Selepas melahirkan bayi, setiap wanita disarankan agar berehat dan menjalani tempoh berpantang bagi mengembalikan tenaga serta memulihkan kesihatan.

Namun sesetengah pantang-larang yang diamalkan ini boleh mendatangkan mudarat, misalnya amalan yang melarang wanita bersenam kerana dikhuatiri menyebabkan bentan.

IKLAN

Pengalaman Pensyarah Bahasa Inggeris, Nurulhayati Ilias yang amat meminati sukan senamrobik ternyata boleh diamalkan.

Bayangkan semata-mata tidak suka tinggal di hospital, wanita bijak yang kini menuntut PhD in Applied Linguistics serta merupakan Ketua Unit Penyelidikan dan Penerbitan KPTM itu, dibenarkan discaj lebih awal walaupun mengalami sedikit komplikasi lepas bersalin.

Mitos Bersenam Lepas Bersalin, Pensyarah Ini Bongkar Rahsia Sembuh & Pantas Discaj Hospital!
Nurulhayati pernah menerima anugerah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPTM (2014) serta Ikon MARA 2016

 

Mitos Bersenam Lepas Bersalin, Pensyarah Ini Bongkar Rahsia Sembuh & Pantas Discaj Hospital!
Kepakaran pendidik ini dalam pembelajaran Bahasa Inggeris amat mengagumkan

 

PENGALAMAN MELAHIRKAN

Anak bongsu saya dilahirkan secara normal dengan berat 3.98kg, paling berat jika dibandingkan dengan abang dan kakak-kakaknya. Malah dia juga paling berat berbanding bayi-bayi yang dilahirkan dalam wad yang sama pada masa itu.

Walaubagaimanapun, tiba-tiba saja saya mengalami masalah kaki kiri tidak boleh bergerak.

Entah mengapa tidak semena-mena, satu jari kaki kiri pun sukar digerakkan. Sudah beberapa jam ia merisaukan saya serta petugas perubatan lain seperti doktor dan jururawat yang menjaga saya.

Bayangkan selepas bersalin tepat pukul 12.30 pagi, hampir tiga jam doktor terpaksa berulang-alik melawat saya untuk melihat progres kaki.

Mitos Bersenam Lepas Bersalin, Pensyarah Ini Bongkar Rahsia Sembuh & Pantas Discaj Hospital!
Kelahiran Nurulhayati sebelum ini tidak mempunyai komplikasi langsung

 

Disebabkan ia masih sukar digerakkan, tepat pukul 3.00 pagi, saya diusung ke sebuah bilik rawatan khas. Kali ini saya diperiksa dengan lebih teliti untuk memastikan adakah keadaan kaki saya itu disebabkan oleh kecederaan saraf.

Setelah diperiksa, selain mengesahkan saya sihat, doktor juga mengesahkan yang kaki kiri saya tidak mengalami kecederaan serius yang melibatkan tulang mahupun saraf.

Katanya ia akan pulih dengan sendiri cuma proses pemulihan akan mengambil masa. Jadi bagi mempercepatkan proses penyembuhan, doktor yang bertugas mencadangkan agar saya melakukan senaman ringan.

Tambahnya, jika keadaan berlarutan dan tiada tanda-tanda pulih, beliau akan rujuk kes saya ke unit fisioterapi dan ini juga bermakna saya perlu tinggal lebih lama lagi di hospital.

TEKAD PULIH

Apabila doktor mengesahkan kami anak-beranak sihat, sudah pastilah saya ingin segera pulang ke rumah.

Memikirkan kemungkinan yang saya bakal duduk lebih lama di hospital amat meresahkan. Jadi sebagai seorang jurulatih senamrobik yang bertauliah, saya tahu jenis-jenis senaman yang baik untuk memulihkan anggota dan kesihatan keseluruhan ibu-ibu yang baru melahirkan dan saya pilih untuk cuba berjalan perlahan-lahan.

Besar harapan saya agar kaki saya boleh segera pulih seperti biasa dan tidak perlu dirujuk ke unit fisioterapi.

Mitos Bersenam Lepas Bersalin, Pensyarah Ini Bongkar Rahsia Sembuh & Pantas Discaj Hospital!
Seorang yang aktif dan gemar mengamalkan gaya hidup cergas

 

IKLAN

Lalu mulai pukul 5.30 pagi, setelah berehat dan tidur untuk beberapa jam, saya pun cuba untuk turun dari katil, perlahan-lahan.

Walaupun saya berjaya turun dari katil, saya belum boleh berdiri dengan tegak. Saya tidak pening, cuma gagal seimbangkan diri disebabkan kaki kiri saya yang masih kaku.

Tetapi saya nekad untuk cuba juga melakukan senaman ringan untuk kaki kiri saya. Lalu dengan tangan yang masih berpaut di besi katil, saya cuba menapak selangkah dengan kaki kanan manakala kaki kiri pula terpaksa dipaut dengan tangan untuk menyeretnya ke hadapan.

Saya lakukan pergerakan ini mengelilingi katil beberapa kali. Bila penat saya duduk.

Mitos Bersenam Lepas Bersalin, Pensyarah Ini Bongkar Rahsia Sembuh & Pantas Discaj Hospital!
Banyak kisah menarik yang dikongsi oleh pendidik hebat ini

 

Menakjubkan, dalam tempoh tak sampai setengah jam, walaupun kaki kiri masih kaku, saya sudah boleh berdiri tegak. Lalu saya cabar diri cuba pula bergerak dari satu katil ke katil yang lain. Saya teruskan dengan pergerakan begini sambil mundar-mandir di dalam wad.

Tangan masih memegang besi-besi katil untuk seimbangkan diri. Sesekali saya berehat. Berpeluh juga. Tetapi, saya rasa segar.

IKLAN

Pukul 9.00 pagi, setelah mandi dan bersarapan, saya teruskan berjalan, kali ini di koridor wad pula. Ajaibnya, kali ini saya juga sudah boleh berdiri tegak dan tidak perlu berpaut pada besi katil lagi.

Tambah ajaib lagi, saya sudah boleh menyeret kaki kiri tanpa perlu memaut peha untuk menariknya. Saya teruskan mundar-mandir di koridor untuk beberapa minit. Masih jelas di ingatan saya wajah jururawat yang ceria sambil bertepuk tangan memberi kata-kata semangat.

Saya berpeluh lencun, tapi berasa sangat segar. Sungguh ajaib, pada waktu melawat tengah hari, saya sudah boleh berjalan macam biasa, walau kaki kiri masih berdencut sedikit.

Dan yang paling menggembirakan, setelah doktor memeriksa saya secara menyeluruh, saya benar-benar sihat dan tidak perlu dirujuk ke unit fisioterapi, malah dibenarkan pulang pada lewat petang hari yang sama!

Dalam tempoh 2 hari setelah pulang ke rumah, saya sudah boleh bergerak seperti biasa!

 

SENAMAN RINGAN

Mitos Bersenam Lepas Bersalin, Pensyarah Ini Bongkar Rahsia Sembuh & Pantas Discaj Hospital!
Ahli Persatuan Karyawan Perak yang kini bertugas sebagai Pensyarah di Kolej Poly-Tech MARA Ipoh ini sebenarnya amat menggemari aktiviti senaman

 

Ingin saya tegaskan di sini, saya lakukan senaman ringan hanya setelah doktor mengesahkan saya sihat selepas melahirkan tanpa sebarang komplikasi serius.

‘Kekakuan’ kaki kiri juga disahkan bersifat sementara dan saya cuba untuk memulihkannya dengan senaman ringan sebelum memulakan fisio.

Walaupun di peringkat awal, saya lakukannya kerana tidak mahu tinggal lebih lama di hospital, saya rasa keberkesanan senaman ringan untuk wanita yang baru melahirkan. Dan saya terus mendaftar diri untuk mengikuti kelas senamrobik khusus untuk ibu-ibu yang baru melahirkan setiap hari sepanjang tempoh berpantang.

Ini adalah pengalaman berpantang yang paling bermakna dan amat menyihatkan. Ibu-ibu, jangan takut bersenam semasa berpantang. Terdapat banyak hasil kajian perubatan membuktikan senaman ringan terutamanya berjalan kaki boleh membantu memulihkan kesihatan keseluruhan ibu-ibu yang baru melahirkan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI