Pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal tidak mahu bersikap berlebih-lebih atau keterlaluan di kaca TV biarpun menjadi penaja program realiti Big Stage musim kelima.
IKLAN
Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, tujuannya menaja program itu kerana ia sebahagian daripada strategi pemasaran dan bukan untuk mencipta kontroversi.
“Matlamat kami menaja program ini jelas iaitu untuk memperkenalkan lagi Wawa Cosmetics. Alhamdulillah, sebelum menaja pun jenama kami sudah dikenali ramai dan kekal bertahan hingga kini.
“Kalau ada yang cakap kenapa saya tak ‘kecoh’ macam penaja lain, prinsip saya mudah iaitu lain orang lain caranya. Saya fikir, nama saya dan Wawa Cosmetics sudah cukup kuat untuk orang tahu. Lagi pula, saya jenis yang memang tak pandai nak buat ‘hal’ yang bukan-bukan.
“Kalau tengok sepanjang Big Stage pun, suami saya, Aeril yang banyak bercakap. Sesekali saja saya muncul di pentas. Itu pun atas tanggungjawab nak mempromosikan produk. Nak menari pun saya segan, apatah lagi nak buat perkara yang bukan-bukan depan orang ramai,” katanya.
IKLAN
Menariknya, pentas Big Stage juga menjadi platform untuk Wawa dan Aeril melancarkan produk terbaharu mereka iaitu Complete Rejuvanating Beauty Essence.
IKLAN
“Semuanya bermula dengan saya dulu. Seperti biasa, sebelum dilancarkan memang saya gunakan dulu. Selepas melalui proses kajian dan penyelidikan (R&D), produk ini dikeluarkan juga.
“Produk ini diperkaya dengan bahan utama seperti Whitening Probiotics dan salicylic Acid mampu membantu menyelesaikan masalah seperti kulit kusam tak bermaya, kulit kering, hyperpigmentasi dan juga masalah jerawat.
“Seawal tujuh hari, insya-Allah, keyakinan diri lebih tinggi dan muka tak kusam lagi. Paling penting kena dapatkan yang asli di pasaran. Scan kod QR pada produk dan terus ke website pembelian,” katanya.
Mereka diibaratkan pasangan pemimpin paling ideal di mata masyarakat. Bukan hanya kerana isteri memiliki rupa paras menawan bahkan sang suami juga kacak dan cukup berkarisma. Apatah lagi, sejak Justin Pierre James Trudeau dilantik sebagai Perdana Menteri Kanada pada tahun 2015. Ia sekaligus membuatkan gerak-geri Sophie Gregoire Trudeau dan Justin sentiasa menjadi perhatian ramai.
Meskipun sudah enam tahun bergelar pemimpin utama Kanada namun Justin dan isteri enggan mengubah cara hidup lama mereka sebelum menjadi keluarga diplomat. Tidak hairanlah kehidupan suami isteri ini sentiasa diulit bahagia kerana mereka masih mengekalkan amalan gaya hidup sama seperti pada awal perkahwinan dahulu.
Menelusuri perkenalan awal Justin dan Sophie, mereka dikatakan mula mengenali satu sama lain ketika zaman kanak-kanak lagi. Waktu itu Sophie merupakan rakan sekelas Micheal iaitu adik lelaki Justin. Siapa sangka, apabila sudah meningkat dewasa mereka dipertemukan semula dalam satu majlis amal yang menyaksikan pasangan sejoli ini menjadi pengacara bersama pada tahun 2003.
Memetik laporan CTV News, majlis kutipan amal Montreal Grand Prix yang berlangsung pada bulan Jun 2003 menjadi detik permulaan bibit-bibit cinta di antara mereka.
Tertarik dengan personaliti Sophie, Justin tanpa ragu meluahkan hasrat hati dan ingin menyunting wanita berkenaan sebagai isteri pada temu janji pertama. Hebatnya aura Sophie! Bermula dari detik itu, mereka dilaporkan menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan sebelum bertunang pada Oktober 2004 dan berkahwin pada Mei 2005.
First Lady Kanada berusia 46 tahun ini bukan calang-calang wanita. Sophie memiliki latar belakang pendidikan dalam bidang perdagangan di McGill University dan mahu mengikut jejak langkah bapanya sebagai stockbroker. Namun selepas menyedari ia bukan impian yang didambakan selama ini, Sophie memilih melanjutkan pengajian dalam bidang komunikasi di l’Universite de Montreal.
Selepas beberapa tahun berada dalam bidang komunikasi, beliau akhirnya memilih untuk menceburi industri radio dan televisyen sebaik menamatkan pengajian peringkat ijazah di Ecole de radio et television Promedia di Montreal. Tidak lama selepas berkahwin dengan Justin, Sophie mendapat tawaran kerja sebagai wartawan budaya Quebec di CTV’s etalk iaitu sebuah program yang mengetengahkan kisah penglibatan dan aktiviti kebajikan para selebriti.
Ia nyata mengujakan Sophie memandangkan jiwanya yang sudah sebati dengan kerja amal dan sensitif terhadap kehidupan insan kurang bernasib baik.
Disifatkan wanita berdedikasi dan ceria, Sophie turut dilaporkan pernah berdepan masalah bulimia yang dialaminya sejak berusia 17 tahun. Gangguan masalah tersebut berterusan sehingga Sophie berusia awal 20an dan meminta bantuan ibunya untuk mendapatkan rawatan daripada pakar perubatan.
Selain aktif berkongsi pengalaman yang dideritai, beliau juga cukup bersemangat memberi ceramah berkaitan keyakinan wanita dan keganasan terhadap golongan berkenaan.
Kehidupan Justin dan Sophie lebih bermakna dengan kehadiran tiga cahaya mata. Anak sulung, Xavier James Trudeau dilahirkan pada Oktober 2007, anak perempuan Elle-Grace Margaret Trudeau pula dilahirkan pada Februari 2009 sementara anak bongsu, Hadrien Trudeau dilahirkan pada Mac 2014.
Difahamkan, Sophie pernah menjadi suri rumah selama beberapa tahun dan hidup normal seperti kebanyakan kaum ibu lain dengan melakukan tugas seperti memasak, mendidik, dan menghantar anak-anak ke sekolah. Beliau juga dipercayai mahu kesemua anaknya fasih menguasai Bahasa Inggeris dan Perancis, sama seperti dia dan Justin dibesarkan.
Ketika pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia pada pertengahan Mac lalu, Sophie dan Justin turut disahkan positif jangkitan Covid-19 dan berjaya sembuh seperti sediakala selepas mendapatkan rawatan lanjut daripada pihak perubatan.
“Anak amanah saya,” itu jawapan ringkas Ummi Nazeera apabila diaju mengenai kerjaya dan tanggungjawabnya terhadap anak-anak tersayang.
Menyedari tugas sebagai ibu di samping mahu memberikan yang terbaik untuk permata hati, Ummi berkata dia terpaksa ambil keputusan menolak tawaran lakonan jika ia melibatkan masa yang panjang hingga perlu berjauhan daripada keluarga.
Ditemui Nona dalam pelancaran hijab WooFiziWoo X TudungRuffle baru-baru ini, Ummi yang turut dilantik sebagai duta jenama TudungRuffle berkata walau dunia lakonan adalah karier utamanya namun keutamaan ibu dua cahaya mata tersebut kini lebih tertumpu kepada keluarga.
“Tahun lepas saya terpaksa tolak tawaran dua filem. Keutamaan saya sekarang ialah keluarga. Kalau kena outstation atau jadual terlalu pack, saya memang tolak (tawaran).
Sebagai seorang ibu, saya rasa saya tak boleh commit. Keutamaan saya adalah anak-anak dan suami. Saya risau kalau anak saya sekolah dan ayah dia busy, siapa yang akan ambil anak-anak semua sebab saya prefer saya atau suami yang ambil anak dekat sekolah.
Setakat ini kami tak menggunakan khidmat driver untuk ambil anak di sekolah sebab saya masih belum percaya dekat orang lain untuk ambil anak saya. So for now, saya tak ambil job yang sebegitu.”
Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin berkata hidupnya lebih bermakna dan menjadi wanita yang lebih bertanggungjawab sejak kehadiran dua puteri kesayangan. Jauh sekali menganggap anak-anak sebagai halangan untuknya terus berjaya atau tertekan.
“Pandangan saya, bergantung kepada individu. Tak ada masalah awet muda kalau dah kahwin dan ada anak. Ia bukan beban sebab bila kita stres, anak inilah boleh tenangkan hati kita.
Bagi saya boleh jadi lebih awet muda bila ada anak sebab kita selalu ketawa dan senyum. Tapi dalam masa sama perlukan pertolongan orang sekeliling.
Every mother needs me time untuk dia pamper diri misalnya pergi facial atau berurut. Alhamdulillah saya ada masa untuk diri saya dan tak ada masalah untuk semua itu.”
Ditanya hubungannya dengan ibu mentua sepanjang hampir enam tahun berkahwin, Ummi bersyukur kerana keluarga mentua menerima diri dia seadanya.
“Hubungan dengan ibu mertua, baik semuanya. Tak ada masalah. Mak mertua pun sangat understanding dengan kerja saya dan percayakan saya punya kerja.
So far tak adalah dia tegur apa-apa sebab masa saya kahwin dengan suami pun memang saya dah letak limit saya dan dia pun mengahwini saya dengan siapa saya seadanya,” ujarnya sambil tersenyum.
Bintang Bisik Pada Langit ini mendirikan rumah tangga dengan Dr Izzar Anwari pada 23 Julai 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Ayra Aneesah berusia empat tahun dan Aysha Arsylia yang bakal berusia dua tahun.
Sesungguhnya di sebalik seraut wajah yang cantik, berkulit putih dan tinggi lampai, Datin Paduka Eina Azman memiliki hati sebersih kapas. Mana kan tidak, selebriti yang rajin berkongsi pelbagai resipi istimewa dengan Tagline “it’s done” ini begitu menghargai pembantu rumahnya yang turut membantu menguruskan rumah tangganya.
Foto: Instagram @eina_azman
Bagi membalas jasa baik pembantu rumah Datin Paduka Eina Azman yang mempunyai sebenar Datin Paduka Ainur Syakina binti Azman telah menghadiahkan seutas rantai leher emas. Ini bukan kali pertama ya tapi, kali kedua menerima hadiah rantai emas. Sungguh beruntung pembantu rumah Datin Paduka Eina Azman yang mempunyai nama Megawati itu.
Aktres jelita ini baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-26 tahun. Datin Paduka tampil anggun dalam persalinan serba merah dalam majlis sambutan hari jadi di Four Seasons Hotel, Kuala Lumpur. Sepasang anak kembarnya yang sangat comel, Karl Kareef dan Arianna Aubrey setia bersama di samping suami tercinta, Dato’ Paduka Kaiser Gurmeet Harden.
Membawakan watak Nadia dalam drama bersiri The Maid, Datin Paduka Eina Azman meluahkan rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan kepadanya. “I am officially one year older. May this day bring happiness and endless joy. I hope to have peace and serenity all the days of my life. Thanks for everything sayangku,” ucapan Datin Paduka tujukan kepada suami, anak-anak dan ibu tercinta.
Foto: Instagram @eina_azman
Beruntungnya Datin Paduka Eina dikelilingi suami prihatin dan penyayang serta keluarga yang setia berada di sisi. Selain ahli keluarga, laman media sosial ibu muda ini turut dihujani dengan ucapan hari lahir daripada rakan artis dan para peminat.
Foto: Instagram @eina_azman
Datin Paduka Eina bergelar isteri kepada usahawan Dato Paduka Kaiser Gurmeet Singh pada 31 Ogos 2014 dalam sebuah majlis gilang-gemilang yang menyaksikan Datin Paduka Eina menerima hantaran berupa sebuah kereta Chevrolet Camaro, mas kahwin RM770 dan wang hantaran RM77,000.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...