Sebenarnya tidak susah untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal tanpa perlu melakukan diet berat dan rutin senaman yang sukar. Cukup dengan melakukan senaman dengan cara yang betul dan konsisten pasti impian untuk memiliki tubuh badan persis model runaway tercapai! Senaman plank adalah salah satu contoh senaman paling mudah untuk anda yang inginkan pinggang ramping dan kempiskan perut buncit sekaligus mendapatkan bentuk badan yang ideal.
Selain itu, senaman plank juga sangat sesuai terutama bagi wanita yang merungut kerana tiada masa atau tiada ruang dan tempat yang sesuai untuk bersenam, cara ini juga dapat memberikan kesan dalam pembakaran kalori anda. Malahan, kesan mengamalkan senaman plank ini juga sangat bagus untuk memperkuatkan semua kumpulan otot teras dan support tulang belakang anda. Lagipun, senaman plank sangat efektif dan boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan paling penting tanpa menggunakan sebarang peralatan.
KELEBIHAN PLANK
1. Plank juga membakar lebih lemak daripada senaman ringan yang lain dan memberi impak pada sistem saraf yang sangat baik untuk mood anda sekaligus meningkatkan semangat untuk bersenam. Senaman ini juga sesuai untuk anda yang ingin mengurangkan ketekanan.
2. Meningkatkan kada metabolisma dengan hanya senaman ringkas kerana terdapat lebih dari 1 otot yang terlibat semasa melakukan plank.
3. Memperbaiki postur tubuh anda kerana senaman plank boleh membaik pulih struktur badan dengan memberi keseimbangan yang diperlukan apabila otot abdomen sudah kuat. Tambahan pula, flexibiliti badan dapat ditingkatkan dengan menarik seluruh kumpulan otot posterior seperti bahu, tulang belikat, selangka, dan meregangkan otot hamstring serta seluruh kaki.
Follow jadual ini kalau anda baru saja mahu mula melakukan senaman plank. Syaratnya, lakukan secara konsisten, jaga permakanan anda dan amalkan gaya hidup yang sihat. Ini lah masanya untuk meregangkan kembali otot-otot anda yang sudah lama ‘berehat’ tu.
Nama Victoria Beckham mula menyinar apabila menganggotai kumpulan Spice Girl yang begitu terkenal suatu ketika dahulu. Kumpulan penyanyi yang berasal dari United Kinggdom ini telah menjadi fenomena dan mempunyai peminat yang tersendiri. Kecantikan wanita yang berusia 47 tahun ini memang terserlah dalam kumpulannya dengan trademark tanpa senyuman itu.
Populariti Victoria semakin membara apabila mengumumkan perkahwinannya dengan bintang bola sepak paling kacak di dunia, David Beckham. Pasangan romantis ini semakin bahagia dengan kehadiran empat orang anak-anaknya. Khabarnya tak lama lagi Victoria akan menerima menantu apabila anak sulungnya bakal berkahwin tak lama lagi.
Victoria juga telah menunjukkan contoh yang baik dalam mendidik anak-anak. Wanita sangat menyayangi anak-anaknya dan seboleh mungkin memberi contoh terbaik buat anak-anaknya. Sebagai contoh Victoria yang sangat menjaga pemakanan telah menunjukkan contoh cara pemakanan sihat di depan anak-anaknya.
Foto: Instagram @victoriabeckham
Jika dilihat kehidupan wanita yang berambut hitam ini, sudah lengkap serba-serbi. Sebagai selebriti yang mempunyai cita rasa tinggi dalam fesyen, Victoria menceburkan diri dalam perniagaan yang mengusahakan rangkaian baju dan aksesori di bawah label namanya sendiri Victoria Beckham.
Selain itu, Victoria juga telah melancarkan rangkaian produk kosmetiknya sendiri. Dikatakan produk kosmetik milik Victoria menggunakan bahan-bahan semula jadi dan sesuai dengan semua jenis kulit tanpa mengira usia.
IKLAN
Foto: Instagram @victoriabeckham
Sudah pasti apa yang menarik perhatian adalah melihat keindahan kediaman pasangan sama cantik sama padan ini. Dikatakan kediaman townhouse mereka yang berlokasi di London ini bernilai RM169 juta (£31.5 million). Victoria juga dilaporkan mempunyai beberapa kediaman mewah lain termasuk di Amerika Syarikat.
Foto: Instagram @victoriabeckham
Biarpun wanita wanita yang popular dengan nama Posh Spice ini bersama suaminya, David Beckham tidak ‘menunjuk-nunjuk’ dekorasi kediaman mereka. Tetapi perkongsian pasangan ini di media sosial, saat menghabiskan masa bersama keluarga mencuri tumpuan peminatnya. Bukan saja gembira melihat kebahagiaan keluarga ini malah dapat melihat sendiri interior kediaman mereka.
Nama Dr Anwar Fazal Abu Bakar dan Dr Fatin Liyana Asri sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Pasangan suami isteri yang memilih kerjaya sebagai doktor ini ternyata mempunyai kelebihan tersendiri. Mana tidaknya, walaupun sibuk dengan kerjaya dalam bidang perubatan, namun pasangan suami isteri ini membuktikan mereka bijak membahagikan masa antara karier dan minat terutamanya dalam bidang penulisan.
Pasangan ini mempunyai pengikut tersendiri memandangkan buku siri DIAgnosis yang ditulis bersama kumpulan doktor DIAgnosis, termasuklah Dr Fatin Liyana sendiri telah dinobatkan sebagai Buku Melayu Terbaik Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut 2014 hingga 2016.
Dr Anwar sendiri bukan sahaja aktif dalam penulisan buku, malah pernah menghasilkan lirik bagi runut bunyi Munafik iaitu Kalah Dalam Menang dan terkini melalui lagu Senorita untuk runut bunyi filem Abang Long Fadil 2.
Sebelum berkecimpung dalam dunia penulisan lirik, Dr Anwar Fazal dan Syamsul Yusof yang merupakan sepupu ini memang sudah pernah menyanyi bersama atas nama kumpulan duo “Burn & Soul”. Antara lagu-lagu yang mereka pernah cipta dan nyanyi bersama ialah Bidadari, Apakah Semuanya Itu (OST KL Drift 2), Hingga Hujung Dunia (OST Aku Bukan Tomboy) dan Ya Robbi (OST Khurafat).
Bakat menulis ini turun daripada Ibu dan bapa saudaranya, Dato’ Yusof Haslam. Idea-idea yang datang pula adalah inspirasi dari episod-episod kehidupan dan kecintaan pada isteri serta puteri tunggalnya, Ajda.
Manakala Dr Fatin yang merupakan graduan perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pernah menerima beberapa anugerah yang membanggakan antaranya Blog Selebriti Terbaik Best Celebrity Blog For World Bloggers Social Media Awards 2012 (dengan viewers blog tertinggi di Malaysia ketika itu), Anugerah Tokoh Srikandi Harapan Negara 2014 dan Anugerah Ikon Papti (Persatuan Alumni Pengajian Tinggi Indonesia) 2015.
Walaupun mempunyai pelbagai perkara yang boleh dibanggakan, pasangan ini masih bersikap merendah diri dan menganggap mereka berdua masih dalam proses mempelajari kehidupan untuk menjadi yang lebih baik.
“Kami hanya pasangan biasa yang masih bertatih dalam membangunkan rumah tangga. Saban hari kami berusaha menjadi yang terbaik, yang pertamanya untuk pasangan dan keluarga sebelum yang lainnya. Kami berdoa dan berharap agar usaha-usaha kami ini dapat menyuntik semangat kepada followers kami di luar sana dengan mengingatkan yang kehidupan ini sentiasa perlukan pengorbanan. Kejayaan dunia dan akhirat yang kita semua dambakan hanya dapat kita raih insyaAllah dengan keikhlasan dari pengorbanan yang kita berikan,” ujar Dr Anwar.
“Saya sendiri tidak menyangka bila pada saat-saat genting sepanjang dua tahun bergelar doktor pelatih (houseman) dulu saya mampu berkahwin, mendapat seorang cahaya mata, menguruskan rumah tangga tanpa bantuan pembantu rumah dan menghasilkan 3 buah novel siri DIAgnosis yang menjadi bestseller negara bersama suami. Pengorbanan yang saya lakukan? Tentulah tidak cukup tidur dan menjadi ‘anti-sosial’ buat sementara waktu demi untuk fokus terhadap kerjaya dan keluarga,” cerita Dr Fatin yang menjadikan pengorbanannya berbaloi untuk dihargai oleh diri dan keluarga tercinta.
Umum pasti mengenali Dr Anwar Fazal melalui buku sulungnya bertajuk DIAgnosis manakala Dr Fatin pula aktif dalam penulisan blog Honeykoyuki. Penulis berkesempatan bertemu pasangan bahagia ini yang nyata mempunyai misi dan visi dalam bidang perubatan yang mereka cintai serta menjadikan medium penulisan buku dan blog untuk mendidik masyarakat dalam pelbagai perkara. Malah, kedua-duanya bijak menggunakan pendekatan serta medium media sosial untuk mendekatkan diri dengan masyarakat.
Tambah Dr Anwar yang kini menjawat jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah, Kementerian Kesihatan Malaysia ini, ledakan teknologi kini memberi peluang untuk masyarakat lebih peka dan bijak memilih informasi yang hendak disampaikan kepada umum. Sebagai doktor, kami menggunakan kemudahan teknologi untuk membantu memberi informasi kemaskini mengenai penyakit-penyakit dan langkah-langkah pencegahan atau pembasmian terkini. Selain itu, medium ini juga dapat memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan isu-isu semasa dan penyebaran bantuan dapat dilakukan dengan pantas,” ulas Dr Anwar yang menjadi perintis penulisan novel perubatan negara.
Sehati Sejiwa
Memandangkan kedua-duanya mempunyai kerjaya yang sibuk, baik Dr Anwar mahupun Dr Fatin mengamalkan pengurusan waktu yang baik untuk memastikan buah hati kesayangan mereka, Ajda Anwar mendapat perhatian sepenuhnya.
“Tinggalkan kerja di tempat kerja” melainkan ada hal-hal kecemasan yang memaksa untuk membawa urusan kerja ke rumah. Itu yang kami berdua amalkan. Waktu kualiti bersama penting dengan adanya komunikasi dua hala. Setiap hari, usai solat jemaah, kami ambil masa untuk berkongsi cerita seputar harian. Biar sesibuk mana sekalipun urusan kerja setiap hari, masa untuk berkongsi cerita wajib dicari. Selain itu, kami juga gemar bersukan, melancong, menonton wayang serta melakukan sesi brainstorming untuk mencari idea mengenai projek penulisan akan datang.” ROSMAHIDAYUABUSAMAH
Wanita sekarang bijak menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Bersenam merupakan aktiviti riadah yang semakin diminati untuk mendapatkan tubuh yang sihat dan langsing.
Ramai yang sudah mula sedar untuk menerapkan gaya hidup yang sihat rentetan kehidupan moden yang tidak sihat. Setiap orang mempunyai pilihan yang berbeza untuk kekal aktif dan cergas. Salah satu cara yang mudah adalah dengan bersenam di pusat kecergasan yang lengkap dengan fasiliti kecergasan.
Kunci utama kepada melakukan kecergasan adalah bersenam secara teratur. Setiap senaman mempunyai kesan yang berbeza kepada tubuh. Tiga latihan utama yang disediakan ketika bersenam di gim adalah aerobik, pembentukan otot dan fleksibiliti. Ketiga-tiga elemen ini penting untuk mendapat kesan yang optimum bersenam di gim.
Kesalahan ketika bersenam di gim
(a) Bersenam tanpa sarapan
Jika bercadang bersenam di gim tanpa sarapan, lupakan sahaja. Anggapan tanpa mengambil sarapan lebih banyak lemak boleh dibakar adalah salah. Bersenam dengan perut yang kosong membuat perut bertambah lapar dan membuat seseorang itu makan lebih banyak. Akibatnya bukan kalori yang terbakar malah lemak yang mengumpul.
Sebelum bersenam pastikan perut sudah diisi sekurang-kurangnya 30 minit. Sebaik-baiknya ambil makanan yang ringan seperti bijirin atau buah-buahan.
(b) Bersenam lebih dua jam
Bagi mendapat kesan yang maksima dalam pembakaran kalori adalah bersenam tidak lebih daripada dua jam. Membakar kalori bagi tujuan untuk mendapat tubuh yang ideal sebenarnya bukan bergantung kepada berapa lama tempoh bersenam. Namun ia amat bergantung kepada jenis latihan yang dilakukan. Boleh sahaja membakar kalori dengan banyak selama 30 minit bersenam. Tetapi, latihan yang dilakukan perlu lebih keras.
Latihan dengan fokus diiringi dengan intensiti tinggi selama 20 minit lebih efektif daripada latihan yang minima selama satu jam.
(c) Melakukan gerakan yang sama
Jika anda melakukan gerakan yang sama dalam tempoh yang panjang, tubuh dapat merakam gerakan tersebut. Akibatnya tubuh tidak akan memberi hasil kepada latihan yang dilakukan jika dibandingkan dengan latihan awal. Gerakan atau latihan di gim biasanya bermanfaat dalam tempoh yang pendek.
Sebagai contoh jika anda melakukan latihan mengangkat beban untuk membentuk otot lengan. Jika bentuk lengan sudah sempurna atau berjaya mendapat bentuk yang dikehendaki, maka tidak perlu melakukan latihan yang serupa. Sebaliknya, beralih kepada latihan atau senaman lain.
Tubuh perlu diajar dengan latihan yang berbeza-beza. Perubahan tidak perlu terlalu besar mungkin hanya mengganti ‘dumb bell’ dengan ‘barbell squat’.
(d) Cemburu dengan bentuk tubuh selebriti
Jika ada yang mempunyai anggapan selebriti yang mempunyai bentuk tubuh yang sempurna adalah anugerah, anda salah. Selebriti terkenal tempatan mahupun luar negara berusaha keras bersenam dan mengawal pengambilan makanan harian untuk memperoleh tubuh yang seksi. Tanpa bersenam mereka juga mempunyai tubuh yang menggeleber.
Mungkin boleh mengambil mereka sebagai inspirasi dalam usaha keras untuk mencapai bentuk badan impian.