Seraut wajah asli, lembut dan menenangkan, seribu kali lebih baik daripada kejelitaan palsu di sebalik solekan atau pembedahan surgeri.
Dengan cara yang sederhana, sebenarnya anda masih boleh kelihatan menawan dengan mengamalkan dua doa ini.
Tanpa modal yang besar untuk membeli produk penjagaan kulit di pasaran, cuba amalkan saja doa ini dengan perasaan yakin dan ikhlas membacanya.
Surah Yusuf Ayat 4:
Ads
Surah Thaha Ayat 39:
Ads
Ads
Kedua potongan ayat tersebut diyakini memiliki banyak manfaat termasuklah untuk kecantikan kulit wajah dan awet muda.
Cara Mengamalkan
Baca sesudah wuduk dan selepas mandi. Tiupkan pada kedua tapak tangan dan raupkan ke wajah. Jika ikhlas dilakukan selalu dapat menambah kecantikan wajah dari hari ke hari.
Selepas solat wajib, baca kedua-dua ayat ini 3 kali. Tiupkan pada tapak tangan dan raupkan ke muka. Lama-kelamaan orang yang memandang akan melihat kelainan pada wajah anda. Lebih mempesona. Norzalina Mohd Alias
Eh, jangan terlalu teruja memakai gincu sehingga anda kelihatan seperti badut! Cuba selidik dahulu kekuatan dan kelemahan rupa paras kita, sebelum memilih gincu bibir mana yang perlu dibeli supaya nanti anda tidak ditertawakan.
PANDUAN MEMILIH
(a) Untuk kegunaan harian
(b) Merah yang sesuai
(c) Tip membeli gincu
Cuba dahulu baru beli. Warna yang terpapar di bahagian luar kotak gincu biasanya boleh mengelirukan dan tidak tepat.
Bersihkan gincu yang masih bersisa sebelum mencuba warna gincu yang lain agar anda boleh membuat perbandingan dengan tepat.
Kombinasi di antara warna gincu sedia ada dan gincu yang dicuba mungkin nampak cantik bersama atau mungkin sebaliknya. Minta makeup remover daripada jurujual berhampiran.
Wajah polos tanpa solekan adalah cara terbaik untuk melihat keserasian di antara warna gincu dan kulit anda. Solekan lain hanya akan menjadi ‘halangan’ untuk anda membuat pilihan.
Minta bantuan jurujual untuk membolehkan anda membuat keputusan. Pandangan profesional membantu anda membuat pilihan yang sesuai dengan tona kulit.
(d) Padanan gincu bibir dengan penampilan
Jangan oles gincu bibir yang sama warna dengan baju anda. Baju merah dan gincu merah misalnya akan kelihatan tidak menarik.
Pilih salah satu, solekan mata dramatik atau olesan rona gincu bibir yang dramatik. Maskara dan penggaris mata berwarna coklat gelap di antara alis mata sudah mencukupi untuk kelihatan menawan.
Apabila anda menggunakan solekan smokey eye, gincu dengan rona merah jambu lembut atau nude adalah padanan terbaik. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usia hampir mencecah 60 tahun tapi penampilan terkini diva Indonesia tersohor, Ruth Sahanaya nampak awet muda!
Ruth sebenarnya mempunyai rahsia khusus untuk penjagaan diri.
Salah satunya, rajin menjaga kecantikan kulit dengan skrub istimewa yang ditempah dari Bandung.
Memetik laporan okezone.com, Ruth paling suka skrub. Terdapat beberapa skrub homemade istimewa dari Bandung telah diamalkannya sejak kecil bersama keluarga.
Selain menjaga kecantikan luaran, penyanyi ‘You are Everything’ ini turut mengamalkan teh hijau sejak kecil lagi.
“Saya cuba hidup sihat sejak kecil, minum teh hijau. Ia adalah antioksidan yang sangat sihat dan baik untuk kulit.”
Sementara itu, bagi mengekalkan kesihatan pulaa Ruth berdisiplin dalam bersenam. Dia memilih senaman treadmill santai yang boleh dilakukan di rumah.
Selain mengamalkan gaya hidup sihat, isteri kepada Jeffry Waworuntu ini juga sentiasa bersyukur, berfikiran positif dan gembira.
Ruth percaya, apa yang ada dalam fikiran akan memberi kesan kepada penampilan seseorang dari segi luaran.
“Cuba untuk sentiasa bersyukur dalam segala hal. Ia juga mempengaruhi apa yang dilihat pada luaran.”
Untuk info, Ruth Sahanaya menceburi bidang muzik sejak 1987. Perkahwinannya dengan Jeffry Waworuntu sangat bahagia dan mereka dikurniakan dua cahayamata.
Anak perempuan sulungnya bernama Nadine Emmanuella, manakala anak perempuan keduanya bernama Amabel Odelia Waworuntu.
Kredit Foto: Instagram Ruth Sahanaya
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Raut wajah cantik penuh kelembutan yang dimiliki Mawar Mutiara membuatkan sesiapa saja yang memandang turut rasa tenang. ‘Kaya’ dengan senyuman, wanita ini menjadi perhatian khalayak kerana statusnya sebagai isteri jaguh badminton tanah air iaitu Nur Izzudin Rumsani.
Bersandarkan status itu tidak hairanlah Mawar Mutiara Abdul Razak tidak terlepas daripada tempias populariti suami tercinta. Sudah tentu, peminat sukan tanah air ingin mengenali siapa wanita istimewa di hati Nur Izzuddin ini.
Pun begitu, Mawar enggan keterlaluan berkongsi sisi peribadi kepada umum dan bijak menjaga nama baik keluarga serta menjalani kehidupan bahagia di samping anak tersayang.
Tahun lalu, suri hati Nur Izzuddin ini selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka yang juga anak lelaki diberi nama Abdul Malik.
Menerusi perkongsian di media sosial miliknya baru-baru ini, Mawar memuat naik foto kenangan bercuti ke Bali, Indonesia sewaktu baru mendirikan rumah tangga.
Kongsinya, “Pada suatu masa dahulu di Bali sebelum hadirnya Abdul Malik permata hati. 3 months after our wedding, I asked my husband to take me to a beach for our honeymoon. No itinerary, no rush, just two hearts wandering together and being completely lost in each other.”
Dari perkongsian Mawar jelas membuktikan peribadi wanita ini yang selesa bersederhana dan bahagia dengan cara sendiri.
Nur Izzuddin Rumsani sah bergelar suami kepada Mawar Mutiara ketika karier sukannya berada di puncak dan berusia 25 tahun.
Difahamkan pasangan ini merupakan rakan sekelas sewaktu sekolah tadika. Itulah yang dikatakan kalau sudah namanya jodoh!
20 Julai lalu, hasrat Nur Izzuddin Rumsani dan gandingannya Goh Sze Fei untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Jepun tidak kesampaian apabila beregu lelaki profesional nombor tiga dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae bergelar juara.
Beraksi di Gimnasium Metropolitan Tokyo, pasangan negara yang juga ranking nombor satu dunia itu terpaksa akur tewas straight set 16-21, 17-21 dalam tempoh 38 minit, sekali gus menyaksikan impian mereka untuk merangkul gelaran kedua tahun ini selepas muncul juara Terbuka India ‘lebur’.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun sudah setahun berlalu namun pemergian isteri tercinta ke rahmatullah masih meninggalkan kesan mendalam terhadap Ridz Okumura sampai ke hari ini. ‘Kehilangan’ Allahyarham Akiko Okumura pada 28 Februari 2025 bukan hanya mengejutkan warga maya yang sentiasa mengikuti perkembangannya di media sosial suami, Ridz Okumura.