Selain memilih potongan baju yang sepadan dengan bentuk badan, pemilihan stail hijab yang sesuai juga penting untuk bentuk wajah. Pemilihan stail yang salah bukan sahaja membuatkan penampilan tampak serabut, malah menimbulkan perasaan tidak senang untuk dipandang.

Helah yang tepat adalah mengimbangi lilitan dan jenis lekapan hijab mengikut bentuk wajah, agar kontur muka lebih terserlah dan keayuan lebih mempesonakan.

IKLAN

Muka Bulat Atau Lebar? Panduan Stail Tudung Ini Mungkin Sesuai Ikut Bentuk Wajah Anda

BENTUK WAJAH BULAT

Individu berwajah bulat patut menghindari penggunaan anak tudung Syria (Arabian underscarf) yang menutupi sebahagian dahi. Gaya ini akan membuatkan wajah anda kelihatan lebih pendek dan bulat.

Sebagai alternatif, gayakan anak tudung yang tidak simetri atau berbentuk silang di dahi untuk memberikan ilusi wajah yang lebih tirus. Pastikan juga bahagian sisi tepi hijab anda menutupi tulang pipi agar terlihat bujur.

Muka Bulat Atau Lebar? Panduan Stail Tudung Ini Mungkin Sesuai Ikut Bentuk Wajah Anda

Buat penggemar tudung awning, pastikan awning tersebut tidak begitu melengkung di dahi dan potongan hujungnya harus berakhir di bawah pipi bagi meniruskan bentuk muka.

Elakkan juga stail lilitan dan perincian yang sarat berhampiran telinga bagi mengelakkan wajah tampak lebar. Pilih fabrik hijab yang boleh beralun kemas di bahagian dada, tidak terlalu tebal atau nipis.

Ini dapat menjadikan stail hijab anda lebih chic dengan kesan bujur pada wajah.

BENTUK WAJAH PETAK

Individu berwajah petak disarankan agar tidak memakai hijab yang menyerlahkan bahagian pipi dan rahang. Sebaliknya, pilih gaya yang menjurus ke dagu agar terlihat bentuk wajah yang lebih tirus dan runcing.

IKLAN

Anda juga sesuai dengan hijab yang melekap agar muka tampak lebih bulat serta feminin. Pilihlah material hijab yang memberi volume dan boleh mengembang bagi mencipta bentuk wajah yang lebih bulat. Warna-warna lembut seperti kuning air, putih dan pastel pula mampu menyamarkan garis petak yang ketara. Elakkan warna-warna terang.

Muka Bulat Atau Lebar? Panduan Stail Tudung Ini Mungkin Sesuai Ikut Bentuk Wajah Anda

BENTUK WAJAH BUJUR

Bentuk wajah bujur merupakan bentuk yang paling ideal untuk pelbagai jenis stail hijab. Namun begitu, mereka yang berpipi tembam perlu berhati-hati memilih stail yang tepat untuk menyembunyikan kekurangan tersebut.

IKLAN

Cara terbaik ialah dengan mengenakan anak tudung yang dipakai senget atau bersilang melintasi garis dahi. Ini bagi menghasilkan ilusi bentuk muka yang tidak begitu tertumpu di bahagian pipi.

BENTUK WAJAH HATI/SEGI TIGA

Pemilik bentuk wajah hati atau segi tiga sesuai menggayakan hijab dengan ikatan longgar. Pun begitu, anda perlu mengenakan anak tudung yang dapat menutup sebahagian dahi.

Berikan lebih penekanan ke bahagian dagu dengan stail ikatan atau belitan yang memfokuskan ke bahagian tersebut. Ia dapat mencipta efek bentuk wajah seperti berlian. Salah seorang ikon Muslimah yang memiliki bentuk wajah segi tiga ialah Hana Tajima.

BENTUK WAJAH PANJANG/SEGI EMPAT TEPAT

Stail hijab Turki merupakan pilihan terbaik bagi pemilik bentuk wajah ini. Pemakaian anak tudung yang melintangi dahi dapat mencipta ilusi wajah bujur. Satu lagi gaya yang disarankan ialah turban, lengkap sedikit aksesori atau simpulan ros di bahagian sisi wajah bagi memberi efek wajah yang penuh serta tampak lebih lebar.

Elakkan stail hijab yang mendedahkan keseluruhan dahi kerana ia bakal membuatkan wajah anda tampak bertambah panjang. Elakkan teknik layering yang keterlaluan atau perincian ropol di bahagian atas kepala sehingga mengundang tumpuan ke bahagian itu. Anda juga sesuai menggayakan tudung awning asalkan ia dapat melindungi separuh daripada bahagian dahi.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI