Bila Aidilfitri tiba, pastinya golongan selebriti antara yang menjadi tumpuan ramai. Lebih-lebih lagi mereka yang bergelar Datin! Walau memegang status VIP, kebanyakan daripada mereka ini selesa bergaya ringkas namun terserlah kejelitaan masing-masing.
Bahkan selebriti-selebriti bergelar Datin ini sudah pun menjadi ibu. Lumrah seperti kaum ibu yang lain, pada pagi Hari Raya mereka pasti sibuk menguruskan anak-anak dan suami.
Apatah lagi, apabila dikurniakan anak yang ramai. Memang ‘struggle’ waktu hendak bergambar bersama-sama!
1) Datin Lisa Surihani
“Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. Minal ‘Aidin Wal Faizin. Eid Mubarak dari kami sekeluarga, Maaf Zahir dan Batin.”
Memilih rona kuning lembut, Datin Lisa dan Datuk Yusry Abdul Halim kelihatan ceria di samping tiga cahaya mata tersayang.
Baca https://www.nona.my/imej-bersih-penampilan-menarik-datin-lisa-surihani-kini-bergelar-duta-ariani/
Difahamkan Datin Lisa sekeluarga berangkat ke United Kingdom ketika ini selain melawat Edry dan keluarga di sana.
2) Datin Rebecca Nur Al Islam
“Assalammualaikum salam from Kuching, Sarawak. Sementara anak-anak tengah siap bagi mummy bergambar satu dulu ok. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Everyone.
Pilihan Mummy sekeluarga untuk raya pertama warna baju pink tahun ni.”
Datin Rebecca yang kini sarat hamil merupakan ibu kepada lapan cahaya mata. Lebaran ini, dia dan suami menyambut pagi Syawal di Kuching, Sarawak.
3) Datin Diyana Halik
“MasyaAllah Tabarakallah alhamdulilah raya pertama went well although keluar lambat. I want to wish Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin to everyone here, my families and friends and to all yang selalu support Diyana Halik.
Rindu my son yang di Jepun, my mum yang recovering from her surgery and my late Mummy yang InsyaAllah happy to know that we are in Singapore celebrating raya with the family.
Taqabbal Allahu Minna Wa Minkum. May Allah accept (good deeds) from us and from you.”
View this post on Instagram
1 Syawal, Datin Diyana Halik yang merupakan isteri Dato’ Aaron Aziz memilih persalinan rona biru gelap untuk seisi keluarga.
4) Datin Elvina Mohamad
“Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dari kami sekeluarga. This year dapat raya berempat sebab baby Maleeq nak juga keluar before raya walaupun EDD lagi seminggu. Blessed.”
Pelakon cantik ini dan suami tercinta iaitu Haniff Borhan menimang cahaya mata lelaki diberi nama Ean Maleeq pada 20 April lepas. Dua hari sebelum menyambut Syawal.
Walau baru bersalin namun Datin Elvina kelihatan berseri-seri dalam persalinan biru lembut di sisi suami dan anak lelaki sulung.
5) Datin Anne Ngasri
“Waktu inilah setiap tahun membuatkan saya rasa sangat bersalah. Al maklumlah wonder woman dengan anak-anak ramai kadang-kadang dengan ayahnya sekali terpalit.
Apa pun alhamdulillah syukur kerana cik Abang selalu reda dan terima saya seadanya. I love u so much!”
View this post on Instagram
Memilih warna ungu pada 1 Syawal, Datin Anne Ngasri dan Datuk Mohd Sumaili kelihatan ceria di samping anak-anak tersayang.
6) Datin Almy Nadia
“Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin semua.”
View this post on Instagram
Seperti Datin Elvina, Datin Almy Nadia dan Dato’ Fizz Fairuz ini turut mengenakan baju raya warna biru lembut.
Lebaran kali ini juga bermakna buat pasangan tersebut kerana mereka menyambut ulang tahun perkahwinan kesembilan dan dikurniakan empat orang anak.
Moga kekal bahagia hingga ke Jannah!
7) Datin Fouziah Gous
“Selamat hari raya adilfitri maaf zahir batin.”
Usahawan FG Walet, Datin Fouziah Gous dan suami tampil berseri-seri dalam persalinan indah warna emerald di samping dua cahaya mata lelaki tersayang.