Sekali imbas pasti ramai yang menyangka wanita ini baru meniti usia 20an. Hakikatnya, wanita Indonesia bernama Puspa Dewi ini merupakan nenek kepada dua orang cucu dan berusia lebih separuh abad.
26 September nanti, Puspa bakal mencecah 56 tahun! Namun penampilannya tidak mencerminkan usia berkenaan bahkan kekal awet muda.
Nama Puspa mula menarik perhatian warga net termasuk di Malaysia apabila foto dirinya menyambut ulang tahun kelahiran bertebaran di media sosial.
Waktu itu, dia berusia 50 tahun dan sama sekali tidak menyangka meraih perhatian luar biasa.
Dan menurutku, bagi seorang wanita mempunyai anak adalah suatu kebanggaan dan kebahagiaan. Repot menjaganya saat anak-anak masih baby/kecil itu merupakan sesuatu anugerah yang indah untuk dinikmati dengan hati yang gembira.
Ads
Dan hati yang selalu bersyukur, positif, gembira dan bahagia dibarengi dengan pola hidup sihat, itulah yang di antaranya membuat kita jadi awet muda.”
Tanggal 8 Mei lepas, Puspa Dewi menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-29 di samping suami tercinta iaitu Andreas Hadi.
Bukan hanya dikurniakan suami dan anak-anak penyayang, Puspa juga bertuah kerana mempunyai dua orang cucu comel iaitu Neil dan Leeon.
Ads
Melihat perkongsian Puspa di media sosial, wanita ini kelihatan seperti gadis remaja. Lebih lebih lagi tengok stamina Puspa setiap kali bersenam. Aktif betul!
Ketika namanya tular, dia merupakan seorang pegawai di Bank Danamon Indonesia. Namun kini dia merupakan usahawan minuman fiber iaitu Flimty. Flimty mula berada di pasaran Indonesia pada tahun 2020.
Bersandarkan populariti, wajah cantik dan kesihatan Puspa, perniagaan yang diusahakan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Apatah lagi anak sulungnya ialah pakar nutrisi dan kecergasan.
Tak hairanlah Puspa boleh mengekalkan tubuh ideal dan mementingkan kesihatan diri. Tak lekang mengukir senyuman, ibu kepada Dennis Hadi dan Daniel Hadi ini gemar menjalani amalan gaya hidup sihat.
Beruntungnya Datuk Sheila Majid dikurniakan rupa paras awet muda dan tak makan dek usia. Genap berusia 58 tahun pada 3 Januari lepas, isteri Hasridz Murshim Hashim atau lebih dikenali sebagai Acis kelihatan sihat bertenaga dan cantik dalam kelas tersendiri.
Melihat susuk tubuh kecil moleknya pasti ramai tidak sangka Datuk Sheila bakal menghampiri usia 60.
Dari awal pembabitan dalam dunia hiburan, Ratu Jazz ini tidak sekadar menghiburkan peminat dengan kelunakan suara. Malah dikagumi kerana pandai jaga badan dan kekal menawan.
Tidak hairanlah pada usia lewat 50an, Datuk Sheila memiliki stamina yang baik kerana dia mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam. Menerusi perkongsian di media sosial, figura ini dilihat aktif dengan rutin senaman pilates.
Bukan itu saja, Datuk Sheila juga amat menitikberatkan soal diet makanan. Memetik kenyataannya kepada media tidak lama dulu, jelitawan ini menjadikan ibunya sebagai idola terutamanya dari segi penyediaan makanan berkhasiat.
“Saya amalkan perkara yang sama untuk keluarga, Hanya sekali-sekala saja saya benarkan anak-anak menikmati makanan ringan.”
Datuk Sheila merupakan antara selebriti yang selesa tampil tanpa solekan tebal di wajah. Selain memastikan mekap tidak berada di wajah mulusnya terlalu lama.
Penyanyi yang popular dengan lagu Sinaran ini mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan penggubah muzik, Datuk Hashridz Murshim Hassim serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim.
Melihat penampilan dan raut wajah Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah pasti ramai tidak menyangka personaliti ini sudah pun mencecah usia 77 tahun. Mana tidaknya, meniti usia lewat 70an isteri Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang ini tampil anggun dan sihat bertenaga!
Kecantikan semula jadi yang dimiliki Toh Puan Datuk Seri Utama Raja Noora Ashikin Raja Abdullah mengundang rasa kagum dalam kalangan wanita. Pastinya ibu kepada Toh Muda Datuk Rizal Ashram Ramli ini mementingkan penampilan dan kesihatan diri.
Keanggunan Toh Puan Raja Noora
Walau sudah bergelar nenek kepada tujuh cucu namun beliau kekal anggun dalam kelas tersendiri dan mesra rakyat.
Menelusuri latar belakang isteri Tun Ramli Ngah Talib ini, Toh Puan Raja Noora dilahirkan pada 4 Februari 1948. Beliau dibesarkan di Ipoh, Perak dan mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta pada 1 Disember 1973.
Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan empat cahaya mata yang juga sepasang kembar perempuan iaitu Rizal Ashram, Ramelle Ashram, Putri Azalea Ashram dan Putri Yasmin Ashram.
Tidak hanya pernah bergelar isteri bekas Menteri Besar Perak, Toh Puan Raja Noora merupakan seorang pegawai bank lulusan Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya.
Wanita Terpelajar, Toh Puan Raja Noora
Figura berpendidikan tinggi ini memiliki kelulusan Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya (UM).
Beliau pernah bertugas sebagai pegawai bank dan penasihat pelaburan di Chartered Merchant Bankers sebelum menubuhkan firma sekuriti tetapi meninggalkannya demi beri perhatian sebagai isteri Menteri Besar Perak ketika itu.
Tun Ramli mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada 1 Mei lepas. Bersempena ulang tahun ke-84 Tun Ramli Ngah Talib pada 29 Julai, Toh Puan Raja Noora menerima Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang juga anugerah tertinggi pulau Pinang membawa gelaran Datuk Seri Utama.
Semoga rumah tangga Tun Ramli dan Toh Puan Raja Noora sentiasa dalam lindungan Allah SWT serta kekal bahagia hingga ke syurga.
Miliki kulit sihat dan bermaya macam Toh Puan Raja Noora dengan amalkan supplemen kolagen ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pejam celik, nampaknya sudah sedekad duo penyanyi, Aishahanim berada dalam industri hiburan dengan mempertaruhkan beberapa single yang sering menjadi pilihan sebagai lagu runut bunyi drama tempatan. Mula memasuki industri muzik menerusi lagu Mata Kunci Cinta sekitar tahun 2014, penyanyi duo AishaHanim merupakan pasangan penyanyi kembar pertama Malaysia.
Pasangan kembar yang mesra di sapa Aishahanim bakal melakar sejarah tersendiri menerusi penganjuran Konsert One Night Only Aishahanim yang bakal berlangsung 6 Ogos 2023 di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Tidak dapat menyembunyikan keterujaan, bagi Aishahanim, penganjuran konsert yang turut disertakan makan malam itu merupakan tanda penghargaan kepada keluarga, sahabat, rakan media serta peminat yang selama ini menyokong perjalanan karier mereka.
Menurut Aishahanim ketika ditemui di majlis sidang media semalam, mereka bakal mempersembahkan 15 buah lagu di mana konsert tersebut juga bakal
menjadi lembaran penceritaan sejarah permulaan mereka dalam menuai bakat di laman seni tempatan.
“Setiap penyanyi mempunyai sejarah dan cerita sendiri. Begitu juga Aishahanim. Oleh sebab itu, konsert One Night Only Aishahanim adalah pentas untuk kami bercerita tentang perjalanan kami dalam dunia seni. Kami juga mahu membuktikan, kami mampu untuk menyanyi secara langsung. 15 lagu bukan mudah tetapi kami yakin dengan kemampuan dan bakat kami.
“Setiap lagu yang dipersembahkan mempunyai cerita dan sejarah tersendiri dalam hidup kami. Tetapi 15 lagu yang bakal dipersembahkan adalah pilihan terbaik untuk malam One Night Only Aishahanim,” kongsinya.
Sepanjang dua jam persembahan, peminat bakal dihiburkan dengan rangkaian seleksi
lagu-lagu nyanyian semula dan single hits mereka antaranya Angkara, Tinggalan Cinta dan
Leka.
Malah, mereka bakal menyanyikan lagu-lagu nyanyian idola mereka antaranya, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini, Anita Sarawak, Ziana Zain dan ramai lagi.
Seleksi lagu yang bakal dipersembahkan juga akan menggabungkan pelbagai genre bermula dari era 60-an sehingga kini.
Tampil berpakaian sedondon sudah menjadi trademark pasangan kembar ini baik dalam acara formal mahupun tidak.
Persembahan secara langsung itu juga diiringi oleh Band Tentera Darat Port Dickson.
Bercakap soal stamina, Aishahanim kini giat berlatih menerusi senaman dan aktiviti riadah
untuk memastikan mereka bertenaga sepanjang hampir dua jam persembahan tersebut.
Konsert One Night Only Aishahanim dijayakan oleh Wyn Wyn Event, BERJAYA dan
Ridzokumura.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika dulu busana sopan dan menutup aurat agak terhad dalam industri fesyen tanah air. Namun kini impian setiap gadis khususnya para hijabi untuk bergaya akhirnya menjadi realiti apabila seleksi himpunan fesyen berkenaan kian berkembang di pasaran. Menyedari ‘selera’ dan permintaan tinggi terhadap fesyen tersebut beberapa tahun kebelakangan ini, acara berprestij Fashionably Modest Asia (FMA) 2025 bakal berlangsung November ini ...