
Usia hampir mencecah 60 tahun tapi penampilan terkini diva Indonesia tersohor, Ruth Sahanaya nampak awet muda!
Ruth sebenarnya mempunyai rahsia khusus untuk penjagaan diri.
Salah satunya, rajin menjaga kecantikan kulit dengan skrub istimewa yang ditempah dari Bandung.
Memetik laporan okezone.com, Ruth paling suka skrub. Terdapat beberapa skrub homemade istimewa dari Bandung telah diamalkannya sejak kecil bersama keluarga.
Selain menjaga kecantikan luaran, penyanyi ‘You are Everything’ ini turut mengamalkan teh hijau sejak kecil lagi.
“Saya cuba hidup sihat sejak kecil, minum teh hijau. Ia adalah antioksidan yang sangat sihat dan baik untuk kulit.”
Sementara itu, bagi mengekalkan kesihatan pulaa Ruth berdisiplin dalam bersenam. Dia memilih senaman treadmill santai yang boleh dilakukan di rumah.
Selain mengamalkan gaya hidup sihat, isteri kepada Jeffry Waworuntu ini juga sentiasa bersyukur, berfikiran positif dan gembira.
Ruth percaya, apa yang ada dalam fikiran akan memberi kesan kepada penampilan seseorang dari segi luaran.
“Cuba untuk sentiasa bersyukur dalam segala hal. Ia juga mempengaruhi apa yang dilihat pada luaran.”
Untuk info, Ruth Sahanaya menceburi bidang muzik sejak 1987. Perkahwinannya dengan Jeffry Waworuntu sangat bahagia dan mereka dikurniakan dua cahayamata.
Anak perempuan sulungnya bernama Nadine Emmanuella, manakala anak perempuan keduanya bernama Amabel Odelia Waworuntu.
Kredit Foto: Instagram Ruth Sahanaya
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Usia 43 Tahun, Ibu Anak 4 & Kerabat Selangor, Cantiknya Isteri Menteri Kewangan, YM Raja Johanna Adrina!

Kelembutan wajah YM Raja Datin Sri Johanna Adrina Raja Arshad cukup memukau. Terserlah muda remaja, tak sangka wanita berumur 43 tahun itu rupanya ibu kepada 4 orang anak!
Menteri Kewangan hebat berusia 46 tahun ini mendirikan rumah tangga dengan Raja Datin Sri Johanna, seorang kerabat diraja Selangor-Negeri Sembilan. Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata bernama Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan Tengku Zayn Aqeel.
SEINDAH NAMANYA

Raja Datin Sri Johanna merupakan anakanda sulung Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Sir Tun Uda Alhaj, seorang ahli perniagaan terkemuka yang juga Pengerusi Maxis Communication serta bekas penuntut Harvard Business School.
Meskipun berasal daripada keturunan diraja Selangor dan dilimpahi kemewahan, tapi Raja Datin Sri Johanna amat menyenangi gaya hidup ringkas serta semula jadi. Inilah yang mendorong wanita tersebut menyertai usaha adiknya, Raja Jesrina Arshad dalam mempromosikan jenama gaya hidup kesihatan dan kesejahteraan hidup, Purely B.

Minat Raja Datin Sri Johanna terhadap remedi perubatan berasaskan herba, nutrisi dan bunga-bungaan menjadi asas penjagaan kecantikan serta kesihatan mereka sekeluarga.
Tidak hairanlah kenapa Tengku Zafrul sendiri sangat aktif bersukan. Sejak muda lagi mereka mengamalkan kehidupan sihat meliputi gaya hidup dan pemakanan seimbang, berkat minat wanita tersebut yang mencintai alam semula jadi.
Menerusi portal digital Purely B (klik sini), Raja Datin Sri Johanna berkongsi prinsipnya bahawa tubuh badan kita mampu menentang penyakit dan sembuh dengan sendiri.
Katanya, tubuh dan minda manusia saling berkait dan kesihatan emosi kita amat penting terhadap kesihatan fizikal.
Bagi Raja Datin Sri Johanna, naturopati lebih dari sekadar kerjaya tapi minatnya. Setiap pengetahuan dimanfaatkan dalam gaya hidup seharian, maka tidak hairanlah wanita jelita ini hanya mengamalkan diet makanan organik, kerap bersenam dan memastikan untuk mendapat tidur secukupnya.
Mustahil bagi seorang ibu dengan anak kecil? Iya, tapi nasihat beliau berusahalah untuk beristirahat dengan baik. Itu saja caranya untuk tubuh menyembuhkan diri kita.
Paling menarik, Raja Datin Sri Johanna pernah melahirkan dua orang anak secara gentle birthing dengan bantuan obstetrician terlatih.
Gentle birth bermaksud teknik bersalin yang mudah, tenang dan selamat serta mengurangkan rasa sakit sebelum, semasa dan selepas proses melahirkan.
BERTAULIAH
Sebelum ini, Raja Datin Sri Johanna pernah menimba pengalaman kerja dalam industri Sumber Manusia. Beliau kemudian menyertai seminar Anthony Robbins, yang menjadi permulaan minatnya dalam ilmu naturopati.

Kini Johanna mempunyai kelulusan Bachelor of Health Science (Naturopathy) dari University of New England (Australia) dan Advanced Diplomas in Naturapathy, Western Herbal Medicine, Nutrition, and Homeopathy dari Australasian College of Natural Therapies di Sydney.
Biarpun sebelum ini Tengku Zafrul sibuk dengan kerjaya di sektor perbankan dan kini menggalas tanggungjawab terbesar negara iaitu mentadbir kewangan Malaysia, pasangan hebat ini masih gemar menghabiskan masa lapang mereka dengan keluarga dan anak-anak.
Mereka sama-sama mempunyai pandangan hidup yang menyeronokkan. Tengku Zafrul umpamanya sangat suka menikmati nasi lemak, minat menyanyi dan meminati siri popular, Game of Thrones.
Tak Hanyut Dek Populariti & Dunia Glamor, HALIMA Angkat Martabat & Imej Wanita Berhijab!

Jika Ilhan Omar berjaya mencipta sejarah selaku Anggota Kongres Wanita Pertama Amerika Syarikat yang beragama Islam, Halima Aden pula mengangkat martabat wanita Muslim di peringkat antarabangsa dalam bidang fesyen dan peragaan.
Kalau sebelum ini masyarakat dunia agak skeptikal menerima wanita berhijab kini penampilan dua ikon hebat ini semakin diterima baik dan menjadi inspirasi ramai wanita.
Dilahirkan pada 19 September 1997, Halima Aden merupakan aktivis dan model terkemuka kelahiran Amerika-Somalia. Meskipun baru ‘terjun’ ke dunia peragaan dan fesyen, wanita cantik ini sudah pun meraih pelbagai pencapaian membanggakan.
Secara tidak langsung, penglibatan Halima dalam bidang glamor ini membuka mata penduduk dunia mengenai kemampuan wanita Islam.




Di kota fesyen terkenal seperti New York, London dan Milan, Halima dikenali peminat fesyen kerana penampilannya yang unik ketika menggayakan hijab, headwrap dan turban. Lebih-lebih lagi tatkala berjalan di pentas peragaan.
Sering menghiasi muka depan majalah fesyen popular, pertunjukan fesyen berprestij dan kempen jenama mewah, Halima juga tidak terlepas menjadi buruan agensi model antarabangsa.
Halima pernah menjadi salah seorang ahli IMG Models yang membariskan model terkenal seperti Bella Hadid, Gigi Hadid, Gisele Bunchen, Miranda Kerr, Hailey Bieber, Karlie Kloss dan Kate Moss.
Mengimbas kembali perjalanan karier Halima, auranya mula bersinar sejak dia menyertai pertandingan ratu cantik Miss Minnesota pada tahun 2016. Waktu itu, Halima merupakan satu-satunya peserta yang mengenakan hijab dan layak ke peringkat semi final.





Kongsi Halima, dia sudah mula mengenakan kerudung kepala sejak kecil dan meminta tudung sendiri daripada ibunya ketika baru berumur lapan tahun.
Lebih membanggakan, Halima ialah wanita hijab pertama yang menghiasi muka depan majalah British Vogue sekaligus membuktikan kepada dunia bahawa wanita berhijab sepertinya masih punya tempat dalam peragaan fesyen mewah!
Tiga tahun kemudian, Halima sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila menjadi wanita Muslim pertama memperagakan burkini untuk Sports Illustrated Swimsuit.
Gadis yang memiliki ketinggian 5 kaki 5 inci ini juga tanpa berselindung menjelaskan dia dikelilingi dengan wanita berhijab sejak dari kecil lagi dan jatuh cinta dengan penampilan seumpama itu hingga membuatkan dia tertarik untuk turut sama mengenakan tudung.
Halima juga menegaskan memakai hijab adalah pilihannya sendiri dan bukan dibuat atas desakan sesiapa.
Sedar setiap gerak-geri dan penampilannya menjadi ilham kepada wanita hijab lain, Halima sentiasa menunjukkan teladan baik kepada peminat tidak kira dalam bidang fesyen, kemanusiaan mahupun selaku wanita Islam.
Sumber: Stars Insider
Solekan Nampak Gebu, Natural Macam Selebriti Thailand. Boleh Cuba 7 Teknik Mudah Ini

Trend solekan Thai kini sedang menjadi ikutan kerana hasilnya yang natural serta mudah untuk diaplikasikan. Ramai beranggapan ciri-ciri solekan Thai lebih kurang sama dengan solekan Korea. Tetapi jika dilihat lebih dekat, ia sebenarnya sangat berbeza.
NONA kongsikan beberapa perbezaannya:-
Satin Finish
Jika solekan Korea mempunyai kemasan dewy, solekan Thai pula mempunyai kemasan seperti satin. Wanita Thailand memilih untuk memakai asas separa matte untuk menghasilkan kulit wajah yang maksimum.

Untuk kesan yang sempurna dan bercahaya, mereka menambah highlighter pada beberapa titik wajah. Hasilnya, sudah tentulah cantik tanpa cela!
Kening Tebal
Hujung kening sengaja dibuat sedikit ke atas untuk memberi kesan menawan dan anggun. Bentuk kening yang tebal tetapi tidak terlalu padat ini serupa dengan trend kening Korea. Teknik yang diaplikasikan dalam solekan kening ini memberikan kesan yang natural dan tidak keterlaluan.

Solekan Mata Yang Tegas
Wanita Thailand memilih solekan mata smokey untuk menjadikannya kelihatan lebih hidup. Manakala pilihan warna pembayang mata kebanyakannya warna lembut. Untuk kesan yang lebih menarik, kebiasaannya mata akan ditambah dengan bulu mata palsu dengan ketebalan yang sederhana agar kelihatan asli dan natural.

Untuk celak pula, kebanyakannya membentuk mata yang nipis untuk kesan yang lebih lembut dan tidak terlalu tajam.
Blush On Yang Samar-Samar
Sama seperti solekan Korea, solekan Thai untuk pembayang pipi agak ringan. Kebanyakan mereka memulakan pemerah pipi mengikut bentuk tulang pipi dan disapu ke atas arah pelipis. Cara sapuannya lembut dan perlahan supaya hasilnya nampak samar-samar dan flawless.

Kontur Pada Hidung
Solekan wanita Thailand dan kontur sememangnya tidak boleh dipisahkan. Mereka memakai kontur pada hidung untuk memberi kesan yang lebih tajam atau mancung.

Solekan Bibir Penuh
Trend solekan Thai kebanyakannya lebih berkiblatkan kepada solekan Barat. Mereka selesa dengan bentuk bibir yang penuh dan merona. Untuk itu, mereka sering memakai lipstik melebihi garis bibir. Maka, bibir akan terlihat tebal dan penuh. Jika anda mahu mencubanya, boleh menggunakan lip pencil dan sempurnakannya dengan lip matte atau lip gloss.

Highlighter Sebagai Sentuhan Glowing
Untuk kesan yang berseri, wanita Thailand sering memakai highlighter di kebanyakan titik wajah. Selalunya bahagian yang disapu dengan highlighter adalah di bawah kening, tulang pipi dan hidung untuk kesan bibir yang lebih menyerlah.
