Apabila terkena hujan, pasti suhu badan akan meningkat dan hingus pun mula meleleh. Demam memang boleh mengganggu aktiviti seharian kerana tubuh terasa berat untuk digerakkan.

Ketika demam, daya tahan tubuh semakin berkurang dan virus senang menyerang. Bagi melawan virus tersebut, anda perlu memperkuatkan sistem pertahanan tubuh.

IKLAN

Beristirahat

Apabila demam melanda, yang terbaik untuk dilakukan adalah berehat dengan secukupnya. Berehat dapat memperkuatkan daya tahan tubuh dan menghilangkan demam daripada terus melarat.

Elak Demam Berjangkit

Sebaik-baiknya, elakkan daripada bertemu dengan orang ramai. Jika mempunyai mesyuarat yang sukar untuk ditunda tarikh, boleh cuba mesyuarat di alam maya seperti Skype atau Face Chat.

Biasanya apabila demam melanda pasti diikuti dengan selesema. Selesema yang baru hendak menjadi akan mengundang bersin. Walaupun tidak sihat, tetapi jangan bersin merata-rata. Bersin dengan menekup kedua-dua tangan ke mulut. Lebih baik kalau menggunakan sapu tangan yang bersih.

Cuba basuh tangan dengan air yang bersih bersama sabun selama 20 minit sekerap yang mungkin. Berjuta-juta bakteria melekat di tangan dan pasti mengundang jangkitan penyakit. Oleh itu, lap permukaan yang biasa disentuh seperti tombol pintu, gagang telefon dan paip sinki. Lebih baik kalau disemburkan dengan anti-bakteria.

Keperluan Bila Demam

Apa yang anda perlukan ketika sedang demam? Pastikan anda membawa banyak tisu untuk keperluan seperti bersin, hidung meleleh dan batuk. Jika perlu bawa termometer untuk mengetahui paras suhu badan. Pakai pakaian yang selesa dan bersih terutama kain kapas yang boleh membantu tubuh menyerap peluh.

Minum Ketika Demam

Ketika tidak sedap badan, minum teh hijau dapat memberi kesegaran. Ada juga yang mengatakan minum dua hingga tiga cawan teh hijau boleh menyembuhkan demam. Tetapi, jangan pula ditambah susu kerana boleh memekatkan lendir di hidung dan sudah pasti menyusahkan ketika bernafas.

Minum air putih adalah kunci kepada segala penjagaan diri. Minum air putih dengan banyak malah boleh dua kali ganda daripada biasa. Demam yang berpunca daripada virus boleh membuat badan cepat terhidrat.

Minum air yang berisotonik boleh membantu tubuh yang terhidrat akibat virus yang menyerang tubuh. Selain itu air kelapa yang bersifat elektrolit juga boleh membantu agar badan cepat sembuh.

Makanan Ketika Demam

IKLAN

Biasanya ketika demam selera untuk makan sudah tiada. Namun, makan adalah perlu agar tubuh bertenaga untuk melawan virus. Sup ayam sangat membantu ketika sedang demam.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Therapeutics, komponen yang bergelar karnosin dalam sup ayam boleh membantu meningkatkan daya tahan tubuh. Khasiat sup ayam lebih mudah diserap berbanding dengan makanan pejal yang lain.

RESIPI SUP AYAM KAMPUNG

Musim Demam Sedang Melanda, CUBA REMEDI Ini Untuk Lawan Virus Daripada Menular Pada Orang Lain

Bahan-bahan:

IKLAN
  • 1 batang lobak putih (dihiris bulat)
  • 2 tangkai daun bawang (dihiris halus)
  • 2 – 3 bahagian ayam
  • Daun sup (dihiris halus)
  • 3 ulas bawang putih (dicencang)
  • 1 kiub ayam
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah
  • Bawang goreng (hiasan)

Cara membuat:

Panaskan minyak terlebih dahulu. Kemudian, masukkan bawang putih. Biarkan seketika sebelum tuangkan air ke dalam periuk diikuti ayam, kiub ayam, garam dan lada sulah. Reneh atas api sehingga ayam empuk dan masukkan pula lobak putih. Kacau semua bahan hingga sebati dan masukkan daun bawang atau daun sup ikut cita rasa masing-masing. Apabila telah mendidih, padamkan api dan hidangkan. Jika mahu, taburkan bawang goreng ke atas hidangan.

Bila tubuh sudah beransur pulih, makanan pejal boleh mula dimakan. Mula dengan makanan yang ringkas seperti ubi dan telur dan hindari daripada mengambil gula yang tinggi. Ini kerana gula boleh menghalang tubuh untuk cepat sembuh.

Bersenam ketika demam

Tidak salah bersenam ketika demam jika tubuh mampu melakukannya. Bersenam seperti biasa terutama di dalam gim. Namun, jangan lupa lap semula peralatan yang digunakan untuk mengelak orang lain dijangkiti.

Selain itu, dengar kata tubuh. Jangan memaksa tubuh untuk melakukan sesuatu pergerakan yang tidak mampu. Turun intentisi aktiviti daripada biasa dan jika masih tidak mampu, cuba berhenti.

Bila badan beransur pulih jangan terus bersenam kerana tidak mustahil badan boleh dijangkiti semula. Oleh itu, buat regangan yang ringkas kerana tubuh memerlukan masa lebih kurang satu hingga dua minggu untuk benar-benar pulih.

Jika demam masih berpanjangan dengan diiringi batuk dan bersin tanpa henti jangan berlengah untuk mendapat bantuan daripada doktor. Bagi mengelak gejala yang lebih parah minta nasihat doktor apa yang perlu dilakukan. Hamizatul Maizan Mohamed

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI