Penampilan bertudung namun masih boleh kelihatan elegan dan segar. Ia bukanlah halangan kerana semuanya bergantung kepada diri sendiri bersesuaian dengan karakter yang dimiliki.

IKLAN

Anda hanya perlu tahu cara untuk menggunakan item-item diperlukan antaranya anak tudung, aksesori, jenis tudung, seluar seterusnya pemilihan warna-warna yang sesuai.

Lihat panduan berikut bagaimana mendapatkan penampilan ringkas tetapi tetap kelihatan elegan walau bertudung.

ANAK TUDUNG

Pilih anak tudung jenis ninja kerana ia kelihatan lebih kemas dan mudah dipadankan dengan tudung. Ia juga lebih fleksibel dan selesa untuk digunakan. Memilih warna anak tudung juga amat penting. Pilih warna seperti krim, coklat gelap, kelabu dan pink belacan (dusty pink). Untuk anak tudung berwarna hitam adakalanya ia boleh memotong garis wajah dan membuatkan pipi kelihatan tembam.

INNER BLOUSE

IKLAN

Boleh dipadankan dengan vest semi dress tanpa lengan. Antara warna inner blouse yang mesti ada dalam simpanan ialah hitam, kelabu, coklat susu dan merah atau maroon. Elak memakai inner blouse di bahagian luar kerana ia menjadikan penampilan kurang elegan. Hindari inner blouse yang seakan warna kulit kerana akan mencacatkan penampilan anda sebagai Muslimah.

Nak Tampil Anggun Dan Elegan WALAU BERHIJAB, Cuba Ikut Cara Ini

IKLAN

JENIS TUDUNG

Warna tudung yang perlu dimiliki ialah hitam, warna-warni, neutral dan tudung segera. Pilih tudung segi empat agar dapat bertahan lama. Jika warna kulit anda kuning langsat pakailah tudung berwarna cerah seperti kuning, biru, pink dan seumpamanya. Jika warna kulit sawo matang, sesuai mengenakan tudung berwarna pastel.

AKSESORI
Usah terlalu berlebihan kerana akan memberi kesan kurang kemas atau terlalu sarat. Guna aksesori secukupnya saja. Contohnya jika memakai kerongsang bermotif, elak menggunakan hiasan lain agar tidak kelihatan berlebihan. Kerongsang yang bermotif kembang  atau besar sesuai untuk tudung polos. Antara aksesori yang perlu ada ialah kerongsang kecil dan jarum peniti.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI