Raut wajah cantik penuh kelembutan yang dimiliki Mawar Mutiara membuatkan sesiapa saja yang memandang turut rasa tenang. ‘Kaya’ dengan senyuman, wanita ini menjadi perhatian khalayak kerana statusnya sebagai isteri jaguh badminton tanah air iaitu Nur Izzudin Rumsani.
Bersandarkan status itu tidak hairanlah Mawar Mutiara Abdul Razak tidak terlepas daripada tempias populariti suami tercinta. Sudah tentu, peminat sukan tanah air ingin mengenali siapa wanita istimewa di hati Nur Izzuddin ini.
Pun begitu, Mawar enggan keterlaluan berkongsi sisi peribadi kepada umum dan bijak menjaga nama baik keluarga serta menjalani kehidupan bahagia di samping anak tersayang.
Tahun lalu, suri hati Nur Izzuddin ini selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka yang juga anak lelaki diberi nama Abdul Malik.
Menerusi perkongsian di media sosial miliknya baru-baru ini, Mawar memuat naik foto kenangan bercuti ke Bali, Indonesia sewaktu baru mendirikan rumah tangga.
Kongsinya, “Pada suatu masa dahulu di Bali sebelum hadirnya Abdul Malik permata hati. 3 months after our wedding, I asked my husband to take me to a beach for our honeymoon. No itinerary, no rush, just two hearts wandering together and being completely lost in each other.”
Dari perkongsian Mawar jelas membuktikan peribadi wanita ini yang selesa bersederhana dan bahagia dengan cara sendiri.
Ads
Nur Izzuddin Rumsani sah bergelar suami kepada Mawar Mutiara ketika karier sukannya berada di puncak dan berusia 25 tahun.
Difahamkan pasangan ini merupakan rakan sekelas sewaktu sekolah tadika. Itulah yang dikatakan kalau sudah namanya jodoh!
20 Julai lalu, hasrat Nur Izzuddin Rumsani dan gandingannya Goh Sze Fei untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Jepun tidak kesampaian apabila beregu lelaki profesional nombor tiga dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae bergelar juara.
Beraksi di Gimnasium Metropolitan Tokyo, pasangan negara yang juga ranking nombor satu dunia itu terpaksa akur tewas straight set 16-21, 17-21 dalam tempoh 38 minit, sekali gus menyaksikan impian mereka untuk merangkul gelaran kedua tahun ini selepas muncul juara Terbuka India ‘lebur’.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Niat untuk mendapatkan tubuh badan langsing bagaikan aktres Hollywood seperti Salma Hayek, Gwyneth Paltrow dan Sarah Jessica Parker rupa-rupanya tidak mustahil. Hanya dengan menikmati jus sayuran atau buah-buahan tertentu, anda dapat menurunkan berat, merejuvenasi kulit dan melakukan detoksifikasi secara semula jadi.
Diet jus memberi peluang kepada sistem badan kita untuk berehat daripada melakukan aktiviti pencernaan yang banyak menggunakan tenaga. Selain pencernaan, tenaga turut disalurkan untuk aktiviti penyingkiran toksin, memperbaiki tisu dan meningkatkan penyembuhan dalaman. Dalam masa yang sama, kita membekalkan tubuh dengan zat dan nutrien yang sihat melalui jus sayuran dan buah-buahan yang diminum.
Sifat jus yang beralkali membantu kita untuk mengimbangkan pH badan dan meneutralkan toksin yang berasid. Selain itu, seseorang yang telah melakukan jus diet juga akan menjadi lebih sensitif dan peka terhadap pengambilan makanan-makanan yang kurang sihat.
GOLONGAN SASARAN
Mereka yang mahu menurunkan berat badan
Mereka yang mahu meningkatkan kesihatan badan
Mereka yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah
Mereka yang ingin mengubah gaya hidup yang lebih sihat
Mereka yang ingin mengekalkan keremajaan (antipenuaan)
Mereka yang merawat masalah depresi atau stres
Mereka yang memiliki penyakit insomnia, tekanan darah tinggi, diabetes, asma serta masalah jantung
Mereka yang ingin berhenti daripada merokok
Mereka yang cuba mendapatkan anak
Tiada sebarang had masa yang ditetapkan untuk pengamal diet jus. Namun bagi mereka yang masih baru, cuba ambil jus untuk tempoh sehari dahulu, seterusnya selama tiga hari dalam seminggu dan kemudian tujuh hari dalam sebulan. Perlu diingatkan bahawa diet jus bukanlah sebuah program diet yang lengkap dan seimbang. Ia lebih kepada proses penyembuhan dan kebaikan kesihatan yang menyeluruh. Justeru pilihlah waktu yang sesuai untuk anda melakukan diet jus ini.
Portion jus yang disyorkan adalah 2:1 di mana sayuran perlu lebih banyak daripada buah-buahan bagi mengelakkan masalah kenaikan berat badan secara mendadak atau masalah pra-diabetes (porsi buah lebih banyak daripada sayur). Elakkan juga buah-buahan yang manis ketika melakukan diet jus.
RESIPI
1 biji epal hijau + 1 biji ubi bit + 1 biji sengkuang
1 biji epal hijau + 3 batang saderi + 1 biji ubi bit
3 potong nanas + 1 biji ubi bit + 10 helai daun salad
PANDUAN
Sebelum memulakan diet jus, kurangkan porsi makanan yang diambil agar sistem badan tidak terkejut.
Begitu juga selepas diet jus berakhir. Oleh sebab saiz perut akan mengecil dan jus pencernaan akan berkurang, maka mulakan pengambilan makanan berbentuk cecair dahulu, diikuti separa pejal dan barulah pepejal sepenuhnya secara berperingkat.
Selain daripada mengambil jus sayuran dan buah-buahan, anda juga boleh mengambil psyllium husk untuk mengawal kadar gula dalam darah atau suplemen tambahan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang terpegun tengok penampilan terkini Dayang Nurfaizah ketika membuat persembahan di majlis perkahwinan Shuib dan Watie baru-baru ini. Dia yang anggun mengenakan persalinan maroon tampil menawan.
Apatah lagi selebriti kelahiran Sarawak ini makin langsing dan cantik!
Walau pun kerjaya nyanyiannya cukup cemerlang dan diminati ramai namun tak dinafikan nama Dayang Nurfaizah jarang terkait dengan berita kurang enak. Ada yang beranggapan personaliti ini terlalu menjaga nilai eksklusif diri.
Hakikatnya, Dayang ialah seorang wanita lemah-lembut, merendah diri dan mudah didekati.
Dalam temu bual Nona bersama Dayang tahun lalu ketika majlis berbuka puasa, dia mengakui jaga pemakanan demi kesihatan diri apabila ditanya mengenai susuk tubuh yang makin ‘mengecil’.
“Sebenarnya tak ada rahsia, saya cuma semakin usia kita meningkat, kita kena menjaga diri.” Ujarnya lagi sambil berseloroh, “Sebenarnya semua baju dah tak muat, jadi kenalah jaga.
Tapi Dayang memang bukan jenis yang makan banyak jugalah. Cuma bahayanya, saya makan selepas show. Itu yang kena jaga.
Sebab setiap wanita semakin meningkat usia dia, semakin berjaga-jaga. Bukan untuk kurus je, untuk kesihatan.”
Dalam pada itu, Nona turut dimaklumkan Dayang bahawa dia menjaga anak saudara yang kini menginjak usia dewasa.
“Semuanya bermula lepas kakak saya habis berpantang dan tak ada siapa yang boleh jaga Yaya sebab saya bawa ibu bapa tinggal di KL.
Jadi, kami bawa Yaya bersama. Bila dah semakin lama, saya terus ambil keputusan untuk ‘pinjam’ tanggungjawab sebagai ibu daripada kakak dan jaga Yaya.
Bila cuti panjang baru Yaya akan balik ke pangkuan keluarganya atau mereka yang akan datang lawat Yaya. Saya mula jaga Yaya dari umur dia tiga bulan lagi,” telusnya.
Terserlah kebahagiaan di riak wajah 3 artis jelita ini yang baru bergelar ibu. Apatah lagi baru-baru ini berpeluang meraikan Syawal bersama bayi sulung mereka. Nur Fazura, Zahirah Macwilson dan Tasha Shilla juga nampaknya semakin berseri-seri! Jom jenguk koleksi foto mereka bersama yang tersayang.
Dari kiri: Tasha Shilla, Nur Fazura dan Zahirah Macwilson.
NUR FAZURA
Suri hati jejaka tampan, Fattah Amin ini sentiasa tampil menawan biarpun sudah bergelar ibu kepada cahayamata perempuan yang sangat comel, Nur Fatima Aisya. Bayi sulungnya itu dilahirkan pada Jumaat tanggal 2 Oktober 2020 bersamaan dengan 14 Safar 1442 Hijrah. Tujuh hari selepas kelahiran, Nur Fazura dan Fattah mendedahkan nama anak sulung mereka itu selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. Ternyata, kehadiran Nur Fatima Aisya menambahkan lagi seri dan kebahagiaan rumahtangga pasangan popular ini.
ZAHIRAH MACWILSON
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon jelita ini. Isteri kesayangan kepada aktor kacak, Aiman Hakim Ridza. Pasangan sama cantik sama padan ini dikurniakan putera sulung yang sangat comel berlesung pipit diberi nama, Isaac Raees. Zahirah melahirkan bayinya pada 5 Januari 2021 pada jam 2.26 waktu tempatan Australia. Berita gembira itu dikhabarkan menerusi Instagram dan menganggap ianya hadiah paling bermakna pernah diterima.
TASHA SHILLA
Baru sahaja bergelar ibu, Tasha Shilla memanjatkan kesyukuran dengan kehadiran putera sulungnya yang sangat comel. Tasha selamat melahirkan Raees Zander di bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadan ke-12 bersamaan dengan 24 April 2021 pada Sabtu. Tasha turut menzahirkan ungkapan terima kasihnya buat suami tersayang, Atiq Idris yang sentiasa memberi kekuatan dan kebahagiaan buat dirinya selama ini seterusnya menjadi ibu yang terbaik buat anak mereka.
Diam tak diam, usia perkahwinan usahawan Vie Shantie Khan dan suami tercinta, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan hampir menjangkau usia 10 tahun. Tanggal 11 November pastinya menjadi detik terindah dan bermakna bagi pengasas jenama muslimah V Hijrah ini apabila dia kembali bertemu jodoh selepas perkahwinan terdahulu berakhir ...