
Langkah Lila Moss kian berani di pentas peragaan mengikut jejak ibunya, supermodel Kate Moss. Kini gadis berusia 20 tahun ini dilantik sebagai duta jenama tersohor YSL.
Justeru, model kelahiran Inggeris ini bakal muncul dalam iklan YSL Beauty.
Wajahnya bakal menghiasi kempen beberapa produk ikonik seperti All Hours Foundation, Rouge Volupté Lipstick, Lash Clash Mascara, dan Rouge Volupté Candy Glaze Lip Gloss.
Dipetik dari Hypebae, YSL Beauty melantik Lila Moss sebagai duta jenama kerana cara pembawaannya yang percaya diri.
Lila Moss juga mempunyai taste terhadap busana unik daripada gaya individu dalam generasinya.
“Menjadi authentic dan setia pada diri sendiri sangat penting dan saya sangat senang membantu menyebarkan ekspresi diri YSL Beauty melalui solekan,” tutur Lila Moss.
Lila Moss turut bergabung dengan beberapa ikon muda yang lain sebagai duta jenama antaranya penyanyi rap Lil Nas X, Troye Sivan, Barbie Ferreira dan Indya Moore.
Untuk info, Lila Moss memulakan debut sebagai model pada 2016 iaitu ketika usianya 14 tahun. Kemudian pada 2018, gadis berambut perang ini menjadi wajah untuk Marc Beauty.
Karier modeling Lila Moss semakin memuncak pada 2021. Buat pertama kalinya, Lila Moss muncul di runway mengenakan pakaian renang dan jaket dari koleksi Fendi x Versace di Milan Fashion Week.
Kredit Foto: Instagram Lila Moss
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Tak Pernah Lapuk Ditelan Zaman, 6 ITEM Ini Adalah Pelaburan Fesyen Terbaik Untuk Anda!

Arus fesyen sentiasa bergerak pantas, sekaligus menggesa pencinta fesyen mengikutinya agar kekal relevan dengan peredaran masa. Namun, fesyen yang digayakan akan berlalu pergi dan akan digantikan dengan trend fesyen baharu.
Tidak salah untuk mengikuti trend semasa namun adakah lebih baik jika almari wardrobe anda lebih dipenuhi dengan pakaian yang evergreen dan tidak lapuk ditelan zaman.
Jom Nona kongsikan trend yang terbaik sepanjang zaman supaya ia dapat digunakan sepanjang masa dan masih boleh membuatkan anda tampak trendy pabila mengenakannya.
SKIRT MINI
Dipopularkan pada tahun 60-an di London, skirt mini telah berkembang menjadi satu rekaan yang menjadi kegilaan ramai. Anda boleh menyimpan skirt mini yang anda kenakan pada usia remaja untuk anak gadis anda kerana trend skirt pendek akan sentiasa segar pada masa akan datang.
LEGGINGS
Ramai yang memilih leggings kerana keselesaannya. Ia sangat berguna untuk mereka yang gemar mengenakan skirt yang terlalu singkat tanpa mencacatkan gaya. Bukan itu sahaja, rekaan fesyen terbaik ini memberikan ilusi bentuk kaki yang cantik kepada anda.
GAUN KEMBANG
Trend ini mewarnai majlis karpet merah Hollywood dari dahulu sehingga kini. Trend terbaik yang memberi suntikan elegan kepada gaya anda ini adalah busana mesti ada di dalam almari setiap wanita.
KEMEJA-T BASIC
Trend ini mampu mengimbangkan gaya anda. Sekiranya seluar anda bercorak padat, kemeja-T asas boleh membuatkan anda tampak sedikit ringkas. Sekiranya anda terasa seperti mahu bermain dengan aksesori, kemeja-T mampu menyerlahkan lagi perhiasan yang dikenakan. Pendek kata, kemeja-T merupakan trend mesti ada sepanjang zaman!
KASUT FLAT
Terima kasih kepada pencipta kasut flat ballerina kerana memberi penyelesaian kepada mereka yang tidak gemar berkasut tinggi. Kasut ini fleksibel kerana sesuai digayakan dengan pelbagai jenis persalinan, kasual atau formal.
JAKET/BLAZER
Jaket atau blazer boleh mengubah gaya anda dalam sekelip mata sahaja! Walaupun anda mengenakan gaun formal untuk ke pejabat, jaket kulit dapat menyelamatkan anda dengan memberikan gaya chic dan kasual sekiranya mahu terus berhibur di malam hari dengan mengenakan gaun yang sama.
Mengapa Suami Yang Romantis PATUT Hadiahkan #AIGNERLOVE Sebagai Tanda Kasih Sayang!

Tidak lengkap rasanya penampilan seseorang wanita tanpa tas tangan. Ia bukan sekadar aksesori fesyen, malah ia juga menjadi lambang atau statement fashion seseorang wanita. Seperti kata orang, wanita dan handbag tak boleh dipisahkan!
Nak tahu apakah hadiah paling sesuai sebagai tanda kasih sayang? Apa kata sempena bulan meraikan cinta ni, hadiahkan pasangan anda dengan tas tangan daripada koleksi #AIGNERLOVE Spring/Summer 2018 yang pastinya memukau si isteri yang ingin tampil anggun dan bergaya.
Jenama Aigner yang ditubuhkan sejak 1904 ini menampilkan koleksi #AIGNERLOVE yang lebih hip dan moden untuk wanita masa kini. Memang seronok kalau dapat memilikinya!
Masih tak percaya? Tiga personaliti wanita berjaya ini berkongsi sebab mengapa mereka jatuh cinta dengan koleksi #AIGNERLOVE.
(a) Dato’ Emma Ibrahim
https://www.instagram.com/p/Be7iplyHaM8/?hl=ms&taken-by=majalahnona
“Koleksi #AIGNERLOVE amat memukau dan cantik terutamanya koleksi Aigner Jada dengan perincian batu-batuan yang sungguh menarik. Saya rasa Aigner semakin hip dan mengikut peredaran semasa.”
(b) Puan Sri Faridah Idris
https://www.instagram.com/p/Be7gxW1noGf/?hl=ms&taken-by=majalahnona
“Something different. Saya pilih koleksi Jada edisi terhad yang tampil berbeza. Koleksi yang amat memukau!”
(c) Nor Haziani Abdul Hamid
https://www.instagram.com/p/Be7gh4_H5B8/?hl=ms&taken-by=majalahnona
“Koleksi Aigner terbaru ni memang menarik. Harganya berpatutan dan menepati cita rasa. Semua mesti datang ke butik Aigner dan lihat sendiri koleksi mereka!”
Nah, pasti ada yang cemburu melihat ketiga-tiga wanita ini yang telah melengkapkan penampilan dengan koleksi #AIGNERLOVE bukan? Buat para suami, barangkali koleksi #AIGNERLOVE pilihan yang sesuai untuk menghargai isteri tersayang. Koleksi yang cantik ini pastinya membuatkan isteri tampil anggun dan bergaya mengikut peredaran masa.
Dulu Pensyarah Fesyen, Kini 2 Sahabat Baik Ini Melakar Nama Sebagai Pereka Duo Terkenal

Sentiasa berpegang kepada signature dan tampil dengan rekaan baru menjadi prinsip utama kepada pereka fesyen duo terkenal Arunsayfull.
Bukan mudah untuk bertahan dalam industri fesyen yang kian mencabar ini namun dengan adanya identiti tersendiri berkonsepkan contemporary femininity label fesyen ini sentiasa diingati. Selain untuk pengantin, Arunsayfull juga menawarkan tempahan untuk elegant eveningwear yang sofistikated. Memang cantik rekaan-rekaan daripada Arunsayfull ini. Terpesona melihatnya!
Arun Marteen dan Sayfull Eizarm adalah tunggak utama di sebalik jenama Arunsayfull. Kedua-dua anak muda ini menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Kreatif.


“Segalanya bermula pada tahun 2016. Mula saling mengenali di sebuah pertandingan yang kami sertai. Dari situlah kami bersahabat baik dan telah berbincang untuk mewujudkan kolaborasi duo. Maka lahirlah jenama Arunsayfull. Alhamdulilah, jenama ini kian mendapat tempat dan sambutan yang sangat baik sampai sekarang.
Sebelum bergelar pereka, kami pernah bekerja dalam industri fesyen di bawah naungan beberapa pereka Malaysia tersohor antaranya Datuk Radzuan Raziwill dan Bill Keith. Selain itu, kami juga pernah bergelar pensyarah fesyen.
Maka, dari pengalaman itulah kami ambil keputusan untuk menjadikan fashion designer sebagai kerjaya utama memandangkan bakat kami lebih ke arah rekaan pakaian. Kami saling mendorong antara satu sama lain untuk menjadi yang terbaik dan sentiasa mengingatkan diri dengan prinsip “Always compete with yourself “.
Apa yang membuatkan kami mencintai bidang fesyen kerana impian kami sangat tinggi. Setiap kali mengeluarkan sesuatu koleksi kami akan pastikan ia berbeza daripada jenama-jenama lain seperti dari segi potongan dan rekaan.
Setiap rekaan itu harus mempunyai cerita dan falsafah. Kami mengambil inspirasi dari pelbagai sudut pandangan. Kebanyakan inspirasi datangnya dari budaya mahupun tradisi yang kita ada. Sebelum menampilkan koleksi baru, kami terlebih dulu mengkaji potongan terbaru yang sesuai bagi sesuatu musim. Seterusnya kami akan ke proses R&D (Research & Design) bagi melakar rekaan sampailah terhasilnya sesebuah rekaan baru.
CABARAN
Cabaran terbesar kami ialah untuk memastikan rekaan disambut baik oleh para peminat dan masih relevan mengikut trend semasa. Dengan adanya lambakan designers ketika ini secara tak langsung ia mengingatkan kami untuk kekal bersama, signature DNA STYLE rekaan kami berdua.
Kini kita lihat banyak jenama baru yang muncul namun akibatnya wujud lambakan jenama instant readymade. Bagi kami ia menjejaskan kreativiti pereka-pereka sedia ada. Kuasa membeli di kalangan masyarakat untuk membeli pakaian readymade semakin tinggi. Secara tak langsung, designers terpaksa mengeluarkan produk berkualiti rendah demi mengurangkan kos penjualan. Kami boleh simpulkan, industri fesyen tanah air kini makin tercabar dengan adanya jenama dan pereka baru.
Tak semua mereka ini mempunyai signature style tersendiri. Mereka kebanyakannya cuma design dan mengulang hasil rekaan pereka lain. Ini hanya menjadikan mereka sebagai tukang plagiat dalam industri. Mereka akan hilang identiti sebagai pereka. ARUNSAYFULL berpegang teguh kepada prinsip “always be in trend & new” di mana kami berani mereka dan ambil risiko dalam menghasilkan sesebuah rekaan. Bagi kami populariti bukanlah segalanya. Yang penting elanggan ingat DNA dan signature kita sebagai pereka.
Kami tidak terkejar untuk membuka jenama sendiri. Sebaliknya kami bekerja di bawah naungan orang lain dulu. Dengan adanya pengalaman mengenai selok-belok industri fesyen dan bisnes ia sangat membantu untuk menyiapkan diri kami sebelum membina jenama sendiri. Dalam menjadi pereka kita harus memiliki signature atau sentuhan unik dalam sesebuah rekaan dan bukannya sekadar meniru rekaan orang lain. Penggunaan teknologi media massa juga amat penting agar jenama kita lebih dikenali.
STRUGGLE
Kami pernah stress ketika menghasilkan koleksi baru. Tidak mendapatkan waktu tidur dan rehat yang cukup. Namun pengalaman itulah yang paling diingati and we guess that is the beauty of being a fashion designer. Hidup ini tak pernah berhenti daripada bekerja. Selepas siap satu koleksi, ada lagi koleksi yang perlu disiapkan. Dalam waktu yang sama, kami ada side job seperti bridal wear yang perlu disiapkan. It’s a stressful life, especially when you need to manage a brand while designing as well. But we still love our job.
Ikon fesyen pilihan tempatan yang kami inspirasikan ialah Dato’ Bernard Chandran kerana keberanian beliau menghasilkan rekaan-rekaan unik. Ikon fesyen luar negara pula kami menyanjungi RAF SIMMON CHRISTIAN DIOR dan Pier Paolo Piccioli VALENTINO. Kedua-duanya sangat dekat dengan jiwa kami.
Kredit Foto: Instagram @arunsayfull