My #QuranTime 2.0 (MQT) yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), sebanyak 2111 episod akan mula bersiaran setiap hari bermula Rabu ini, jam 12 hingga 1 tengah hari di semua platform digital Quran Hour dan Sinar Harian.
Matlamatnya adalah untuk mempertingkatkan kualiti solat melalui bacaan Al-Quran bertajwid, memahami isi bacaan Al-Quran melalui tadabbur tahap dua, memperbaiki kualiti solat serta elemen baharu program iaitu menambah hafalan Surah melalui kaedah hafalan Al-Quran yang mudah dan praktikal dengan penggunaan metod Quran Al-Hafiz.
Terdahulu, program MQT yang telah mencipta fenomena ‘Baca, Faham, Amal Al-Quran’ selama 1 jam setiap hari, bermula pada tahun 2020 telah diterbitkan dengan kerjasama TV Al-Hijrah.
Kali ini, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas membuka peluang kepada semua stesen TV dalam dan luar negara untuk menayangkan MQT 2.0 agar program Al-Quran ini menjadi solusi dalam membina kerangka fikir dan karakter ummah yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
1. Kami sedang berunding dengan beberapa stesen TV agar program MQT yang diterbitkan oleh Yayasan WUI dengan sebahagian hasil dana daripada sumbangan Tabung Gerakan Quran oleh orang ramai dapat membawa impak besar kepada proses membumikan Al-Quran yang disasarkan pada tahun 1500 Hijrah untuk ‘MengQurankan Bangsa, MengIkhlaskan Ummah’.
2. Program MQT ini dibina atas usaha Wakaf Konten di mana sumbangan dari individu, organisasi dan orang ramai digunakan sepenuhnya untuk tujuan melahirkan pelbagai kajian dan program digital dan TV untuk ummah.
Ads
Program -program yang dilahirkan atas misi Wakaf Konten ini boleh dimasuki dengan mudah di platform digital Quran Hour agar menjadi bahan rujukan sepanjang zaman kepada orang ramai, sekolah, kelas pengajian dan organisasi.
Usaha yang bermula lebih giat pada tahun 2020 ini telah menjadi pusat khazanah Al-Quran di mana kajian dan program Al-Quran diletakkan secara atas talian untuk rujukan semua. Wakaf Konten ini telahpun dimanfaatkan oleh siaran Quran TV di negara jiran juga, seperti Indonesia.
3. Siaran MQT kali ini dilancarkan di semua platform digital Yayasan WUI dan Kumpulan Media Karangkraf sebagai pendekatan untuk menarik lebih ramai segmen orang muda selain golongan dewasa, penonton setia dan baru.
4. Insya-Allah dengan sinergi media untuk ummah di beberapa saluran TV, MQT bukan lagi ditayangkan secara eksklusif di saluran TV AlHijrah sahaja, program MQT ini akan menjadi langkah pendidikan jiwa dan karakter bagi banyak keluarga dan orang ramai melalui baca, faham, amal setiap halaman Al-Quran sebanyak 3 bahagian Al-Quran setiap hari.
Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Haji Hussamuddin Yaacob
Ads
5. Pada musim pertama sebanyak 838 episod, program ini telah mencatatkan sebanyak 85 juta tontonan di skrin, lebih 150 ribu sahabah Al-Quran di dalam dan luar negara.
6. Program MQT ini akan mengekalkan peneraju, Ustaz Fazrul Ismail sebagai pentadabbur dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali serta Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman sebagai Qari. Pentadabbur serta Qari jemputan akan mengisi di slot ulang kaji.
7. Program ini telah siap untuk dilancarkan selepas melalui kajian konten dengan rujukan 18 Kitab Tafsir dan Kitab Hadith Bukhari Muslim, melakukan latih tubi program di makmal ujian studio My #QuranTime Plus dalam tempoh lebih dua bulan secara intensif agar isi Al-Quran dapat disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami para pelayar dan penonton MQT.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Marhaini Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif WUI di 0133593165.
Bukan senang nak jumpa artis di luar kan? Kalau terjumpa atau terserempak mesti ramai yang excited dan ada yang mengambil kesempatan itu untuk bergambar bersama artis kegemaran masing-masing. Tidak dinafikan, seseorang artis adalah ‘hak milik’ masyarakat juga dan peminat harus dilayan dengan sebaik-baiknya. Mesti selalu dengar “Tanpa peminat siapa lah saya?”. Betul lah, tanpa peminat tidak mungkin seseorang artis itu mampu untuk terus ‘hidup’ dalam dunia hiburan.
Namun, ada kalanya kehadiran peminat boleh menimbulkan rasa tidak selesa artis tersebut. Baru-baru ini Yuna dilihat telah memuat naik status menegur tindakan segelintir peminatnya yang suka mengambil gambar curi-curi.
Menerusi post di laman instagramnya itu, Yuna memberitahu sekiranya peminat-peminat beliau ingin mengambil gambar bersamanya, supaya jangan malu untuk menegur dan meminta izin kerana, beliau tidak akan menolak permintaan mereka.
Tambah yuna lagi, dia berasa sangat lucu apabila ada peminat yang mengambil foto atau videonya berpura-pura sedang bermain handphone selepas kantoi diperhatikan.
Selain itu, Yuna juga berharap tidak akan ada lagi peminatnya yang cuba ambil gambar curi-curi tanpa minta kebenarann terlebih dahulu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gerak-geri dan penampilan Aurelie Hermansyah sememangnya menjadi tumpuan media di Indonesia. Bukan hanya kerana statusnya sebagai anak perempuan kepada penyanyi popular, Krisdayanti dan bekas suami, Anang Hermansyah malah kelibat Aurel kian mencuri perhatian umum semenjak perkahwinannya bersama jutawan muda yang juga Youtuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar.
Selamat bergelar isteri kepada lelaki pujaan pada tanggal 3 April 2021, apa sahaja yang dilakukan Aurel dan Atta pasti menjadi bualan hangat di sana. Dari majlis pertunangan mereka yang gilang-gemilang sehinggalah majlis pernikahan serba mewah di hotel lima bintang yang turut dihadiri pemimpin utama Indonesia, pasangan ini tidak pernah sepi daripada tempias glamor.
Lebih eksklusif, majlis perkahwinan Aurel dan Atta disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen nasional. Luar biasa!
Mengikut jejak langkah ibu bapa sebagai penyanyi, Aurel juga merupakan seorang usahawan yang menguruskan empayar Aurelloly Cosmetics. Sementara Atta atau nama penuhnya Muhammad Attamimi Halilintar pula selebriti media sosial terkemuka Indonesia yang mempunyai lebih 26 juta subscribers di YouTube dan dianggarkan meraih pendapatan bulanan mencecah sehingga hampir RM2 juta!
Aurel merupakan kakak kepada Azriel Akbar Hermansyah yang juga anak kepada Krisdayanti dan Anang sebelum ibu bapa mereka bercerai pada tahun 2009.
Sejak mendirikan rumah tangga, Aurel dilihat cukup menjaga pemakanan dengan mengambil diet seimbang dan sihat di samping melakukan rutin senaman secara teratur. Tidak hairanlah, dia kelihatan makin cantik dan ramping.
Selain penjagaan diri yang teratur, perubahan positif Aurel selepas berkahwin turut disedari bapa tersayang, Anang Hermansyah. Apatah lagi, Aurel tampil mengejutkan keluarga dan peminat apabila semakin menjaga penampilan agar lebih sopan serta menutup aurat. Ketika berbulan madu di Bali, penampilan Aurel yang anggun berhijab mula disedari ramai.
Aurel diminta berehat sepenuhnya sebelum disahkan gugurKetika menikmati bulan madu
Ternyata penghijrahan Aurel menyentuh perasaan suami tercinta. Malah, dia turut berkongsi kapsyen romantis tatkala memuat naik gambar isteri di Instagram miliknya. “Selalu bangga dengan hijrah kamu yang semakin kuat dan bijak. Bidadari dunia akhirat mamanur Amin.”
Positif mendepani masa depan meskipun dilaporkan mengalami keguguran pada pertengahan Mei lalu, Aurel turut berkongsi luahan berikut. “Menjadi baik bukan tentang bisa atau tidak, tapi tentang mahu atau tidak. Kerana semua orang memiliki kesempatan yang sama untuk menjadi lebih baik lagi.”
Kredit foto: Instagram Aurelie Hermansyah & Atta Halilintar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wow.. dalam diam, Eira Syazira tengah rancak merencana masa depan sebagai penyanyi di Indonesia. Mungkin masih ramai yang tak tahu selain berbakat dalam dunia lakonan, isteri Azad Jasmin ini juga sebenarnya ada potensi dalam bidang nyanyian.
Kalau tidak, takkan Eira Syazira diberi kepercayaan menjayakan konsert ambang tahun baru di Jakarta baru-baru ini. Siap berduet dengan kumpulan muzik terkenal Indonesia, Wali Band lagi. Memang bertuah Eira!
Pada persembahan tahun baru tersebut, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini sempat mendendangkan lagu popular Wali Band, Yank. Meskipun ia merupakan kemunculan awal Eira di depan ribuan peminat seni Indonesia namun selebriti ini kelihatan cukup tenang melontarkan suara emasnya.
Pastinya, ia menjadi detik manis dan permulaan indah bagi Eira Syazira sempena kedatangan tahun 2019.
Khabarnya, hasrat Eira untuk bergelar penyanyi di Indonesia sudah bertahun-tahun tertunda disebabkan beberapa faktor. Namun pada pertengahan tahun lalu, dia nekad mengejar impian dan berhijrah ke Jakarta selepas kembali menerima lamaran Syarikat Positif Arts Entertainment.
Ternyata, ia bukanlah calang-calang syarikat muzik kerana Positif Arts Entertainment juga berpengalaman luas menguruskan artis popular Indonesia termasuk Wali Band, Kerispatih dan Matta Band. Sebelum ini, Eira pernah menerbitkan single ‘Say’ hasil ciptaan lirik dari komposer Indonesia, Endrru.
Di samping aktif menjalani rutin baru sebagai penyanyi dan meneruskan minat lakonan di Indonesia, Eira Syazira juga tidak menang tangan mengusahakan produk kesihatannya, Seri Lady bukan hanya di Malaysia bahkan turut menembusi pasaran Singapura.
Moga segala perancangan Eira pada tahun 2019 menjadi realiti dan menjadi inspirasi kepada semua wanita baik di Malaysia mahupun Indonesia. Selamat Maju Jaya!
Kredit: Instagram Eira Syazira
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantik manis orangnya! Sejak zaman anak dara sampai sudah pun berstatus isteri dan ibu tiga orang anak, kejelitaan Leuniey Natasha sentiasa tarik perhatian warga maya. Walau usia makin meningkat, kecantikan isteri pemain bola sepak popular iaitu Khairul Fahmi Che Mat ini seakan tidak memudar.