Biarpun sudah bergelar ibu, namun figura ini tidak pernah sepi dari industri hiburan tempatan. Nama Ayda Jebat tidak memerlukan sebuah pengenalan yang panjang. Cukup sekadar mendengar alunan vokalnya yang merdu, kelincahannya menari dalam setiap rentak melodi, penghayatan watak yang dilakonkan serta barisan iklan yang memaparkan wajahnya sebagai duta jenama, ternyata Ayda punya nilai eksklusifnya sendiri.

IKLAN

“Mujur Anak Masih Kenal Muka Saya”- Sering Tinggal Anak, AYDA JEBAT Tak Culas Peranan Seorang Ibu

Menyentuh soal kariernya, Ayda akui bahawa jadualnya agak padat dan dia harus bijak mengagihkan masa bersama dengan keluarga. Adakalanya dia berasa sedikit tertekan kerana puteri sulungnya, Ana Nayla seringkali ditinggalkan disebabkan urusan kerja. Namun, jika ada kesempatan, pelantun lagu Pencuri Hati ini pasti akan meluangkan masanya bersama keluarga.

“Jujurnya, selepas bergelar ibu, saya berasa sedikit tertekan kerana tidak dapat meluangkan masa yang banyak dengan Ana Nayla. Mujur dia masih ingat wajah ibunya ini,” ujarnya berseloroh.

“Mujur Anak Masih Kenal Muka Saya”- Sering Tinggal Anak, AYDA JEBAT Tak Culas Peranan Seorang Ibu

Tambah Ayda, sebagai seorang ibu, dia tidak mahu melepaskan segala momen manis puteri sulungnya saat meningkat dewasa.

“Saya tidak mahu melepaskan momen penting seperti melihat Ana pertama kali berjalan, perkataan pertama yang disebut ataupun rasa sakit gigi buat kali pertama dan lain-lain lagi. Ini merupakan pengalaman berharga sebagai seorang ibu. Mana mungkin saya mahu orang lain yang melihatnya terlebih dahulu?” kongsi Ayda.

Ayda menjadi lebih memilih mengenai tawaran kerja yang diterimanya dan lebih peka dengan masa untuk diluangkan bersama-sama suami dan anaknya.

Saya tidak mahu melepaskan momen penting seperti melihat Ana pertama kali berjalan, perkataan pertama yang disebut ataupun lain-lain lagi. Ini merupakan pengalaman berharga sebagai seorang ibu.

“Mujur Anak Masih Kenal Muka Saya”- Sering Tinggal Anak, AYDA JEBAT Tak Culas Peranan Seorang Ibu

IKLAN

“Jika saya bekerja selama dua atau tiga hari berturut-turut, saya akan memberitahu pihak pengurusan untuk tidak menjadualkan apa-apa tugasan pada hari seterusnya kerana ia merupakan masa bersama keluarga. Malah, saya akan menukar ke tarikh lain sekiranya ada perkara penting yang harus saya uruskan mengenai hal keluarga. Apa-apapun, keluarga ialah keutamaan saya,” tambahnya lagi.

“Mujur Anak Masih Kenal Muka Saya”- Sering Tinggal Anak, AYDA JEBAT Tak Culas Peranan Seorang Ibu

Berbicara mengenai rutin penjagaan tubuhnya selepas melahirkan cahaya mata, Ayda tidak memandang gelaran ‘ibu’ itu membataskan dirinya untuk sentiasa tampil cantik dan sihat.

IKLAN

“Bergelar seorang wanita bukanlah sebuah perkara yang mudah. Masing-masing mempunyai rutin harian mereka yang kadangkala membataskan diri untuk menjada penampilan diri. Jadi tidak adil bagi saya untuk mengatakan bahawa mereka malas menjaga kecantikan diri mereka sendiri. Namun, sebagai wanita juga kita harus sentiasa ingat bahawa kesihatan itu perkara yang paling penting sebelum kecantikan,” ujarnya.

Bagi Ayda sendiri, dia berusaha untuk kekal aktif dengan mencuri masa menari di dalam rumah sambil menjaga anaknya dan paling utama, dia elakkan makan makanan yang berminyak untuk menjaga tubuh badannya.

Ayda Jebat dan suami, Nabil Mahir mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ana Nayla.

Sumber gambar: Instagram Ayda Jebat

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI