berbeza dalam penampilan.
Sebelum itu kita perlu semak jenis lipstik yang perlu dipakai. Bagaimana memilih lipstik tahan lama di bibir dan bagaimana pula ingin bibir tampil penuh? Setiap lipstik mempunyai bentuk dan kelebihan yang berbeza.
(a) Lipstik Matte
Lipstik jenis ini biasanya didatangkan dalam bentuk batang. Lipstik jenis matte memiliki warna yang solid dan berbagai. Kebiasaannya lipstik jenis ini tidak berkilat dan hanya memiliki sedikit pelembap.
Bagi memelihara kelembapan bibir elok menyapu pelembap bibir terlebih dahulu sebelum mengoles lipstik di bibir. Lipstik jenis ini memiliki kelebihan tahan lama sepanjang hari sehingga tidak perlu sering menambahnya.
(b) Lipstik Satin
Kewujudan lipstik jenis satin ini hampir sama dengan jenis matte. Cuma lipstik jenis satin mempunyai tekstur yang berkilat dan mengandungi pelembap yang lebih banyak berbanding lipstik matte. Lipstik jenis ini tidak melekit dan sangat popular kerana tidak perlu gusar bibir kering selepas dioles.
(c) Lipstik Glossy
Bentuk lipstik jenis glossy ini tidak padat serta mempunyai tekstur cair dan kental. Mempunyai warna yang pelbagai dan memberi efek berkilat. Terdapat juga lipstik jenis ini disertakan sekali glitter untuk kesan yang ketara.
Kelebihan lipstik jenis ini memberi efek bibir kelihatan penuh dan seksi. Cuma perlu berhati-hati kerana lipstik ini mudah melekat apabila tersentuh. Selain itu, ia tidak tahan lama dan perlu sering mengoles jika sudah hilang dari bibir.
HyperFocal: 0
(d) Pensel bibir
Pensel atau pengalit bibir berfungsi untuk membingkai bibir agar boleh melukis bentuk yang dikehendaki. Tidak semua orang memiliki bibir yang sempurna maka pensel bibir boleh menebalkan bibir yang nipis dan simetri bibir jika tidak sempurna.
Setelah melukis bibir sapu lipstik agar tampil semakin cantik dan bergaya. Jangan sekali-kali tidur tanpa membersihkan lipstik di bibir. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekali pandang, macam gadis Jepun. Cantiknya Nadiah Ramli! Bakal memasuki usia perkahwinan yang pertama pada Februari depan, Nadiah merupakan anak perempuan kepada pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS.
Kelibat Nadiah pernah menjadi perhatian peminat seni apabila dia datang memberi sokongan kepada bapa tersayang ketika Datuk Ramli menjadi juri program hiburan popular, Gegar Vaganza.
Mengimbas kembali detik bersejarah bergelar isteri, ratu hati Taufiq Nadzri ini diijab kabul ketika Covid-19 melanda. Walau diraikan secara sederhana namun tetap meriah dengan kehadiran ahli keluarga terdekat yang menjadi saksi.
Berkongsi perkenalan awal dengan suami kepada followers di Instagram, Nadiah menjelaskan mereka mula mengenali di antara satu sama lain kira-kira empat tahun lepas iaitu pada hujung tahun 2017.
Ketika itu Nadiah mengambil khidmat Taufiq sebagai jurugambar profesional. Inilah namanya ‘Kalau dah jodoh tak ke mana!’
Menerusi gambar-gambar di majlis pernikahan Nadiah dan Taufiq, jelas terpancar wajah gembira kedua-dua mempelai. Tampil sedondon dalam persalinan tradisi rona putih, Taufiq kelihatan segak berbaju melayu sementara Nadiah pula anggun dalam busana indah ilham pereka Syafieq Ayman.
Paling mencuri tumpuan ialah wajah penuh ayu yang dimiliki Nadiah. Ternyata dia mewarisi kecantikan ibu tersayang yang memiliki darah keturunan Cina, Australia dan Irish. Ibu Nadiah merupakan penggiat seni terkenal tanah air, Jennifer Thompson.
Memandangkan ibu bapa Nadiah bergerak aktif dalam industri muzik, dia dan abangnya turut mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapa mereka dalam arena sama. Difahamkan Nadiah bertugas di Universal Muzik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mata tanpa maskara seperti jendela tanpa penutupnya. Solekan kurang menyerlah, walau anda bersungguh merias pembayang mata.
Menyedari kesan dramatik dari helaian bulu mata yang panjang dan melentik, penggunaan alat kosmetik seperti maskara berkesan untuk menjelmakan solekan memukau dengan serta-merta.
Ikuti tip di bawah untuk mengaplikasi sapuan maskara agar ia kekal lama tanpa kesan comot atau bergumpal. Paling penting, tak perlu pakai bulu mata palsu pun untuk dapatkan kesan melentik yang natural.
8 CARA MUDAH
Pilih maskara dengan berus atau wand yang tepat. Full wand dicipta untuk menambah volume bulu mata, skinny wand untuk memanjangkan, curved wand untuk curl atau lentikkan bulu mata jenis lurus dan comb wand untuk menyikatnya.
Selepas mengadun debu pembayang mata, layangkan maskara di atas bulu mata yang bersih. Lapisan maskara akan berketul jika masih ada sisa maskara lama.
Gunakan alat pelentik bulu mata jika anda memiliki bulu mata pendek. Elak dari mengepit bulu mata terlalu kuat, selama lebih kurang 30 saat.
Sapukan maskara asas atau berfiber untuk memanjangkan bulu mata anda. Ia berwarna putih dan perlu disapu dari arah pangkal bulu mata hingga ke hujung.
Mula mengacu berus dari arah sebelah dalam mata (hidung) menuju ke luar, satu-persatu dengan gerakan zig-zag.
Kenakan juga pada bulu mata bawah untuk mencipta kesan mata yang besar. Jangan sapukan ke seluruh barisan tetapi hanya di bahagian luar mata sahaja.
Sapukan lapisan maskara baru di atas dan bawah bulu mata SEBELUM lapisan pertama kering. Jika tidak, ia akan gugur dan masuk ke dalam mata.
Apabila maskara kering, nyahkan ketulan yang tinggal dengan sikat bulu mata. Ini juga membuatkan bulu mata anda lebih semula jadi.
TIP JURUSOLEK PROFESIONAL
Semasa menyapu lapisan awal maskara, tumpukan pada bahagian akar/pangkal bulu mata untuk menebalkannya.
Lapik bawah bulu mata dengan tisu atau span untuk mengelakkan pemakaian maskara daripada comot.
Elakkan dari mengepam berus maskara keluar-masuk tiub, sebaliknya hanya masukkan dan pusing beberapa kali.
Bagi mengelakkan maskara bergumpal, lapkan hujung berus dengan tisu dan sapu dengan cermat. Penyikat bulu mata juga boleh membantu.
Sekiranya anda memakai kanta lekap, gunakan maskara kalis air dan selamat untuk pengguna kanta lekap.
Buang sahaja maskara yang sudah melebihi tempoh 3-4 bulan! Ketika ini, berus maskara sudah dijangkiti bakteria dan dikhuatiri akan berpindah ke mata anda.
WASPADA!
Sekiranya anda mengenakan maskara kalis air, pasti sukar menanggalkannya tanpa pencuci solekan mata yang khas. Melaburlah pada pencuci yang berkualiti, lembut dan berkesan agar bulu mata sentiasa sihat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.