Mudahnya berdiet jika anda kenal makanan yang mampu membantu anda untuk mencapai matlamat itu. Seiring azam mahu amalkan gaya hidup sihat tahun ini, berikut 6 jenis makanan pelangsing tubuh secara semula jadi buat anda praktikkan.

IKLAN

Pir

Ia kaya dengan serat dan kandungan air, sesuai dijadikan hidangan harian buat mereka yang berdiet. Ini kerana selain membantu anda untuk kembali langsing, kandungan airnya juga baik untuk kelembapan kulit. Kandungan seratnya pula dapat memberikan anda rasa kenyang yang lebih lama.

Oren

Buah oren sangat tinggi vitamin C dan flavanoid yang membantu mempertingkatkan pembakaran lemak dalam tubuh. Mulakan hari anda dengan segelas jus oren segar tanpa tambahan gula. Selain diminum dalam bentuk jus, anda juga boleh tambahkan hirisan oren  ke dalam hidangan salad.

Timun

Timun adalah sayuran segar rendah kalori yang paling mudah dinikmati saat berdiet. Ia juga mempunyai sifat penyejuk yang baik untuk badan kala cuaca panas. Anda boleh nikmatinya begitu sahaja sebagai ulam atau tambahkan ia bersama kekacang untuk dijadikan salad.

Mulakan 6 Jenis SLIMMING FOOD Ini Untuk Miliki Bentuk Tubuh Idaman, Tak Cuba Tak Tahu!

Yogurt

IKLAN

Yogurt anda wajib jadikan snek ringan ketika berdiet. Makanan yang rendah kalori dan tinggi nutrisi ini sangat mengeyangkan jika dinikmati. Ia juga tinggi kandungan kalsium yang baik untuk tulang dan penurunan berat badan.

Mulakan 6 Jenis SLIMMING FOOD Ini Untuk Miliki Bentuk Tubuh Idaman, Tak Cuba Tak Tahu!

Jus Lemon

IKLAN

Dua gelas jus lemon segar bersama satu sudu madu setiap awal pagi dan malam dapat membantu proses diet anda menjadi lebih efektif. Ia membantu membakar lemak serta membantu meremajakan kulit dari dalam.

Lobak Merah

Lobak merah boleh dijadikan sup, salad, jus ataupun manisan. Biasakan diri anda untuk menikmati semangkuk jus lobak merah sebelum hidangan utama bagi membantu menimbulkan rasa kenyang. Ia akan membantu anda mengurangkan jumlah pengambilan makanan dalam hidangan utama.Selain itu, lobak merah juga kaya denganvitamin A yang baik untuk kesihatan anda. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI