Perkongsian penyanyi Mizz Nina di laman Instagram miliknya sebentar tadi mengumumkan sudah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Essam Muhammad dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat baru-baru ini.
Mizz Nina meluahkan rasa syukur dengan pernikahan kali kedua itu dan menganggap ia merupakan takdir terindah ditentukan oleh Allah SWT untuk dirinya.
“Bismillahirahmanirahim..Alhamdulillah, segala puji bagi Allah sebaik-baik perancangan dan telah menentukan takdir terindah. Syukur dengan perkahwinan yang mendapat restu kedua orang tua.
“InsyaAllah, kami akan saling melengkapi satu sama lain dan meneruskan hidup kami untuk berdakwah. Kami berkongsi aspirasi dan matlamat serta teruja dalam menempuh fasa baru kehidupan bersama,” katanya.
Ads
Mizz Nina atau pemilik nama Shazrina Azman, 43, tujuan ikatan ini terjalin berlandaskan iman kerana Allah SWT.
“Dunia ini hanya sementara, manakala hari akan datang belum pasti lagi. Kami sepakat perkahwinan ialah sebuah ikatan dalam membina persefahaman dan kasih sayang serta ketenangan.
Ads
“Paling penting, kami dapat bersama-sama menuju ke syurga,” katanya.
Mizz Nina juga berharap ikatan yang dibina akan memberikan manfaat kepada semua pihak dan dirinya dalam bersama-sama menjadi insan yang lebih baik.
Penyanyi yang juga aktivis keagamaan turut berkongsi bakal mengadakan satu majlis resepsi perkahwinan tertutup di ibukota dalam masa terdekat. Jejaka berasal dari Morocco ini merupakan warganegara Amerika Syarikat dan menetap di Seattle.
Terdahulu, Mizz Nina pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh sebelum menfailkan penceraian pada 14 Jun 2022.
Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun mengambil anak angkat bernama Musa pada April 2022. Vokalis Hujan, Noh Salleh bakal mengakhiri status duda apabila mengikat pertunangan dengan seorang peguam tidak lama lagi. Difahamkan Noh dan tunangnya, Fatin Athira Mustapa memilih tarikh pernikahan pada 23 September ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Empat hari bertarung nyawa melawan kesakitan, akhirnya bayi comel Naufal Amsyar kembali bertemu PenciptaNya hari ini, kira-kira pukul 9 pagi tadi. Berita itu disahkan sendiri bapa bayi 10 bulan berkenaan, Nabil Fikri Anwar melalui aplikasi Whatsapp.
“Assalamualaikum. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat anak saya Naufal Amsyar Bin Nabil Fikri yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 9 pagi tadi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah,” katanya.
Kisah Naufal Amsyar tular sejak Selasa lalu apabila dia yang dijaga pengasuh wanita dimasukkan ke hospital dipercayai diserang sawan. Pun begitu, selepas pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam di dahi kiri, pendarahan mata dan retak tempurung kepala.
Rentetan itu, pihak polis menahan pengasuh wanita terbabit berusia 35 tahun pada Khamis lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Apa sudah jadi dengan masyarakat kita hari ni. Satu persatu gejala penderaan bayi melibatkan pengasuh terbongkar dan semakin membimbangkan. Diharapkan agar pihak berwajib dan masyarakat sekeliling lebih peka dengan situasi ini agar tidak kembali berulang.
Buat ibu bapa Naufal Amsyar, Nabil Fikri Anwar dan Noraziqah Rohmat .. tenanglah menerima pemergian anakanda tersayang. Sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik perancang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kaya, tampan, popular dan berbakat! Kehidupan mewah pemain bola sepak terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo pastinya menjadi impian setiap orang. Baru sahaja kembali menyertai pasukan yang mengangkat namanya sebagai bintang bola sepak di Manchester United, tahun ini Ronaldo menerima satu lagi khabar gembira apabila tunangnya, Georgina Rodriguez sedang berbadan dua.
Lebih membuatkan Ronaldo teruja apabila mengetahui mereka bakal menimang cahaya mata kembar! Mahu berkongsi detik gembira tersebut dengan peminat, kedua-dua pasangan romantis ini memuat naik foto imbasan kehamilan di media sosial masing-masing.
“Delighted to announce we are expecting twins. Our hearts are full of love – we can’t wait to meet you,” kongsi Ronaldo dan Georgina.
Posting yang dimuat naik tidak sampai sehari itu sudah pun meraih lebih 24 juta tanda suka daripada peminat. Apatah lagi, Ronaldo antara personaliti terkenal dunia dan mempunyai 360 juta followers di Instagram. Pastinya berita itu dinanti-nantikan peminat jaguh bola sepak Portugal ini.
Hasil hubungan cinta bersama Georgina sejak lima tahun lepas, Ronaldo mempunyai seorang anak perempuan yang kini berusia tiga tahun yang diberi nama Alana Martina yang lahir pada 12 November 2017.
Selain Alana, Georgina dilaporkan turut menjaga tiga lagi anak Ronaldo iaitu Cristiano Junior dan anak kembar, Eva dan Mateo. Baiknya hati ibu berusia 27 tahun ini, patutlah Ronaldo sayang!
Meskipun Ronaldo sibuk dengan kerjaya namun dia tidak lokek berkongsi kesenangan dengan memberi elaun sebanyak £80,000 atau kira-kira lebih RM459 ribu sebulan kepada wanita istimewa itu bagi menyara keperluan hidup yang tinggi.
Sementara Georgina pula tidak melepaskan impian untuk menjadi peragawati dengan mengikuti kelas tarian profesional dan pengajian Bahasa Inggeris di London walau sibuk menguruskan empat anak mereka.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amboi, Dato’ Sri Siti.. semenjak bersalin dan bergelar ibu kepada Siti Aafiyah, makin menjadi-jadi ‘bisanya’. Bukan saja kejayaan beliau menurunkan berat badan dan kembali langsing menjadi inspirasi kaum ibu, bahkan karier seninya hari ini semakin mencanak naik. Satu per satu pencapaian diraih isteri Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa ini dan terbaru, Dato’ Sri Siti menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni dan Warisan (ASWARA) pula! Sememangnya beliau adalah lagenda muzik yang dikagumi ramai.
Dengan segala anugerah, pingat, piala dan kejayaan yang pernah diraih penyanyi tersohor negara ini sepanjang lebih dua dekad menceburi bidang seni, tidak hairanlah nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin dipilih untuk menyandang jawatan tersebut. Ternyata beliau layak diberikan penghormatan tersebut. Difahamkan, pelantikan Dato’ Sri Siti sebagai Ahli Lembaga Pengarah ASWARA berkuatkuasa 1 Ogos lalu yang dibuat oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi.
“Selama ini saya aktif dalam bidang seni, menyanyi, membuat persembahan dan menimba pengalaman. Kini, masanya untuk saya berkongsi semula apa yang saya ada dengan masyarakat. Pelantikan ini juga satu anjakan baharu kepada diri saya sendiri kerana penglibatan saya sebagai ALP Aswara ini dalam bidang pendidikan,” jelas Dato’ Sri Siti yang turut menduduki kerusi Ahli Pemegang Amanah Yayasan Pintar.
Hadir sama pada majlis penyampaian watikan pelantikan ini adalah penyanyi veteran, Datuk A. Rahman Hassan dan pengarah filem dan drama, Rashid Sibir yang merupakan dua lagi karyawan seni sebagai Ahli Lembaga Pengarah institusi berkenaan.
Selain mereka, wartawan TV3 iaitu Azwaliza Azman juga antara individu yang dilantik sebagai ALP Aswara.
Sumber: Utusan Online
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.